Imej SSTV 9/7/2018

Pada awal pagi bermula jam 12:11 pagi laluan ISS mengaktifkan mode SSTV. Berjaya mendekod dua imej pada jam 12:15 dan 12:19 tengah malam. Imej pertama dengan gangguan penerimaan sedikit tetapi imej sangat baik untuk ditatap.


Aktiviti SSTV dari ISS telah berlangsung beberapa hari sebelum. Pada awal pagi ini telah berjaya mendekod imej dengan baik sekali.


Pada kali ini, Max Elevation ialah 68.4 darjah selama 10.7 minit masa yang diambil bagi laluan pertama ini. AOS Azimuth 212 darjah dan LOS Azimuth 38 darjah. Laluan kali ini memang cantik merentasi Semenanjung.

Seperti biasa menggunakan antena Quarterwave Groundplane untuk mendekod isyarat dari ISS. Aplikasi untuk dekode imej SSTV adalah Robot36. Mode PD120 dari ISS memancar ke bumi.

Pada hari esok juga Satelt Lapan A2 turut mengaktifkan mode SSTV. Ia juga telah mengaktif mode SSTV sejak beberapa hari. Menurut jadual SSTV bagi IO-86 pada jam 8:32 malam.
Ia merupakan peluang terakhir untuk menerima imej SSTV dari satelit Lapan A2.




No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...