Inaugural Malaysian DXers Weekend 2015 (IMDX)

Pada 12 September 2015, aku berkesempatan mengikuti program IMDX di Port Dickson. Perjalanan dari base stesen ke RnR Nilai arah selatan adalah bertemu Hafiidz 9W2PAW. Hafiidz telah tiba awal seperti yang dijanjikan dan menungguku tiba untuk berkonvoi ke lokasi IMDX. Sempat juga memanggilnya di V40 sebelum tiba di RnR untuk berjumpanya kerana ini adalah pertemuan pertama kali.



Selepas bersalaman didaratan kamipun bergerak ke Port Dickson. Kami menggunakan handy bagi tujuan komunikasi bagi melancarkan  perjalanan.



Program hujung minggu yang dianjurkan Anak Muda Radio Amatur Negara (AMRAN) dengan kerjasama MARTS. Merujuk blog IMDX 2015 seramai 113 peserta telah mendaftar.



Program seperti ini sangat baik untuk menambah pengetahuan dan pengalaman terutamanya mengenai DXing. Kita dapat bertemu dan bertukar pendapat dan pengalaman bersama dengan DXer yang berpengalaman tinggi.



Ia juga sebagai batu loncatan untuk menarik minat pemegang lesen radio amatur menceburi dalam aktiviti DXing yang lebih mencabar dan mempunyai keseronokkan tersendiri. Aktiviti DXing memerlukan kesabaran yang tinggi seperti yang dinyatakan oleh 
pembentang 9W2WWW Azam.



Selepas sejam memandu kamipun tiba dilokasi  9M4CPD. Rupanya lokasi sebenar adalah bersebelahan sahaja di sebuah resort. Kelihatan beberapa jelopi yang mempunyai antena tinggi mengesahkan lagi lokasinya.




Kemudian terlihat pula kren yang dijadikan tiang bagi antena yagi yang sangat tinggi. Pergh... mesti dapat banyak contact jika antena setinggi ini diadakan.



Menjadi cita-cita setiap pengamal radio amatur mempunyai antena yang diletakkan setinggi boleh. Peluang lebih baik jika kedudukan antena diletakkan lebih tinggi dari paras bumi untuk mendapat stesen yang lebih jauh.



Kemudian kami mendaftar dimeja pendaftaran dan diberi goodies bag serta tag nama. Peserta masih tidak ramai yang tiba dan sempat berkenalan dengan beberapa stesen. Masa yang ada membolehkan aku meninjau diruang pameran yang disediakan oleh penganjur.



Aku tertarik dengan radio yang dipamerkan oleh Tacticom yang membariskan radio yang canggih untuk kegunaan pihak keselamatan. Weerut 9W2RUT telah memberi penerangan tentang kelebihan yang ada pada radio yang dipamerkan.



Ketiga-tiga radio ini mempunyai GPS dan boleh dikesan oleh pengguna radio yang lain di mana ia berada. Dua radio yang berbeza band dapat digabungkan dengan menggunakan crossgate.



Aksesori bagi melengkapkah fungsi radio turut dipamerkan. Pada jam 10.30 pagi diumumkan aktiviti akan bermula. Peserta semakin bertambah ramai menyebabkan suasana semakin meriah.
Pengacara majlis menjemput dipentas utama bermula dengan ucapan oleh wakil penganjur Pak Rosli 9M2RHQ.Kemudian diikuti oleh Presiden Marts 9M2IR Mohd Aris Bernawi.

 

Selepas ucapan tuan Presiden, Majlis penyampaian sijil Penghargaan oleh 9W2PD Rabin sempena program ARF DiREx 2015 yang di Pengerusikan oleh 9W2VVQ.


Credit Jaya 9W2BUG
Seterusnya pembentangan pertama oleh 9W2WWW Norzam tentang DXing di Malaysia. Pembentangan tentang aktiviti DXing di Malaysia yang mempunyai pelbagai cabaran dan keseronokkan tersendiri.


Saudara Azam menceritakan tentang pengalaman beliau melakukan aktiviti DXing dengan begitu menarik sekali. Malaysia menurut beliau adalah antara negara yang tersenarai dalam most wanted DXCC clublog. Jadi, stesen dari 9M land mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan dxer dari luar negara. Sebab itulah, aktiviti DXing sangat digalakkan dalam kalangan pengamal radio amatur untuk bekerja di band 10m dan 6m bagi pemegang lesen B.


