Melihat anak kuda berusia 8 hari


 Pagi ini Damia berjaya menemui satu lagi tempat baru untuk joyride. Hasil mencari di enjin pencarian google berjaya menemui Pusat Latihan Remaja Cemerlang. Pusat ini menyediakan aktiviti menunggang kuda.


Sebelum ke lokasi di Kampung Seri Aman Luar, Puchong. Bersarapan terlebih dahulu di bandar Seri Putra. Usai sarapan berpandukan peta google terus memandu destinasi dituju.


Memandu melalui Lebuhraya PLUS keluar ke Kajang kemudian terus ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP). Melalui LDP keluar ke Persiaran Taman Tasik Prima. Kemudian jumpa bulatan menghala ke Persiaran Desa Millennia. Kemudian belok kiri seiring dengan laluan LRT menghala ke Persiaran Puchong Permai.


Seterusnya belok ke kanan melepasi kawasan komersial Puchong Prima. Beberapa meter di hadapan belok kanan berdekatan taman pemainan kanak-kanak. Seterusnya, belok ke kiri memasuki Kampung Seri Aman Luar.


Kemudian terus ke hadapan hingga belok ke kanan melalui Lorong Bestari 7. Beberapa meter di hadapan terlihat arena kuda di sebelah kanan. Kereta diletakkan di bahu lorong berhadapan pusat ini.


Hadapan pintu pagar tertera nombor telefon untuk dihubungi. Baru hendak telefon terlihat seorang wanita menghampiri arah pintu pagar. Terus bertanya tentang hasrat untuk melakukan aktiviti joyride. Pada awalnya, maklumkan tempat sudah tutup. Kemudian pergi sebentar untuk memaklumkan hasrat itu kepada sesorang di Pejabat.


Setelah kembali semula, menyatakan tempat ini telahpun tutup dan tidak menerima tetamu lagi. Kemudian, memberitahu bahawa kami datang dari Bangi. Kemudian dia bergerak ke pejabat bertanya kembali. Akhirnya datang semula membawa berita gembira.


Wanita tersebut mengizinkan kami masuk sementara menyediakan kuda. Sementara kuda disiapkan, memerhati kawasan persekitaran terutama di arena kuda. Ada seekor kuda berada  di kawasan arena. Sangat aktif bergerak ke sana ke mari. Kuda putih ini tidak mahu duduk diam.


Setelah kuda siap, Damiapun naik kuda  dan mengelilingi kawasan tersebut. Baru satu pusingan hujanpun turun. Apalagi! berhenti dan menyelamatkan diri ke kandang kuda. Meminta izin kepada wanita tersebut untuk melihat-lihat kuda yang berada di kandang tersebut. Hujan agak lebat dan melihat semua kuda yang ada di kandang tersebut.

Ketika melihat-lihat kuda-kuda tersebut. Ada seorang wanita lagi memberitahu terdapat anak kuda yang baru lahir. Baby kuda itu baru berumur 8 hari. Maksudnya minggu lepas kuda itu dilahirkan oleh ibunya bernama Sarah.


Anak kuda itu sangat jinak juga. Tidak takut kepada orang. Ibunya Sarah sentiasa mengawasi pergerakan anaknya. Kadang kala melihat anak kuda tersebut menyusu kelaparan.


Beberpa minit kemudian hujanpun reda. Sebelum itu sememangnya telah melihat awan gelap sejak memandu dari Bangi lagi. Jam ketika tiba di Puchong menghampiri 11 pagi. Rezeki menyebelahi Damia kerana dapat juga menunggang kuda pagi itu.

Setelah hujan berhenti sepenuhnya, wanita tadi mempelawa Damia menunggang kuda sekali lagi. Oleh sebab hujan sebelum ini, masa sangat singkat. Alhamdulillah dapat menunggang buat kali kedua pula.


Inilah anak kuda yang berusia lapan hari disamping Sarah ibunya. Nama penuh tak ingat. Macam bunyi bot panggilan akhir nama tersebut. Sentiasa mendekati ibunya walaupuan sesaat. Pertama kali kami melihat anak kuda yang baru lahir beberapa hari. Kalau kuda padi memanglah kecil sahaja. Peluang melihat anak kuda baru beberapa hari lahir adalah sangat mengujakan.


Menunggang buat kali kedua agak lama sedikit. Masa menunggang kuda ketika hujan itu sempat memberi sedikit sedekah kepada wanita tersebut. Menurut beliau tiada bayaran dikenakan untuk aktiviti joyride ini. Hanya menerima sumbangan secara ikhlas menurut wanita tersebut. Maka sedekahlah lebih sedikit nilai joyride yang selalu Damia buat. Sumbangan amat penting untuk menguruskan pusat ini, lagi-lagi penjagaan kuda-kuda tersebut.


Selepas puas melihat-lihat kuda, kamipun bergerak pulang. Terdapat reban ayam serama dan arnab. Melihat-lihat kedua haiwan tersebut sebelum bergerak ke destinasi yang lain pula.


Kemudian bergerak menghala ke pusat membelih-belah di USJ 21. Keluar jalan yang sama terlihat sebelah kiri kawasan perumahan bertentang dengan LRT. Terdapat antena radio pada rumah tersebut. Ketika itu berada di Persiaran Puchong Permai.


Merujuk kepada APRS, terdapat satu stesen yang aktif bertentangan rumah tersebut. Stesen 9W2VGA-1 berada di pangsapuri Orkid berdekatan dengan pangsapuri Vistaria. Pasti base stesen ini berada tingkat yang lebih tinggi. Mana tidaknya, berjaya mendapat packet hingga ke Bukit Lanjan digipeater 9M2RKK-3.


Puas berjalan-jalan di USJ 21, kami menghala ke Cyberjaya pula. Singgah solat Zohor di Masjid Raja Ali Fi Sabilillah. Kemudian makan pula berhadapan Malakat Mall.


Usai makan terus ke Dengkil pula. Damia rancang hendak bagi makan kuda lobak merah di Pusat Equestrian Putrajaya pula. Singgah kedai runcit tepi jalan dapat 4 batang lobak merah. Kemudian buat pusingan U berpatah balik ke Presint 5.


Singgah pula ke Taman Cabaran Putrajaya. Kompleks Sukan Luncur Putrajaya melihat atlet-atlet sukan luncur berlatih serta menajamkan kemahiran yang ada. Basikal BMX, papan luncur serta kasut beroda beraksi dengan gaya lompatan yang menarik di areana luncur yang disediakan di kompleks ini.


Puas melihat aktiviti meluncur bergerak ke Kompleks Sukan Mendaki Putrajaya. Meletak kereta di parkir. Terlihat seekor monyet di hujung parkir sebelah sana berhampiran bangunan.


Naik tangga akan bertemu dengan pintu bercermin. Rupanya kaunter tiket dan pintu masuk berada di sebelah kanan melewati tandas. Hanya mengintai dari pintu masuk sahaja aktiviti memanjat dinding di kompleks ini. Wall dipasang hingga ketinggian mencecah tingkat 4 pada pemerhatian penulis. Oleh kerana hari minggu, ramai pendaki berkumpul melakukan aktiviti memanjat masing-masing.


Melewati jam 4 petang kami bergerak ke Pusat Equestrian Putrajaya. Sempat memotong 4 batang lobak merah terlebih dahulu di bonet belakang kereta. Nasib baik pisau potong benang belon ada dalam beg SAR. Berguna pisau lipat tersebut untuk memotong lobak merah. Masuk monson barat daya ini misi SAR belon berehat selama tiga bulan kerana belon akan terus masuk ke laut Selat Melaka.


Selepas lobak merah dipotong, terus Damia membawa plastik yang penuh lobak itu. Terdapat 5 ekor kuda telah bersedia untuk joyride. Sebelum kuda tersebut menjalankan tugas tepat jam 4.30 petang. Masa inilah Damia sibuk menghulurkan lobak pada kuda-kuda tersebut.


Habis sahaja lobak merah tersebutlah, barulah beratur ke kaunter tiket. Pada kali ini ramai orang datang untuk melakukan aktiviti joyride ini. Kanak-kanak dikenakan bayaran RM15 sahaja. Mendapat giliran ke-19. Tunggu agak lama kerana orang ramai yang hadir  pada kali ini.


Ketika duduk menunggu giliran di bangku yang disediakan. Salah seekor kuda telah berhenti kencing di hadapan kami semua. Habislah basah dengan air kencing tersebut di laluan. Semasa pertama kali menunggang kuda di sini juga, kuda yang Damia naiki turut berhenti kencing. Kuda tersebut kencing di laluan kereta di belakang bangunan bukannya di hadapan orang ramai.


Usai menunggang kuda, kami melihat aktiviti berkuda di padang polo yang luas tersebut. Seorang pemain polo berlatih memukul bola. Sangat kuat pukulan serta kuda berlari laju.


Tiga kali pada kali ini Damia menunggang kuda di dua tempat yang berbeza. Pengalaman melihat anak kuda berusia lapan hari sukar dilupakan. Jarang untuk bertemua anak kuda berusia semuda ini di mana-mana setakat ini.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...