Hari Kedua Belon Gemas J3243349


 Pagi tadi muncul lagi belon Gemas radiosonde J3243349. Jatuh jam 10:31 pagi pada altitud ketinggianh 1663m. Altitud ketinggian maksimum 26568m. Koordinat 2.53629 darjah Utara dan 102.11331 darjah Timur.


Radiosonde J3243349 jatuh di Kampung Pulau Acheh, Rembau.


Sebelah petang terdapat satu lagi belon Gemas telah jatuh di dalam Hutan Tampin. 

73, Jojet de 9w2dya


Belon Gemas Radiosonde J3233891 muncul petang tadi


 Petang tadi muncul semula belon Gemas yang sudah lama menghilang. Kemunculannya pasti ditunggu-tunggu oleh Pengejar belon. Radiosonde J3233891 merupakan jenis RS92-SGP buatan Vaisala. Jam 16:28 petang terbang altitud ketinggian 17185m. Jangkaan mendarat ketika itu berhampiran Linggi.


Kemunculannya disedari oleh rakan dalam group. Tangkap layar diatas menunjukkan jam 16:11 petang masih berada di Gemas. Tangkap layar rakan ini menggunakan ukuran imperial altitud ketinggian 40062 kaki.


Jejak penerbangan melintang ke arah barat seperti mana-mana belon dalam seminggu ini. Walaupun peralihan pertukaran  monsun telah bermula, angin tetap ke arah barat. Lebih seminggu Team SAR Tengah tidak mendapat apa-apa hasil setelah belon KLIA jatuh ke laut sahaja. Ramai yang berkumpul di Jengka bagi mengejar belon Kuantan sudah pasti jatuh ke darat.


Jam 17:03 petang belon berakhir pada altitud ketinggian 3906m. Altitud ketinggian maksimum 25051m. Menurut ramalan akan jatuh berhampiran Stadium Tampin. Koordinat 2.47587 darjah Utara dan 102.22195 darjah Timur.


Berdasarkan jejaknya yang tunggang-langgang kemungkinan faktor cuaca yang buruk sebelah petang tadi. Ia menggambarkan peranti yang terhoyang-hayang bagi payung terjun kehilangan arah.


Hasil trafik yang boleh dipercayai, belon Gemas aktif sehingga 1 April 2022. Jadi, peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan.

73, Jojet de 9w2dya

Stesen 9M4USM-11 Belon Altitud Tinggi dilancarkan dari Kg Attaduri, Langkap

Credit Dr Norilmi Amilia

 Semalam stesen 9M4USM-11 Belon Altitud Tinggi telah dilancarkan di Kampung Attaduri, Langkap Perak. Belon dilepaskan oleh Spacein subsidiari USM. Ia juga telah dirakam secara langsung laman facebook apadilangit. Program Space Connect 2022 turut diadakan oleh Wau Rocketry USM.


Pelancaran Belon Altitud Tinggi (HAB) telah diadakan di Dewan Hj Jarieh, Kampung Attaduri, Langkap Perak Darul Ridzuan. Merujuk tangkap layar stesen 9M4USM-11 telah terbang ke arah barat dari Langkap. Nasib menyebelahi HAB ini kerana tidak terlajak hingga ke Selat Melaka. Minggu ini kebanyakan belon kaji cuaca terbang ke arah barat walaupun peralihan monsun barat daya sudah bermula.

Credit Dr Norilmi Amilia
Kini, sesiapa sahaja boleh menghantar sesuatu ke stratosfera hingga altitud ketinggian 21km. Hubungilah Spacein akan menguruskan segalanya. Cara termurah dan pantas untuk menghampiri atmosfera. Kepakaran dalam bidang aeroangkasa menjadi faktor utama sebagai pilihan dalam membuat keputusan. Peluang yang ada perlulah direbut kerana pasti menjadi tarikan utama kepada sesiapa yang melihat hasilnya.

Credit Dr Norilmi Amilia
Rekabentuk payload yang diterbangkan ke ruang atmosfera. Pelbagai peranti yang mempunyai pelbagai fungsi dilepaskan ke udara. Perancangan yang teliti agar semua berfungsi dengan baik.

Credit Dr Norilmi Amilia

Krew membuat persiapan terakhir bagi memastikan semua dapat berfungsi seperti yang dirancang. Kesilapan membawa padah jika tidak berjalan seperti sepatutnya. Ujian serta ujilari dijalankan terhadap peranti dan sistem sebelum hari pelancaran.

Credit Dr Norilmi Amilia
Merujuk kepada raw data aprs, packet pertama diperolehi oleh stesen 9M4USM-11 adalah jam 10.32 pagi. Altitud ketinggian 619m. Petanda baik aprs berfungsi dengan sempurna. Ia mendapat packet dari 9M2RKV-3 di Bukit Kledang.

Credit Dr Norilmi Amilia
Dr Norilmi Amilia ditemuramah bagi satu program dokumentari terbitan RTM. Satu cara meningkatkan pengetahuan tentang aeroangkasa kepada keluarga Malaysia.

Dr Norilmi Amilia

Imej payload dan payung terjun yang diambil menggunakan dron. Raw data menunjukkan altitud ketinggian maksimum adalah 20880m pada jam 11:11 pagi. Seterusnya mendapat packet pada altitud ketinggian 17946m dua minit kemudian.

Dr Norilmi Amilia
Belon jatuh di kawasan Ladang Arcadia, Kg Kayan Setiawan. Ia merupakan ladang kelapa sawit yang luas. Jam 11:33 pagi packet terakhir diperolehi pada altitud ketinggian 2597m dengan kelajuan 8 km/h. Koordinat terkakhir 4 darjah 04.80' Utara dan 100 darjah 46.61' Timur.

Jarak titik terakhir ke kawasan pendaratan di ladang Acadia lebih kurang 3.4km. Payung terjun berjaya di tolak kekal di daratan bertukar arah ke tenggara. Ini merisaukan Dr Norilmi Amilia setelah aprs telah kehilangan data. Sebelah selatan negeri Perak sememangnya kurang Igate dan Digipeater aprs. Mungkin faktor ini menyebabkan stesen 9M4USM-11 sukar mendapat packet dibawah altitud ketinggian 2600m.

Credit Dr Norilmi Amilia
Namun, GPS Spot telah berjaya menghantar koordinat setelah berjaya mencecah bumi. Team SAR telah bergegas pada koordinat yang diberikan oleh GPS Spot itu.

Dr Norilmi Amilia
Berpandukan koordinat yang diperolehi, Team SAR berjaya menemui semula payload dan payung terjun di kawasan ladang kelapa sawit. Pentingnya menggunakan lebih daripada satu kaedah penjejak. Ini dapat mengelakkan dari kehilangan payload itu, apabila salah satu gagal berfungsi.

Credit Dr Norilmi Amilia
Wajah keceriaan Team SAR berjaya menemui payload dan payung terjun semula di kawasan lapang di atas rumput. Team SAR dicadangkan mengaktifkan Igate menggunakan telefon pintar. Aplikasi U2APRS merupakan igate yang mudah dikendalikan. Semasa mengejar belon bolehlah ditalakan antena radio ke arah belon agar ia terus mendapat packet dari U2APRS.

Credit Dr Norilmi Amilia
Para pemenang dan peserta yang mengikuti pertandingan mewarna dan pelancaran roket air. Usaha menggalak murid minat akan sains dan aeroangkasa. Usaha Wau Rocketry USM ini haruslah dipuji agar dapat mencambah minat terhadap bidang ini.

73, Jojet de 9w2dya

Kolaborasi Team SAR Johor bersama Team SAR Pahang

Credit 9M2ZAK
 Kolaborasi antara Team SAR Johor dan Team SAR Pahang berjaya membawa kejayaan dua misi pencarian pagi tadi dan malam semalam.

Credit 9M2ZAK
Team SAR Johor terdiri daripada Zak 9M2ZAK, Faizal 9W2DVZ, Swl Akmal dan Swl Mira. Manakala, Team SAR Pahang ialah Naim 9M2CKG dan Ajoe 9W2XOR. Sebelah malam belon Kuantan D20053131 jatuh di Pusat Bandar Jengka. Rezeki Team SAR Johor kerana berdekatan dengan penginapan mereka sahaja.

Credit 9M2ZAK
TTGO peranti yang wajib dimiliki bagi pemburu belon. Boleh mengesan kedudukan terkini peranti radiosonde dengan tepat. Koordinat terkini dicerap daripada alat ini memudahkan tugas pencarian.

Credit 9W2DVZ
Jelopi diletakkan dibawah sinaran lampu jalan lebih selamat. Untungnya belon malam itu berdekatan dengan jalan utama. Dekat pula dengan Bandar memudahkan lagi misi pencarian waktu gelap ini.

Rakaman video Zak 9M2ZAK menunjukkan radiosonde dijumpai dalam semak. Waktu malam mudah kelihatan lampu LED merah dan kuning selain isyaratnya didengar dari corong radio.
Credit 9W2DVZ
Pencarian sebelah malam turut disarankan memakai vest pemancar balikan cahaya. Memudahkan dilihat oleh orang sekeliling. Secara tidak langsung menunjukkan sesuatu pekerjaan sedang dilakukan.

