DFM09 17030735 telah ditemui di Jerantut

Credit 9W2PRX

Maklumat dari group bahawa Abg Man 9W2PRX telah memaklumkan radiosonde DFM09 17030735 telah ditemui oleh orang awam di Jerantut.

Credit 9W2PRX

Ia dijumpai di Taman Gelanggi Perdana, Jerantut sebelum PKP. Ini bermakna kemungkinan awal tahun 2020. Peranti yang kedua ditemui, manakala yang pertama telah dibuang. Buang sebab tidak mengetahui fungsi peranti yang ditemuinya ini. Setelah melihat tiktok barulah menyedari kegunaan peranti tersebut.

Credit 9W2PRX
Media sosial seperti Tiktok telah mendedahkan kepada orang ramai tentang kewujudan aktiviti memburu belon kaji cuaca. Penyebaran maklumat seperti ini, secara tidak langsung masyarakat mengetahui tentang kewujudan belon kaji cuaca yang dilepaskan setiap hari.

 
Credit 9W2PRX
Segala persoalan  telah dapat dirungkaikan setelah melihat penyebaran video di tiktok. Medium media sosial memudahkan komunikasi berlangsung kerana dapat berhubung diantara satu sama lain walaupun tidak mengenali sesama sendiri.

Credit 9W2PRX

Kemungkinan model DFM09 telah digunakan oleh Met Malaysia terlebih dahulu sebelum model DFM17 kini. Tidak mustahil lebih ramai lagi akan melaporkan penemuan model ini setelah menyaksikan video belon kaji cuaca di tiktok.

Satu perkembangan yang baik bagi kami pemburu belon dapat mengetahui taburan belon ditemui serta modelnya. Perkongsian di media sosial amat bermakna membolehkan masyarakat  berkongsi maklumat.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...