Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat 2022


 Setelah berehat setahun akibat pandemik Covid-19. Tahun ini muncul semula kejohanan yang berprestij ini di Stadium UKM Bangi. Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Langat kali ke-47 ini disertai oleh 47 pasukan sekolah menengah dalam daerah Hulu Langat.


Kem SMKBTHO2 berjaya membawa dua pingat pada hari ketiga kejohanan berlangsung. Berlangsung selama empat hari bermula 18 Julai 2022 hingga 21 Julai 2022. Selama empat hari pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh setiap atlet bagi memburu pingat.


Penantian berakhir pada hari ketiga setelah acara akhir 4x100m bermula. Saringan telah dijalankan pada hari pertama. Tiga pasukan 4x100m telah menempah tiket akhir. Dua pasukan berjaya membawa pingat dengan bergayanya memberi persaingan sengit.


Pasukan 4x100m Lelaki 1 bawah 18 tahun menggondol pingat perak dibelakang SMK Cheras Jaya. Kem SMKBTHO2 telah mendahului sejak pelepasan. Namun anchor pelari SMK Cheras Jaya memotong Hazwan hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah berjaya bawa pulang sebutir pingat untuk mereka yang tahun terakhir persekolahan.


Namun, sebelum itu pasukan Perempuan 2 bawah 15 tahun telah menunjukkan kesungguhan merebut pingat tempat ketiga bagi acara serupa. Kuartet 4x100m P2 ini berjaya membuktikan dengan kerajinan datang berlatih akhirnya membuahkan hasil. Pasukan ini juga mara ke pusingan akhir bagi acara 4x400m dengan mendapat tempat ke empat. Mereka merupakan prospek pingat untuk dua tahun lagi. 


Pencapaian tahun 2022 kem SMKBTHO2 mendapat kedudukan ke-31 daripada 47 buah pasukan sekolah menengah mengikut pingat. Bagi pungutan jumlah mata, kem SMKBTHO2 mendapat kedudukan ke-30 dengan jumlah 8 mata.


Pada tahun ini berjaya mengadakan sebanyak 35 sesi latihan seperti tahun 2020. Namum, pungutan pingat kali ini telah merosot. Strategi dan perancangan untuk tahun 2023 akan dirancang bagi menambah baik kedudukan dan pingat. Tiada yang mustahil, kerana ramai atlet yang berbakat ada dalam kem ini. Syarat utama perlulah rajin berlatih serta mempunyai jati diri yang tinggi.


Pasca Covid-19 memerlukan membangunkan semula semangat murid mengejar cita-cita dan impian dalam hidup. Setelah mendapat pengalaman tahun ini. Mereka semestinya berazam menjadi lebih baik pada masa hadapan. Pengajaran dan pengalaman yang dicedok di stadium ini menjadi bekalan mengejar pingat pada 2023 nanti. Sudah pasti latihan yang keras serta disiplin yang tinggi akan diberikan. Atlet sudah faham setelah kekurangan latihan menyebabkan prestasi tidak membanggakan.


Insha-Allah tahun hadapan koleksi pingat pasti bertambah dengan adanya semangat untuk bersaing dalam kalangan atlet. Ramai atlet berbakat dan berpontensi  akan digilap untuk lebih bersinar. Syarat utama mestilah seorang yang berdisplin serta mendengar arahan guru serta beradab. Pastilah dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.


Kemenjadian dalam sukan ini sememangnya terbukti bila di bawa dalam bilik darjah. Mereka akan lebih aktif serta pemikiran menjadi lebih positif. Badan cergas otak cerdas yang sering diperdengarkan. Mereka lebih dapat mengawal perasaan dan emosi serta lebih mudah bersabar dalam mengharungi pelbagai cabaran hidup.


Atlet dilatih tentang kepentingan masa dalam kehidupan. Masa itu emas menggunakan sebaik mungkin. Paling pantas pastilah ia yang menang. Paling jauh pastilah juga ia akan menang. Semuanya berkait tentang usaha yang  dilalui. Siapa banyak berusaha dan rajin berlatih pasti membuahkan hasil dan mendatang kepuasan diri  tidak digambarkan.


Ada atlet menceritakan semasa pulang membawa medal mendapat ucapan tahniah dan peluk cium daripada ibubapa mereka. Ini menunjukkan ibubapa memberi sokongan penuh penglibatan anak dalam sukan. Ada juga atlet telah dihalang dalam menyertai oleh ibubapa walaupun nama mereka telah didaftarkan. Satu kerugian besar dalam memperkembangkan bakat dan potensi anak.


Akhir kata, tahniah kepada semua yang memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang berkampung selama empat hari di Stadium UKM Bangi ini. Bagi yang tidak berjaya kena usaha lebih gigih lagi masa hadapan. Jangan rasa kecewa atau gagal, kerana itulah ubat untuk berjaya pada masa hadapan. Ambil pengajaran dan kelemahan diri serta perbaiki dan berubah menjadi lebih baik pada masa hadapan. Pengalaman adalah suatu yang sangat berharga bagi mematangkan diri.

Terima kasih kepada semua sahabat guru yang bekerjasama membawa  team olahraga SMKBTHO2 dengan jaya serta selamatnya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan semua. Tahniah Bthovian. Anda Hebat!

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...