Credit 9M2ZAK
Peranti radiosonde dalam genggaman D20053131 mengesahkan misi pencarian malam itu. Peranti yang sangat lasak ini masih dapat berfungsi semula walaupun dijumpai dalam rumpun rumput atau timbunan daun mahupun tergantung lebih 85 hari. Pilihan yang bijak oleh Met Malaysia memilih radiosonde DFM17.

Credit 9M2ZAK
Buku catatan berserta bahan bukti misi pencarian dikumpul sebagai bahan bergambar. Buku catatan penting untuk merekod data setiap misi berjaya dilaksanakan.

Credit 9W2DVZ
Tamatnya misi, berkumpul semula sambil menghilangkan dahaga. Post-mortem turut boleh dilakukan bagi menilai keberkesanan setiap kali misi dijalankan. Seterusnya hasil bedah siasat itu boleh digunakan untuk misi pencarian akan datang.

Credit 9M2ZAK
Inilah kelainan eyeball bagi pengejar belon. Kebiasaannya handy diletakkan di atas meja. Tidak! bagi pengejar belon. Pelbagai bentuk dan warna TTGO mengambil tempat di atas meja. Lebih menarik lagi, peranti radiosonde yang masih aktif dengan nyalaan lampu LED turut menghias pandangan. Itulah lambang kejayaan setiap kali misi.

Credit 9M2ZAK
Belon Kuantan radiosonde D20053136 jatuh pada pagi 26 Mac 2022 jam 9:12 pagi. Misi kedua Team SAR Johor bersama tuan rumah Naim 9M2CKG. 

Credit 9W2PRX
Tangkap layar di atas merupakan gambar dan data bagi radiosonde sebelah malam iaitu D20053131. Koordinat 3.7424 darjah Utara dan 102.54115 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 66m.

Credit 9M2ZAK
Manakala, belon Kuantan sebelah pagi berada di koordinat 3.754 darjah Utara dan 102.50468 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 213m. Jatuh pada 26 Mac 2022 jam 9:12 pagi serta dijumpai jam 11:16 pagi.

Credit 9M2ZAK
Radiosonde D20053136 berjaya dalam genggaman buat kali kedua oleh Team SAR Johor di Pahang. Lampu LED masih menyala menunjukkan isyarat masih lagi aktif. Isyarat aktif memudahkan lagi pencarian dengan bantuan peranti TTGO. Koordinat terkini pasti dapat dikenalpasti dengan mudah.


Credit 9M2ZAK
Misi kedua berjaya ditemui turut direkodkan dalam buku catatan sebagai rekod rujukan masa hadapan. 

Credit 9M2ZAK
Pengejar belon bergambar bersama hasil buruan berserta senjata dan peralatan perang yang digunakan. Kali ini agak mencabar kerana belon tersangkut di atas pokok kelapa sawit. Terpaksa kait menggunakan galah bagi membawa ia turun dengan selamat.


Video rakaman Faizal 9W2DVZ menunjukkan Zak 9M2ZAK mengait peranti menggunakan joran disambut pula Naim 9M2CKG. Detik-detik kejayaan ini dikongsikan kepada semua.

Credit 9W2DVZ
Kerja-kerja merekod data serta mengambil gambar menjadi rutin setiap kali misi dilancarkan. Bukti-bukti ini mengesahkan kejayaan bagi kegunaan laporan di laman sesawang dan media sosial.

Credit 9W2DVZ
Suasana kawasan radiosnde yang dijumpai dalam ladang kelapa sawit. Berdekatan jalan ladang memudahkan akses dan seterusnya memudahkan pencarian. Ladang yang kemas dan bersih seperti ini turut menjadi faktor kejayaan sesuatu misi.

Credit 9W2DVZ
Akhir kata , tahniah kepada Team SAR Johor serta Team SAR Pahang atas kejayaan kolaborasi ini. Berjaya mendapat dua radiosonde atas gabungan yang mantap. Bersatu sebagai satu pasukan yang kukuh memudahkan mencapai kejayaan yang lebih besar lagi. Semoga Team Radiosonde Malaysia terus melebarkan sayapnya mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

73, Jojet de 9w2dya

Pencarian Solo Naim 9M2CKG Belon Kuantan D20058462

Credit 9M2CKG

 Malam tadi Naim 9M2CKG berjaya membuat pencarian solo berjaya mendapatkan belon Kuantan radiosonde D20058462. Jatuh di koordinat  3.80402 darjah Utara dan 102.36436 darjah timur. Altitud terakhir ketinggian 290m. Menurut Naim 9M2CKG peranti dijumpai jarak lebih kurang 50m dari titik akhir. Isyarat tidak dapat dikesan kerana peranti telah basah kemungkinan telah dimasuki air.

Credit 9M2CKG

Catatan beliau masa dijumpai 22:45 malam jumpa di Kg Gong Halt kawasan ladang kelapa sawit.

