Stesen K6MRC-1 merupakan kapal Hospital USNS Mercy milik tentera Amerika yang berpangkalan di San Diego. Perjalanan dari Pulau Palau mengarah ke negara Filipina pula.
Kedudukan kapal USNS Mercy yang menghampiri Filipina. Koordinat 8 darjah 59.00' Utara dan 129 darjah 10.40' Timur.
Kapal ini menggunakan perisian xastir bagi berfungsi untuk Igate. Maka banyak packet akan diperolehi dari mana-mana stesen berhampiran.
Kapal ini kali terakhir dicatat dalam blog ini pada tahun 2018. Ia sering belayar ke rantau ini sempena Program Pacific Partnership 2022.
Memberi khidmat masyarakat pada negara-negara yang disinggahi. Pelabuhan Klang dan Kuantan pernah menjadi tempat persinggahannya. Jadi, nanti tunggu dan lihat mana arahnya nanti dalam beberapa bulan lagi.
Sehingga jam 10.30 malam ini stesen K6MRC-1 masih berhenti di koordinat yang sama iaitu 8 darjah 59.00' Utara dan 129 darjah 10.40' Timur. Nampaknya kapal ini melabuhkan sauhnya di tengah lautan sebelum menyambung pelayaran keesokan harinya.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment