Stesen 9M4USM-11 Belon Altitud Tinggi dilancarkan dari Kg Attaduri, Langkap

Credit Dr Norilmi Amilia

 Semalam stesen 9M4USM-11 Belon Altitud Tinggi telah dilancarkan di Kampung Attaduri, Langkap Perak. Belon dilepaskan oleh Spacein subsidiari USM. Ia juga telah dirakam secara langsung laman facebook apadilangit. Program Space Connect 2022 turut diadakan oleh Wau Rocketry USM.


Pelancaran Belon Altitud Tinggi (HAB) telah diadakan di Dewan Hj Jarieh, Kampung Attaduri, Langkap Perak Darul Ridzuan. Merujuk tangkap layar stesen 9M4USM-11 telah terbang ke arah barat dari Langkap. Nasib menyebelahi HAB ini kerana tidak terlajak hingga ke Selat Melaka. Minggu ini kebanyakan belon kaji cuaca terbang ke arah barat walaupun peralihan monsun barat daya sudah bermula.

Credit Dr Norilmi Amilia
Kini, sesiapa sahaja boleh menghantar sesuatu ke stratosfera hingga altitud ketinggian 21km. Hubungilah Spacein akan menguruskan segalanya. Cara termurah dan pantas untuk menghampiri atmosfera. Kepakaran dalam bidang aeroangkasa menjadi faktor utama sebagai pilihan dalam membuat keputusan. Peluang yang ada perlulah direbut kerana pasti menjadi tarikan utama kepada sesiapa yang melihat hasilnya.

Credit Dr Norilmi Amilia
Rekabentuk payload yang diterbangkan ke ruang atmosfera. Pelbagai peranti yang mempunyai pelbagai fungsi dilepaskan ke udara. Perancangan yang teliti agar semua berfungsi dengan baik.

Credit Dr Norilmi Amilia

Krew membuat persiapan terakhir bagi memastikan semua dapat berfungsi seperti yang dirancang. Kesilapan membawa padah jika tidak berjalan seperti sepatutnya. Ujian serta ujilari dijalankan terhadap peranti dan sistem sebelum hari pelancaran.

Credit Dr Norilmi Amilia
Merujuk kepada raw data aprs, packet pertama diperolehi oleh stesen 9M4USM-11 adalah jam 10.32 pagi. Altitud ketinggian 619m. Petanda baik aprs berfungsi dengan sempurna. Ia mendapat packet dari 9M2RKV-3 di Bukit Kledang.

Credit Dr Norilmi Amilia
Dr Norilmi Amilia ditemuramah bagi satu program dokumentari terbitan RTM. Satu cara meningkatkan pengetahuan tentang aeroangkasa kepada keluarga Malaysia.

Dr Norilmi Amilia

Imej payload dan payung terjun yang diambil menggunakan dron. Raw data menunjukkan altitud ketinggian maksimum adalah 20880m pada jam 11:11 pagi. Seterusnya mendapat packet pada altitud ketinggian 17946m dua minit kemudian.

Dr Norilmi Amilia
Belon jatuh di kawasan Ladang Arcadia, Kg Kayan Setiawan. Ia merupakan ladang kelapa sawit yang luas. Jam 11:33 pagi packet terakhir diperolehi pada altitud ketinggian 2597m dengan kelajuan 8 km/h. Koordinat terkakhir 4 darjah 04.80' Utara dan 100 darjah 46.61' Timur.

Jarak titik terakhir ke kawasan pendaratan di ladang Acadia lebih kurang 3.4km. Payung terjun berjaya di tolak kekal di daratan bertukar arah ke tenggara. Ini merisaukan Dr Norilmi Amilia setelah aprs telah kehilangan data. Sebelah selatan negeri Perak sememangnya kurang Igate dan Digipeater aprs. Mungkin faktor ini menyebabkan stesen 9M4USM-11 sukar mendapat packet dibawah altitud ketinggian 2600m.

Credit Dr Norilmi Amilia
Namun, GPS Spot telah berjaya menghantar koordinat setelah berjaya mencecah bumi. Team SAR telah bergegas pada koordinat yang diberikan oleh GPS Spot itu.

Dr Norilmi Amilia
Berpandukan koordinat yang diperolehi, Team SAR berjaya menemui semula payload dan payung terjun di kawasan ladang kelapa sawit. Pentingnya menggunakan lebih daripada satu kaedah penjejak. Ini dapat mengelakkan dari kehilangan payload itu, apabila salah satu gagal berfungsi.

Credit Dr Norilmi Amilia
Wajah keceriaan Team SAR berjaya menemui payload dan payung terjun semula di kawasan lapang di atas rumput. Team SAR dicadangkan mengaktifkan Igate menggunakan telefon pintar. Aplikasi U2APRS merupakan igate yang mudah dikendalikan. Semasa mengejar belon bolehlah ditalakan antena radio ke arah belon agar ia terus mendapat packet dari U2APRS.

Credit Dr Norilmi Amilia
Para pemenang dan peserta yang mengikuti pertandingan mewarna dan pelancaran roket air. Usaha menggalak murid minat akan sains dan aeroangkasa. Usaha Wau Rocketry USM ini haruslah dipuji agar dapat mencambah minat terhadap bidang ini.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...