Pada petang tadi sempatlah ke Tower 1 MCMC untuk bertanyakan notis itu. Aku pergi bersama swl Taariq yang ingin bertanyakan tentang RAE. Malangnya beliau terlepas untuk menduduki RAE kerana telah tamat tempoh pendaftaran yang perlu dalam talian.
Terpaksalah menunggu RAE tahun hadapan pula.
Kemudian, kami ke Puchong Gateway di CCC International Sdn Bhd untuk membeli charger handyku yang rosak. Selama ketika meminjamkan daripada Taariq yang sama model handynya denganku. Pertama kali sampai di CCC kulihat banyak model TYT dijual disana. Rizal 9W2SZR sibuk melayan pelanggan yang berurusan dengannya.
Selepas selesai, barulah beliau berkesempatan untuk bertanya tentang kedatangan kami.Aku bertanya tentang bateri sender jika ada. Kemudian aku membeli charger yang amat penting untuk meneruskan kelangsungan radio terus berfungsi.
Selepa mendapatkan barangan yang dihajati, kami terus pulang ke Kajang ke base swl Taariq. QTH Taman Taming Impian, Sg Jelok Kajang. Ketika tiba base beliau, terlihat olehku antenna radio yang menjulang. Akupun memandu elopi terus ke arah antenna itu.
Tibanya di sana, sebuah rumah berdirinya dua batang pole. Kelihatan jelopi yang mempunyai callsign 9W2VMW. Oh disini rupanya base 9W2VMW. Selalu monitornya dijalur dan dapat dicopy audionya dengan baik. Kemudian beberapa selang dari rumahnya bernombor 127 berdiri sebatang pole yang aku cari itu. Malangnya tidak diketahui tuan punya isyarat panggilan. Selepas ini, bolehlah swl Taariq monitor di V38 kerana audio 9W2VMW sentiasa berkumandang.
Apabila sudah sampai saltmine terus mencaj handy dan monitor di V38. Kedengaran audio abg Azman 9W2OTX Sg Merab terima 5/9 dari Cheras. Abg Johan 9W2PJH bermobile di Putrajaya terima 4/8 diawalnya. Kemudian Abg Zamri 9W2ZBV mobile di Bukit Jalil negative copy.
9W2MSZ mobile di Jalan Kuching terima anda 3/8.
9W2DFL negative copy PICC
73, Jojet de 9W2DYA
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023
Sila Daftar eSPECTRA SKMM
Sila mohon SHARED SECRET.
Nota:
SHARED SECRET (key word) ini diperlukan utk daftar eSPECTRA nanti.
Hantar email ke alamat: espectra.support@mcmc.gov.my
......................................
Perkara: Memohon Shared Secret eSpectra
Butiran Stesen Amatur
Nama Penuh:
Callsign:
Client No:
Sekian terima kasih
......................................
Selepas dapat email balasan mengandungi SHARE SECRET... anda boleh teruskan proses pendaftaran eSPECTRA di sini https://espectra.mcmc.gov.my/
Selesai daftar ePECTRA... Boleh proceed untuk buat renewal AA up to 31.12.2028 @ 5 tahun dengan pengecualian bayaran fi proses & fi tahunan AA..
Selepas permohonan renewal AA berjaya, sila email butiran seperti di bawah ke alamat e-mel : https://espectra.mcmc.gov.my untuk rujukan dan tindakan lanjut pihak SKMM.
......................................
Perkara/Subjek: Pembaharuan AA melalui e-SPECTRA
Nama :
No. Permohonan (Application No.) :
Cara penghantaran Sijil AA : Pos/ Serahan Tangan
Sekiranya Pos, sila nyatakan alamat pengeposan.
.....................................
Semoga berjaya renewal AA anda.
No comments:
Post a Comment