Berjaya Mendapat Radiosonde D20054466


Semalam berjaya mendapat radiosonde D20054466 bersama Hanif 9W2VHF. Hasil pemantauan malam yang jatuh di jalan Tanjung 12. Pagi semalam mencuba laluan di sebelah KLIA Sepang pula.

Credit 9W2VDN

Oleh kerana altitud 35.5m hasil cerapan stesen radiosonde 9W2VDN di Putrajaya. Lokasi radiosonde D20054466 sememang berada seperti gambar di atas. Rupanya kawasan pendaratan kali ini berada di ladang nenas.


Jarak lokasi yang semakin menghampiri. Sayangnya menghadap hutan. Namun, kelihatan di dalam kawasan berpagar merupakan kawasan pertanian. Jadi kami berdua bermotosikal cuba masuk kawasan tersebut. Oleh kerana pintu pagar yang terbuka, jadi masuk mengikut arah bearing.


Kawasan hutan dihadapan mata. Nasib baik ada alternatif lain untuk menuju ke kawasan pendaratan radiosonde D20054466. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian. Perlu meninjau-ninjau jikalau ada peluang yang  lain.


Kawasan ladang nenas yang saujana mata memandang. Menghampiri lokasi terakhir di kawasan ini. Berpandukan jarum GPS waypoint finder. Ia berada di dalam rumpun nenas ini.


Semakin menghampiri apabila jarum kompas bertukar warna biru. Terpaksa melangkah dua batas pokok nenas yang berduri tajam dengan berhati-hati.


Peranti ditemui  di antara batas dalam kawasan rumput. Manakala belon yang telah pecah berada di sebelah kiri. Hanif 9W2VHF mnegikut benang untuk mendapatkan belon.


Hanif 9W2VHF memegang belon beberapa meter di batas yang sama. Kemudian Hanif 9W2VHF menggulungkan benang pada kayu pine. Kali ini benang tidak perlu diputuskan Mendarat di kawasan lapang tanpa perlu memutuskannya. Maka satu set lengkap boleh di bawa pulang.

Koordinat peranti radiosonde yang dijumpai adalah 2 darjah 43.8451' Utara dan 101 darjah 39.2081' Timur. Mudah dijumpai dengan merujuk altitud yang rendah sememangnya tepat berada di radius yang kecil. Stesen radiosonde 9W2VDN bekerja dengan cemerlang.


Penulis memegang peranti radiosonde dan belon yang pecah sepenuhnya  jatuh malam sebelumnya. Jikalau tidak menyelamatkan peranti ini dengan segera, pasti akan hilang. Ini kerana ia jatuh di kawasan ladang nenas. Pasti pekebun akan membuangnya kerana dianggap sebagai sampah. Bagi kami sebagai pemburu belon ia merupakan sesuatu yang sangat berharga.


Radiosonde D20054466 masih aktif ketika jatuh pada malam itu. Isyarat diterima di atas rumput hingga jarak 2.3km di jalan Tanjung 12. Jauh capaiannya pada malam itu diterima isyarat dengan baik.


Kemudian selepas mendapatkan data dan bergambar kenangan. Terus bermotosikal bertolak ke tempat letak jelopi di Jalan Pekeliling. Semasa datang palang telah menutup laluan. Ini menyebabkan jelopi tidak boleh masuk ke kawasan ini. Nasib kuda besi Hanif 9W2VHF sangat berjasa dalam setiap misi.

Credit 9W2VHF
Kawasan letak jelopi berhampiran lampu landasan kapal terbang. Kemudian kami berkonvoi ke Met Sepang yang tidak beberapa jauh dari lokasi pencarian.


Belon dilepaskan dari Met Sepang. Mendarat juga berhampiran KLIA Sepang. Pecah seawal 20260m dan isyarat terakhir diterima dari Bangi altitud 1161m.

Credit 9W2VHF
Keadaan di luar Rumah Belon terdapat papan tanda penerangan.

Credit 9W2VHF
Tong gas hidrogen tersusun rapi untuk mengisi gas hidrogen terbang ke atmosfera.
Credit 9W2VHF
Keadaan rumah belon yang dilepaskan bermula dari sini.

Credit 9W2VHF
Kawasan lapang di hadapan pejabat dan rumah belon tempat belon dilepaskan. Terdapat arah mata angin telah ditandakan. Belon dilepaskan setelah mendapat kebenaran dari Pengawal trafik Udara (ATC).

Credit 9W2VHF

Papan tanda yang perlu dipatuhi dikawasan persekitaran Bilik belon. Mengendalikan gas hidrogen mempunyai risiko letupan.

Credit 9W2VHF
Ada kelapangan boleh datang sekali lagi untuk melihat belon radiosonde dilepaskan pula. Jika jatuh darat, bolehlah kita kejar sampai dapat.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...