Misi Mencari Belon D20054377 di Pulau Carey


 Malam tadi belon KLIA D20054377 telah jatuh di Pulau Carey. Berdasarkan peta menunjukkan jatuh di kawasan paya bakau. Percubaan mencari tetap dijalankan untuk melihat keadaan di kawasan pendaratannya.


Jatuh bertarikh 6 Mac 2022 jam 21:30 pada altitude ketinggian 63m. Koordinat 2.88029 darjah Utara dan 101.2981 darjah Timur. Altitud ketinggian maksimum 28850m.

Credit 9W2VHF
Hanif 9W2VHF seawal 7.30 malam telah berada di kedai makan di Dengkil. Memantau pergerakan radiosonde menggunakan Tbeam dan radio serta telefon pintar. Aku pula tiba di kedai selepas maghrib untuk memantau bersama. Pada awalnya laman web sondehub menjangkakan radiosonde D20054377 akan jatuh berhampiran Pulau Carey. Namun saat akhir, berjaya mendarat berhampiran kawasan paya arah ke ladang kelapa sawit.

Credit 9W2VHF

Setelah mendapat koordinat radiosonde D20054377, memasukkannya pada aplikasi GPS waypoint finder. Jarak 42.2km telah direkodkan ke titik akhir radiosonde di Pulau Carey.


Setelah Arul 9W2OCX, barulah kami bertolak ke Pulau Carey bersama van beliau. Bertiga bersama ke Pulau Carey walaupun agak lewat malam. Berjaya sampai di simpang jalan koordinat 2 darjah 52.5631' Utara dan 101 darjah 19.4663' Timur. Cuba memantau di frekuensi 401.110MHz. Namun tidak menerima sebarang isyarat dari corong radioku.


Tinggal lagi 2.967 km sahaja ke titik akhir. Oleh kerana laluan sukar dilalui, terpaksalah menamatkan misi malam itu. Ada kelapangan pasti belon ini akan dicari semula.

Crdit 9W2OCX

Arul 9W2OCX telah berjaya membawa pulang dua radiosonde sepanjang berada di kawasan tengah. Beliau akan ke utara semula bersama pengalaman dan ilmu sepanjang berada bersama Team SAR Central. Tahniah Arul 9W2OCX berjaya mengikuti empat misi bersama kami. Tiga misi berjaya dan satu misi gagal merupakan satu pencapaian yang amat baik.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...