Credit 9M2ZAK |
Malam semalam telah melakar sejarah bagi Team SAR Selatan berjaya pertama kali mendapat radiosonde di Singapura. Choong Sek Yeen 9W2CEI/9V1CV berjaya mendapatkan radiosonde iMS-100 dengan bantuan Team SAR Selatan.
Credit 9M2ZAK |
Credit 9M2ZAK |
Radiosonde IMS10CB0C telah jatuh pada 18 Mac 2022 jam 20:38 malam. Altitud ketinggian terakhir 133m dan altitud ketinggian maksimum adalah 21594m. Koordinat 1.38037 darjah Utara dan 103.72286 darjah Timur di kawasan Choa Chu Kang, Singapura.
Credit 9M2ZAK |
Jejak pergerakan belon dari Paya Lebar hingga jatuh di kawasan Choa Chu Kang. Berlegar di atmosfera Singapura sahaja bagi altitud ketinggian maksimum 21584m.
Beberapa petikan rakaman video oleh Choong 9W2CEI/9V1CV semasa penemuan radiosonde malam semalam. Beliau sampai ditempat kejadian jam 9:30 malam.
Detik pertama kali jumpa di sebatang pokok di tepi jalan.
Berjaya mendapat.
Radiosonde dan belon
Radiosonde masih hidup.
Saat bateri dicabutkan.
Persekitaran kawasan radiosonde ditemui.
Payung terjun masih tersangkut di atas pokok.
Tinggi sungguh ia tersangkut.
Benang mencecah hingga ke tanah.
Credit 9W2CEI/9V1CV |
Radiosonde iMS-100 berada dalam genggaman Choong 9W2CEI/9V1CV buat pertama kalinya. Sebelum ini telah menemui lokasi radiosonde, malangnya peranti tersangkut diatas pokok. Tidak pasti ia sudah jatuh ke bawah atau belum. Kita tunggu berita dari Choong 9W2CEI/9V1CV nanti.
Hasil tangkapan Choong 9W2CEI/9V1CV pada malam itu. Kerjasama yang padu oleh Team SAR Selatan membawa kejayaan mendapat radiosonde pertama di Singapura. Tahniah sekali lagi kepada Choong 9W2CEI/9V1CV membawa pulang radiosonde dengan jayanya.
73, Jojet de 9w2dya
Terima kasih atas liputan kisah tangkapan radiosonde saya. Radiosonde pertama yang tersangkut atas pokok sejak 12 Mac 2022, telah pun berjaya diturunkan dengan galah panjang (lebih kurang 7 meter) pada malam 24 April 2022.
ReplyDeleteTerima kasih sekali lagi.
73, de Choong, 9W2CEI/9V1CV