Credit 9W2VDN |
Oleh kerana altitud 35.5m hasil cerapan stesen radiosonde 9W2VDN di Putrajaya. Lokasi radiosonde D20054466 sememang berada seperti gambar di atas. Rupanya kawasan pendaratan kali ini berada di ladang nenas.
Jarak lokasi yang semakin menghampiri. Sayangnya menghadap hutan. Namun, kelihatan di dalam kawasan berpagar merupakan kawasan pertanian. Jadi kami berdua bermotosikal cuba masuk kawasan tersebut. Oleh kerana pintu pagar yang terbuka, jadi masuk mengikut arah bearing.
Kawasan hutan dihadapan mata. Nasib baik ada alternatif lain untuk menuju ke kawasan pendaratan radiosonde D20054466. Setiap halangan pasti ada jalan penyelesaian. Perlu meninjau-ninjau jikalau ada peluang yang lain.
Kawasan ladang nenas yang saujana mata memandang. Menghampiri lokasi terakhir di kawasan ini. Berpandukan jarum GPS waypoint finder. Ia berada di dalam rumpun nenas ini.
Semakin menghampiri apabila jarum kompas bertukar warna biru. Terpaksa melangkah dua batas pokok nenas yang berduri tajam dengan berhati-hati.
Peranti ditemui di antara batas dalam kawasan rumput. Manakala belon yang telah pecah berada di sebelah kiri. Hanif 9W2VHF mnegikut benang untuk mendapatkan belon.
Hanif 9W2VHF memegang belon beberapa meter di batas yang sama. Kemudian Hanif 9W2VHF menggulungkan benang pada kayu pine. Kali ini benang tidak perlu diputuskan Mendarat di kawasan lapang tanpa perlu memutuskannya. Maka satu set lengkap boleh di bawa pulang.
Koordinat peranti radiosonde yang dijumpai adalah 2 darjah 43.8451' Utara dan 101 darjah 39.2081' Timur. Mudah dijumpai dengan merujuk altitud yang rendah sememangnya tepat berada di radius yang kecil. Stesen radiosonde 9W2VDN bekerja dengan cemerlang.
Penulis memegang peranti radiosonde dan belon yang pecah sepenuhnya jatuh malam sebelumnya. Jikalau tidak menyelamatkan peranti ini dengan segera, pasti akan hilang. Ini kerana ia jatuh di kawasan ladang nenas. Pasti pekebun akan membuangnya kerana dianggap sebagai sampah. Bagi kami sebagai pemburu belon ia merupakan sesuatu yang sangat berharga.
Radiosonde D20054466 masih aktif ketika jatuh pada malam itu. Isyarat diterima di atas rumput hingga jarak 2.3km di jalan Tanjung 12. Jauh capaiannya pada malam itu diterima isyarat dengan baik.
Kemudian selepas mendapatkan data dan bergambar kenangan. Terus bermotosikal bertolak ke tempat letak jelopi di Jalan Pekeliling. Semasa datang palang telah menutup laluan. Ini menyebabkan jelopi tidak boleh masuk ke kawasan ini. Nasib kuda besi Hanif 9W2VHF sangat berjasa dalam setiap misi.
Credit 9W2VHF |
Belon dilepaskan dari Met Sepang. Mendarat juga berhampiran KLIA Sepang. Pecah seawal 20260m dan isyarat terakhir diterima dari Bangi altitud 1161m.
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Credit 9W2VHF |
Papan tanda yang perlu dipatuhi dikawasan persekitaran Bilik belon. Mengendalikan gas hidrogen mempunyai risiko letupan.
Credit 9W2VHF |
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment