Meriahnya AIS malam ini


 Malam ini aktiviti AIS di Pelabuhan Klang sangat meriah. Stesen AIS di Langsa, Sumatera YB6DE-AIS berjaya hingga ke Klang. Ingatkan ada stesen AIS di Klang. Rupanya satu-satu stesen AIS di Selat Melaka telah bekerja dengan baik dari Langsa hingga ke Selat Melaka perairan Selangor.


Vesel beratur di Selat Melaka  perairan Selangor boleh dilihat. Pulau Pinang tiada pula aktiviti AIS. Rasanya ia lebih dekat berbanding dengan Pelabuhan Klang. Masa awal-awal penglibatan dengan aprs. Selain Pelabuhan Klang, Pulau Pinang dan Singapura turut aktif dengan aktiviti AIS.


Kapal paling hujung sekali adalah BSG Bonaire berhampiran Tanjung Tuan. Turut aktif stesen AIS di Genting Highland iaitu 005330045 MY. Tidak lupa juga stesen AIS di Gunung Brinchang, Cameron Highland 005330704 MY.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Belon Pembukaan 2025

  Cuti Tahun Baru 2025 digunakan mencari lagi belon kaji cuaca yang masih berbaki. Bergerak semula ke Bukit Changgang jalan sebelum stesen m...