Semasa pembentangn juga, Cikgu Hussairy 9W2VVH telah dianugerahkan Sijil WAMA oleh tuan Presiden Marts 9M2IR Aris. Pencapaian yang diberikan kepada stesen yang berjaya membuat contact kepada stesen di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. 


Award seperti WAMA adalah satu galakan kepada stesen untuk aktif mendapat contact dari stesen yang lain. Apabila terdapat award dan contest maka aktiviti DXing akan bertambah menaikkan semangat stesen untuk mengaktifkan diri menghubungi stesen yang lebih jauh hingga ke luar negara.



DXing juga adalah tempat mempromosikan nama negara dan mewakili negara sebagai duta kecil dalam kalangan dxer-dxer. Oleh itu, nama baik negara perlulah dijaga bagi meningkatkan imej dalam kalangan dxer-dxer. Maka kod etika DXing perlu diikuti dan dipatuhi bagi menunjukkan imej yang baik oleh dxer Malaysia.


Seorang DXer juga perlu banyak bersabar dan panjang akal bagi mendapat contact dari luar negara. Bukannya senang mendapat contact kerana banyak faktor yang membawa sesebuah kejayaan. Cabaran yang dihadapi itulah yang memberi satu kepuasan dan pengalaman yang sukar dicari. Walaupun teknologi terkini dengan bantuan internet tidaklah sama dengan merasai sendiri menggunakan gelombang radio yang sebenar. Kemahiran menggunakan antena, radas dan strategi yang baik kadangkala membuahkan hasil yang lumayan sehingga mendapat contact yang banyak.


Rizal 9M2RZL sanggup menunjukkan cara untuk tune antena magnetic loop yang mempunyai tiga band HF . Kemahiran tinggi dalam teknikal dapat membantu gelombang pergi lebih jauh dengan menggunakan pelbagai jenis antena yang sesuai. 



Walaupun bekerja di VHF 2 meter kita masih boleh melakukan dxing melalui satelit seperti SO-50 Saudisat dengan menggunakan antena cross yagi. Beberapa stesen dari Malaysia telah berjaya bekerja di SO-50 ke negara Thailand dan Indonesia. Kempunan hendak belajar dxing melalui SO-50 kerana terlepas laluannya pada pagi itu.



Antena dari kilang ini sangat mahal untuk memilikinya tetapi kita mesti panjang akal untuk membuat sendiri atau homebrew. 9W2EJT Izaddin menanyakan kepadaku bila nak bekerja di SO-50? Ejat sanggup ke Kulai untuk berjumpa dengan 9M2ZAK Zaki belajar tentang antena cross yagi ini. Itulah contoh penangan untuk melakukan dxing yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan bijak dan panjang akal dalam menyelesaikan segala permasalahan.



Seorang dxer perlulah minat terhadap radio dan sanggup melakukan ujikaji dan percubaan bagi mencapai matlamat untuk mendapat contact sejauh mungkin. Tidak semestinya memilki radas dan antena yang begitu mahal. Namun dengan kebijaksanaan bereksperimen membolehkan mendapat contact walaupun mempunyai kuasa pancaran yang kecil. Itulah yang dinamakan panjang akal seperti abg Salehan 9W2SBD mendapat 100 DXCC dengan hanya QRP.


Selain itu, menurut 9W2WWW lagi dxing juga dan berkenalan dengan rakan ham luar negara. Kita juga dapat mengenal budaya dan dapat mengetahui lokasi sesebuah negara. Seperti mereka lebih mengenali Penang dan Singapore dari Malaysia sendiri.

Sungguh menarik pembentangan daripada 9W2WWW Azam tentang DXing yang menyarankan agar lebih ramai lagi pengamaal radio amatur bekerja di HF untuk dxing. Selepas sejam, pembentangan seterusnya adalah Cikgu Hussairy 9W2VVH pada jam 12.09 tengahari.




Cikgu Hussairy 9W2VVH membentangkan bertajuk Cabaran 10M band. Beliau menceritakan pengalaman pembabitan dalam radio amatur dari  JOTA di Kem Sardon Zubir hinggalah posting di Sabah memegang callsign 9W6VH.

Antara cabaran yang diceritakan adalah tentang QSO vs Propagasi yang kadang kala sukar mendapat contact. Ia dikatakan ada kaitan dengan pusingan 11 tahun Solar. Menurut beliau lagi, sekitar tahun 2007 adalah sukar mendapat contact. Namun demikian, mulai tahun 2008 propagasi bertambah baik dan seterusnya 2011 dan 2013 dianggap sebagai kemuncak pusiangan solar tersebut. Kini pada tahun 2015 merupakan fasa penurunan jumlah atau kekerapan QSO.


Seterusnya adalah cabaran untuk mendapatkan maklumat tentang 10M band. Cabaran dari maklumat sms sahaja hinggalah ke zaman internet. Selain itu, ramai pengamal radio amatur tidak mempunyai peralatan radas yang sesuai untuk 10M band yang terhad kepada kuasa pancaran 50 watt sahaja.

Namun sedemikian 10M band yang diberi kepada pemegang lesen B merupakan pembakar semangat untuk meneroka band yang lebih banyak lagi. Ramai yang berjaya dari kelas B telah menaik taraf ke lesen A. Ini adalah kerana hendak meneroka lebih banyak band dan pergi lebih jauh lagi.

Mereka juga aktif dalam memburu award dan menyertai banyak contest. Akibatnya juga telah melahirkan dxer-dxer yang menjadi tumpuan dunia. Contohnya 9M2M, 9M2SM, 9M2SE, 9M4SG, 9M2SI, 9M2SJ dan banyak lagi.




Malaysia 10M Group juga menjadi satu fenomena dengan jari 10. Menjadi wadah bertukar maklumat dan fikiran bagi penggemar 10M band. Sesungguhnya 10M band menjadi pembakar semangat untuk melahirkan ramai dxer-dxer.

Kemudian pembentang ketiga adalah mengenai IOTA Islands On The Air yang disampaikan oleh 9M2ESM Sham.




9M2ESM Sham sememangnya berpengalaman dalam dxpedisi ke pulau-pulau mengaktifkan IOTA. Banyak perkara-perkara tentang  IOTA diperhaluskan dan memberi penerangan yang jelas kepada para peserta. Sebab  itulah dengan  adanya award dan contest maka aktiviti radio ini dapat diaktifkan oleh pengamal radio seluruh dunia.

14 comments:

  1. Catatan yang baik dan dapat menggambarkan suasana yang berlaku dgn jelas. Semoga IMDX 2015 menambah ilmu pengetahuan dan minat dlm aktiviti dx.
    73 de Hussairy 9w2vvh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu inipun hasil dari cerita anda dan pengalaman yg dikongsikan. sayangnya sempat 3 slot sahaja.Jika tidak mahu panjang catatannya hihi. Penulisan blog juga salah satu menarik org ramai minat pada radio ini. Masa sebelum ada lesen saya hanya merujuk pada blog-blog sahaj terutamya blog anda juga. Penulisan seperti ini perlu diteruskan juga. Kalau ada duit lebih teringin juga nak sambar radio utk cq dx cq dx

      Delete
  2. Catatan yang baik dan dapat menggambarkan suasana yang berlaku dgn jelas. Semoga IMDX 2015 menambah ilmu pengetahuan dan minat dlm aktiviti dx.
    73 de Hussairy 9w2vvh.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih DakMie hanya berkongsi pengalaman sahaja. Anda lebih banyak pengalaman dxing dari saya yang cetek pengalaman ini. Sempat 3 slot sahaja sebab ada hal. Kalu ikut semua slot mahu panjang lagi cerita ni hihi...

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih tuan saya menulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja. Banyak perkara yg perlu dipelajari lagi.

      Delete
  5. wow....tahniah penulis...penceritaan yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan sekadar berkongsi cerita sahaja. Byk lagi yg perlu digali kerana ilmu radio ni amat luas sekali. Saya banyak menulis tentang xtvt radio sahaja. dari segi teknikal amatlah kurang...

      Delete
  6. Tahniah, ilmu pengetahuan yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan, ilmu pengetahuan yg digarap dari pembentangan mereka yg lebih pakar dlm dxing ini. saya hanya menulis berdasarkan sudut pandangan sebagai peserta sahaja. Xtvt seperti ini perlu diteruskan lagi dan tidak dilupakan kpd penganjur yg bertungkus-lumus menjayakannya.

      Delete
  7. Lama dah tak ketemu sahabat ku ini. Kali terakhir rasanya lebih 3 tahun lepas sama sama dalam group aprs.

    ReplyDelete
  8. Ya abg Joko aprs tetap diteruskan. Tak nampakpun callsign abg

    ReplyDelete

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...