Credit 9M2CKG

Kedudukan ikon kereta milik Naim 9M2CKG menghampiri belon Kuantan malam tadi.

Credit 9M2CKG

Pelekat Met ditampal sebelah tepi pada peranti radiosonde yang berjaya dicari. Pencarian pertama Team SAR Pahang pada waktu malam.

Credit 9M2CKG

Kod bar nombor siri peranti sebagai bukti bahawa ia berjaya ditemui.

Credit 9M2CKG

Belon kelihatan masih sempurna pecah sedikit diatas rumput ladang sawit. 


Video daripada Pak Yus 9W2EVR berjaya juga membawa pulang radiosonde D20059113 pada sebelah pagi semalam. Team SAR Pahang berjaya mendapatkan dua radiosonde pagi dan malam secara solo. Tahniah kedua stesen yang hebat ini. Semangat keberanian dan bersungguh-sungguh mencapai kejayaan telah membuahkan hasil.

73, Jojet de 9w2dya

Kali Kedua Dapat Radiosonde di Kg Tali Air


 Belon KLIA radiosonde D20054292 berjaya ditemui di Kg Tali Air, Banting. Ini merupakan penemuan radiosonde yang kedua di kampung ini.

Credit 9M2ZAK
Koordinat 2.74612 darjah Utara dan 101.45 darjah Timur. Altitud ketinggian 59m dan altitud ketinggian maksimum 20348m.
Jatuh pada 20 Mac 2022 jam 21:17 malam. Saat akhir telah berada di perairan Morib. Namun angin di bawah aras 4000m telah menolak ke arah daratan. Terus mendarat di Kg Tali Air dengan selamat.

Credit 9M2ZAK

Imej google earth dan streetview yang dicari oleh Zak 9M2ZAK berdasarkan koordinat radiosonde D20054292. Jambatan konkrit yang kami lalu pada malam itu. Seterusnya laluan batu laterit untuk ke kawasan rumah kampung

Credit 9M2ZAK
Titik akhir radiosonde jatuh dikawasan pokok buah-buahan. Terdapat pokok durian dan manggis di persekitaran tersebut. Akhirnya tersangkut pada pokok kelapa berhampiran jambatan konkrit itu. Terlajak sedikit pasti masuk parit atau terlepas atas jalan.

Credit 9M2ZAK
Banyak rumah dipersekitarannya sangat merisaukan jikalau jatuh di kawasan itu. Pasti  tersangkut atas bumbung menyukarkan lagi misi pencarian.
Nasib baik menyebelahi kami kerana belon jatuh di kawasan hijau. Ia tidak mengganggu penduduk kampung dengan kemunculannya pada malam itu. Mudahlah misi pencarian kami.

Credit 9M2ZAK
Isyarat diterima setelah menghampiri lagi jarak 500m ke titik akhir. Kami ke titik akhir namun tiada petanda belon boleh ditemui. Setelah antena dicabut isyarat tidak dapat kedengaran di corong radio. Ini bemaksud tiada disitu. Berpatah balik menghampiri jalan. Hanif 9W2VHF berpandu isyarat bunyi berjaya mengesan kedudukan peranti radiosonde D20054292.

Credit 9M2ZAK

Peranti radiosonde ditemui diatas tanah. Belon pula tergantung dari pelepah pokok kelapa menghampiri jalan besar. Jarak ke titik akhir dari peranti adalah 31.2m bagi altitud 59m. Separuh dari ketinggian altitud barulah peranti ditemui jaraknya.

Credit 9M2ZAK
Pohon kelapa sebelah kiri, belon ditemui tergantung dari pelepahnya. Separuh belon pecah, namun bentuknya masih kekal boleh digantung. Kalau dilihat benda tergantung berwarna putih ini pastilah menyeramkan. Namun bagi pengejar belon pemandangan ini telah biasa dilihat.
Credit 9M2ZAK
Laluan yang dilakarkan oleh Zak 9M2ZAK disekitar pendaratan belon D20054292. Laluan inilah digunakan olehku selepas berjaya membawa pulang belon dan peranti. Kami meletakkan jelopi di anak panah selepas target jatuh. Kemudian mencari disekitar pokok durian dan manggis di titk akhir. Seterus berpatah balik arah ke jalan besar. Berhmpiran pokok kelapa belon tergantung dan peranti di atas tanah.
Credit 9M2ZAK
Pemakaian vest keselamatan di kawasan kampung sangat penting bagi tujuan keselamatan. Ia dapat menghindar sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Perlu dipakai sewaktu misi di malam hari bagi memudahkan kita dilihat oleh sesiapapun.




Credit 9W2VHF

Credit 9W2VHF

Credit 9W2VHF

Credit 9W2VHF

Credit 9W2VHF

Credit 9M2ZAK

73, Jojet de 9w2dya

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...