Kaut tepi jalan


 Hari ini berjaya menjumpai radiosonde selepas semalam gagal dalam tiga misi pencarian. Selepas saltmine di Bandar Damai Perdana, habis makan dan solat terus menuju Bandar Enstek, Nilai. Ia jatuh di Jalan Timur 1 di belakang  Kolej Cempaka.


Menuju ke Jalan Timur 1 melalui Jenderam terus ke Pekan Sepang masuk ke Bandar Enstek. Jangkaan belon dijumpai di  tepi jalan setelah melepasi pokok. Arah jatuh ke barat daya dengan bantuan sedikit angin berjaya melepasi hutan dan mendarat berhampiran bulatan kecil.

GPS waypoint finder menujukkan jarak 138m dari belon ke titik akhir. Ketinggian altitud terakhir adalah 551m serta ketinggian maksimum adalah 29,688m. Ketika ditemui di tepi jalan tenaga bateri masih hidup menghampiri penghujung. Semasa tiba di bulatan sudah kelihatan benang terjuntai dari pokok serta peranti tergolek atas rumput. Ketika itu jam menunjukkan 3.05 petang. Lampu LED merah dan kuning terus menyala.


Kedudukan peranti di atas rumput bahu bulatan kecil. Benang terjurai dari atas pokok yang tersangkut. Sayangnya apabila direntap benang, belon tidak juga kelihatan. Pasti ia tersangkut di atas pokok atau melepasi kawasan pagar berhampiran.


Peranti radiosonde jatuh mengereng di atas rumput. Benang turut kelihatan di atas rumput sambung ke atas dari dahan pokok. Isyarat terus memancar, namun pada kali ini tidak membawa radio kerana bertugas. Hanya bergantung sepenuhnya terhadap koordinat sahaja.



Syukur pada hari ini berjaya menggenggam radiosonde setelah tiga percubaan semalam  gagal. Lokasi yang mudah sampai membolehkan ia dengan pantas dapat diselamatkan. Beberapa minggu ini tiupan angin agak kuat. Ini membolehkan ia terbang melepasi hutan terus mendarat di tepi bulatan kecil.


Tenaga bateri mampu bertahan hingga 3 petang  setelah dilepaskan sejak 7.30 pagi dari KLIA. Penghujung nyawa tenaga semakin berkurangan. Bantuan tiupan angin agak kuat terus melayang jauh ke hadapan lagi. Bernasib baik lagi jatuh di tepi jalan sahaja.


Sebelum sempat masuk bulatan telah nampak kelibat benang dan peranti di atas rumput. Sudah diduga pasti ia terlajak hingga terus ke hadapan. Maka, sememangnya mata meliar-liar semasa memandu melihat-lihat di bahu jalan.


Jalan Timur 1 menjadi saksi radiosonde D22028411 mendarat dengan selamat. Inilah dikatakan rezeki apabila jatuh di tepi jalan memudahkan belon dikaut. Kadang kala pula sangat susah untuk dicari jikalau tempat pendaratannya di kawasan yang amat semak atau jauh ke dalam hutan. Semuanya berkait dengan rezeki jua.
Bersyukur apabila mendapat dengan mudah.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...