Bermula minggu lepas belon KLIA telah dilihat mendarat di Pulau Carey. Angin telah mengarah ke Pulau Carey seperti tahun lepas setiap awal tahun. Namun musim tengkujuh belum berakhir, turut membawa jatuh ke Banting juga.
Awal minggu lepas ia jatuh di sebelah Kampung Ulu Chuchoh kawasan ladang kelapa sawit. Radiosonde D22028563 jatuh jam 9:22 pagi bertarikh 29 Januari 2022. Koordinat 2.6877 darjah Utara dan 101.70997 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir sangat tinggi iaitu 457m dan ketinggian maksimum mencapai 30,337m. Jalan masuk boleh ikut jalan ladang berdekatan jalan masuk bertar Kg Ulu Chuchoh dari KLIA.
Pada sebelah malamnya pula, radiosonde D22028666 telah jatuh berhampiran hujung jalan Kg Kachong Tengah dan Kg Batu Untung. Koordinat 2.73428 darjah Utara dan 101.53311 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 125m dan ketinggian maksimum adalah 20,083m. Kawasan persekitaran ladang kelapa sawit ini kebiasaannya sangat semak. Ia dimiliki oleh tanah persendirian. Namun, radiosonde ini jatuh berhampiran dengan jalan besar memudahkan pencarian.
Hari Selasa 31 Januari 2023 radiosonde D22028956 telah jatuh di Pulau Carey. Koordinat 2.84441 darjah Utara dan 101.38657 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 75m sangat rendah. Pasti ia ditemui dengan lebih mudah ditambah pula berhampiran jalan besar. Altitud ketinggian maksimum adalah 26,638m.
Keesokannya hari selasa, belon KLIA jatuh di Jalan Tongkah dekat Morib. Bertarih 1 Februari 2023 jam 9:43 pagi. Jatuh di kawasan kampung yang masih dikelilingi kebun sawit. Koordinat 2.76305 darjah Utara dan 101.44 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 292m. Jangkaan dengan ketinggian itu, belon akan terus jatuh lebih kehadapan lagi dalam kebun kelapa sawit mendarat. Altitiud ketinggian maksimum adalah 29,312m. Belon ini jatuh di tepi jalan besar pasti mudah diakses.
Manakala, hari khamis 2 Februari 2023 belon KLIA radiosonde D22028940 sekali lagi jatuh di Pulau Carey. Jatuh jam 9:35 padi berhampiran Amverton Resort. Koordinat 2.85945 darjah Utara dan 101.39772 darjah Timur. Titik akhir di simpang jalan tanah merah akan terlajak sedikit ke dalam sawit. Jikalau atas laluan jatuhnya, pastilah pekerja akan mengalih atau membuangnya ke timbunan pelepah kering. Altitud ketinggian terakhir 279m dan ketinggian maksimum 29,422m.
Pada hari jumaat 3 Februari 2023 belon KLIA radiosonde D220285-5 jatuh di Pulau Carey lagi. Koordinat 2.84828 darjah Utara dan 101.37015 darjah Timur. Kali ini titik akhir di simpang empat. Jangkaan titik mendarat belon membuat pusingan U. Pasti mencabar bagi bagi belon ini untuk ditemui. Altitud ketinggian terakhir 384m dan ketinggian maksimum adalah 29,140m.
Sebelah malamnya pula belon KLIA radiosonde D22028748 jatuh di Kolej Matrikulasi Selangor. Jatuh jam 21:26 di kawasan lapang bersebalahan Balai Pengawal. Boleh tanya pengawal yang bertugas jikalau mereka telah menjumpai peranti dan belon. Altitud ketinggian sangat rendah bermakna kedudukannnya sangat tepat iaitu 69m. Altitud ketinggian maksimum adalah 28,537m.
Pada hari sabtu bertarikh 4 Februari belon KLIA radiosonde D22028720 jatuh di Pulau Carey. Jatuh di ladang kelapa sawit. Boleh cuba laluan masuk dari Kampung Melayu. Koordinat 2.8169 darjah Utara dan 101.3915 darjah Timur. Belon jatuh mengarah ke barat laut dari arah tenggara. Boleh jumpa berhampiran jalan tanah merah kerana altitud ketinggian terakhir agak rendah iaitu 114m sahaja. Altitud ketinggian maksimum pula adalah 26,140m.
Sebelah malamnya pula belon KLIA radiosonde D22028698 telah jatuh di Dusun Durian milik Sime Darby. Koordinat 2.79548 darjah Utara dan 101.46637 darh Timur. Altitud ketinggian 154m dan ketinggian maksimum 27,40m. Minta bantuan kepada Pegawai yang bertugas di Bilik Pengawal dengan melaporkan nama dan alamat. Kemudian ikut sahaja laluan utama itu sebelum belok ke kanan setelah menghampiri titik akhir. Syarikat perladangan yang besar menjaga kawasan ladang dengan baik sekali. tidaklah terlalu semak berbanding pemilik persendirian.
Seterusnya pada hari ahad 5 Februari 2023 buat kali keduannya belon KLIA mendarat di Kolej Matrikulasi Selangor. Seminggu dua kali berjaya mendarat di Kolej ini. Kali ini mendarat menghampiri bangunan. Atitud ketinggan 306m membolehkan ia bergerak ke hadapan lagi. Harap ia tidak jatuh di atas atap. Pasti sukar untuk dikesan kecuali ada juntaian benang berhampiran. Altitud ketinggian maksimum adalah 27,770m.
Pada sebelah malamnya pula, ia jatuh di bahagian utara Pulau Carey. Koordinat 2.88739 darjah Utara dan 101.3173 darjah Timur. Terpaksa hati-hati melalui jalan tanah merah memandang hujan yang turun menyebabkan laluan lecah. Altitud ketinggian terakhir 278m dan ketinggian maksimum adalah 20,393m.
Gunakan koordinat pada tangkap layar di atas untuk mencari belon. Gunakan sahaja google map dengan memasukkan koordinat mengikut kaedah seperti ini. Contohnya koordinat yang harus dimasukkan 2.88739N selang 101.3173E dan tekan butang search. Kemudian ia akan menunjukkan arah dari tempat kita berada.
Jika berjaya jumpa, sila laporkan di laman sesawang Sondehub.org
Sangat penting laporkan setiap penemuan. Ini kerana pemburu belon yang lain tidak mencarinya lagi.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment