Dino Desert @ Sungai Long


 Sebelah petang semalam pula, kami ke Dino Desert, Monkey Canopy dekat Sungai Long, Cheras. Monkey Canopy sebuah resort yang baru di bina menjadi tarikan para pelancong.


Tarikan terbaru Monkey Canopy adalah Dino Resort. Taman tema haiwan prasejarah ini sangat baik untuk pengetahuan pengunjung terutamanya kanak-kanak. Dino Desert telah dibuka pada awal cuti penggal baru-baru ini. Cuti sekolah tinggal beberapa hari lagi harus digunakan sebaik mungkin. Sudah lama merancang ke sini sebelum tempat ini dirasmikan lagi. Jadi, semalam seperti yang dijanjikan membawa Damia melihat apa yang menariknya di sini.


Bagi pertama kali hendak ke sini, pastikan anda bertemu SMK Bandar Baru Sungai Long. Kemudian bertemu bulatan kecil masuk ke kanan pukul 3. Terdapat papan tanda Monkey Canopy menunjuk arah di tuju. Kemudian terus ikut sahaja laluan tersebut hingga mendaki bukit agak curam serta melepasi Lebuhraya Lembah Klang Timur yang sedang dalam pembinaan. Ikut sahaja jalan yang terus mendaki serta belok kanan yang terdapat kolam selepas selekoh itu.



Melepasi kolam yang menjadi tumpuan para pemancing. Perjalanan terus mendaki lagi hingga laluan bersimen selekoh menghala ke kiri. Teruskan pemanduan mendaki hinggalah berjumpa dengan pintu gerbang berpondok pengawal. Sepanjang jalan terdapat tiang lampu yang berpanel solar.


Melepasi Pintu gerbang kita akan bertemu bulatan Monkey Canopy. Sudah kelihatan bangunan resort di hadapan. Dino Desert perlu turun jalan ke bawah ke hadapan lagi. Berhati-hati kerana kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. Sila patuhi papan tanda yang diletakkan sepanjang jalan.


Tiba di Dino Desert berhati-hati semasa parkir kereta. Pihak pengurusan masih belum membuat garisan parkir lagi. Maklumlah baru seminggu taman tema ini baru dibuka kepada pelawat. Melepasi pagar besi masuk berhadapan pintu masuk utama.


Terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket. Harga tiket dewasa RM55 dan kanak-kanak RM45. Boleh  juga membeli tiket secara dalam talian. Usai membeli tiket dibekalkan gelang yang berkod QR untuk diimbas di kaunter pintu masuk.


Melangkah sahaja bermulalah pengembaraan menjelajah zaman haiwan prasejarah. Terpaksa berjalan ke hadapan hingga bertemu haiwan burung yang menyambut para tetamu di bulatan. Bawahnya dihiasa taman kaktus yang cantik. Sebelum ke haiwan terbang ini kita melalui kawasan tasik sebelah kiri. Takungan air semulajadi menyajikan pemandangan indah.


Kami mengambillaluan sebelah kiri terlebih dahulu. Bertemu dengan tiga biji telur dinosaur. Hanya tengah telur mempunyai anak yang menetas. Damia masuk telur kiri dan kanan yang boleh bergambar di dalam telur tersebut.


Haiwan ini diletakkan di puncak-puncak batu. Ia statik sahaja dan tidak bergerak. Seolah-olah memerhatikan pengunjung yang datang. Pasti zaman prasejarah mencari mangsa untuk ditangkap dan makan.


Setiap haiwan prasejarah yang ditunjukkan mengeluarkan bunyi serta bergerak. Ini sangat menarik dan membuat suasananya hidup. Seolah kita berada pada zaman tersebut. Saiznya mengikut haiwan tersebut. Ada yang besar, kecil serta yang mempunyai leher yang tinggi. Gigi yang tajam amat menakutkan dengan bunyi yang garang. Satu pengalaman yang tiada ditempat lain.


Nasib baik cuaca pada petang itu agak redup dan mendung. Taman tema luar ini pastilah menyajikan pengalaman yang menyeronokkan lagi adventure.


Pemilihan lokasi Dino Desert sangat sesuai dengan persekitarannya. Resort ini di kawasan bukit dekat Semenyih cuma laluan masuk dari Sungai Long. Kawasan ladang kelapa sawit suatu masa lalu di buka untuk industri pelancongan. 



Kawasan permatang bukit dan puncak bukit ini telah diteroka. Banyak batu-batu granit seolah-olah membentuk telur dinosaur juga. Kawasan yang tandus dengan batu-batu ini sesuailah seperti pemandangan tanah yang tandus.


Plateosaurus ketinggian hingga 7 meter serta berat 4000kg. Infraorder adalah prosauropod dan diet omnivor. Papan maklumat yang tertera setiap haiwan prasejarah yang ada.


Mamenchisaurus dijumpai di negara China. Ketinggian boleh mencapai 22 meter. Sejenis haiwan herbivor.


Dilophosaurus yang kecil sahajq sejenis karnivor. Telah dijumapai di Amerika Syarikat. Lehernya yang unik seperti iguana.


Sejenis haiwan prasejarah yang mempunyai corak bintik-bintik di badan. Pasir berbatu putih menghiasi tanah dengan tumbuhan kaktus.


Seterusnya ke Dino Bites merupakan kafeteria tempat pengunjung mengalas perut serta menghilangkan dahaga. Terdapat kemudahan lain seperti surau dan tandas. Penulis menunaikan solat zohor terlebih dahulu di surau yang agak luas serta bersih.


Damia bergambar dengan gigi dinosaur yang menganga luas. Kawasan lapang berdekatan surau ini mungkin kawasan arked permainan yang bertemakan dinosaur.


Terdapat juga kerusi dan meja dengan rangka Trex. Tidak pasti tempat itu bertujuan untuk apa. Nampak permainan interaktif juga boleh jadi.


Telur dinosaur bergambar kenangan Damia dengan gembira sekali.


Stesen 9W2DYA-5 turut diaktifkan bagi mengenal pasti lokasi sebenar Dino Desert ini. Ternyata  tempat ini berada berdekatan dengan Jalan Sungai Lalang, Semenyih. Altitud ketinggian 197m dari aras laut.


Usai solat pengembaraan ilmu dan adventure disambung semula. Cuaca semakin redup dan mendung. Elok bawa bersama payung ketika berada di sini. Lupa bawa payung. Terlalu teruja ketika sampai di pintu gerbang Dino Desert.


Stegosaurus yang sangat dikenali Damia turut dapat dilihat di sini. Family stegosauridae saiz 9 meter serta berat mencapai 3100kg. Infraorder armoured dan diet herbivor.


Monolophosaurus family Megalosaurus dengan saiz 5.7 meter. Infraorder theropod dan diet karnivor. Haiwan prasejarah ditemui di negara China.

Diplodocus family Diplodocidae saiz 26 meter dengan berat 15000kg diet herbivor. Hiawan ini ditemui di Amerika Syarikat.


Damia berlatarbelakang Diplodocus leher yang panjang berkaki empat. Lanskap yang digubah amat menarik sekali. Damia menyangkakan pokok kaktus itu tidak hidup. Sangkaanya pokok tipu sahaja.


Dua haiwan berlainan spesies bergaduh diantara satu sama lain bagi menunjukkan kekuatan dan kekuasan. Pokok palma diikat dengan buloh bagi memastikan ia terus menegak ke atas.


Torvosaurus family Megalosauridae saiz 10 meter dengan berat 4500kg. Infraorder large theropod diet karnivor. Haiwan ditemui Amerika Syarikat.


Haiwan yang berbintik ini Dicraeosaurus family  Dicraeosauridae saiz 20 meter. Berat 14,000kg infraorder Sauropod diet herbivor. Haiwan ditemui negara Tanzania.


Spinosaurus family Spinosauridae saiz 14 meter berat 7400kg. Infraorder theropod  diet karnivor. Haiwan ditemui di Morocco.
Tyrannosaurus Rex yang paling dikenali Trex. Family tyrannosauridae. Ketinggian 12 meter  berat 7000kg. Infraorder theropoda diet karnivor.


Damia bergambar bersama Trex yang paling terkenal dalam kalangan dinosaur.


Tidak terlepas bergambar juga dengan empat ekor haiwan Archaeopteryx yang comel ini.


Archaeopteryx family  Archaeopterygidae saiz 0.18 meter berat 1.3kg. Infraorder ceratopsia diet karnivor. Haiwan yang ditemui di Jerman.


Nun jauh dibelakang haiwan dinosour di atas kawasan berbukit. Walaupun agak jauh ia masih bertindak balas dengan bergerak serta mengeluarkan bunyi.



Hadrosaurus family Hadrosauridae teinggi  9 meter berat 1800kg. Infraorder duck-billed dirt herbivor. Haiwan ini ditemui di Amerika Syarikat.
Giganotosaurus family Carcharodontosauridae. saiz 12.5 meter berat 8000kg. Infraorder large Theropod diet karnivor. Haiwan ini ditemui di Argentina.

Yangchuannosaurus family Metriacanthosauridae tinggi 9 meter dan berat 3000kg. Infraorder Carnosauria diet karnivor. Haiwan ini ditemui di negara China.


Trex dibelakang atas bukit. Taman ini agak beralundan memerlukan pengunjung berjalan sambil mendaki anak tangga atau laluan yang disediakan.


Laluan bertangga menunjukkan kawasan ini berbukit. Asal tanah dikawasan puncak mempunyai batu granit yang keras menghasilkan lanskap tandus. Cuma tiada pondok atau wakaf untuk berteduh dan berehat terutama ketika cuaca buruk.


Triceratops juga sangat terkenal family Ceratopsidae saiz 9 meter  berat 5500kg. Infraorder Ceratopsian diet herbivor. Haiwan ini ditemui di Amerika Syarikat.


Parasaurolophus family Hadrosauridae saiz 11 meter berat 3500 kg. Infraorder Theropod diet herbivor. Haiwan ini ditemui di negara Amerika Syarikat.


Pemandangan sebahagian ruang pameran haiwan prasejarah dihiasi pokok-pokok katus dan pokok bunga yang cantik dan menarik.


Pagar pemisah mengelakkan pengunjung mencerobihi kawasan pameran tersebut. Sisitem perparitan yang baik turut memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan takungan air kawasan pameran.


Salah satu haiwan prasejarah yang berjaya menarik perhatian pengunjung. Haiwan mempunyai leher yang tinggi.


Terdapat spesies palma yang baru ditanam hinggkan daun masih belum tumbuh dengan banyak. Terpaksa mengeikatkan batang dengan buluh bagi mengekalkan kedudukan batang pokok tetap lurus tegak berdiri.


Dua haiwan gergasi yang terdapat di Dino Desert ini.


Kedudukan terkini stesen 9W2DYA-5 telah mencapai altitud ketinggian 205m dari aras laut.


Terus ke hadapan akan sampai kawasan taman permainan kanak-kanak. Pelbagai kumudahan permainan yang mencabar serta menguji keberanian.


Elemen tali rendah turut disediakan bagi pengunjung menguji kemahiran motor dalam pelabagai halangan. Halangan memijak tayar menguji keyakinan diri dan keseimbangan diri.


Berjalan halangan kayu buaian amat menguji koordianasi kaki dan tangan bagi mengekalkan pergerakan agar tidak terjatuh.


Halangan kayu balak berbuai turut menguji keseimbangan badan serta fokus agar tidak terjatuh.


Satu alat permainan yang menguji kekuatan kaki dan tangan mengelilingi jaring yang berubah kedudukan.


Lagi satu alat permainan yang berbentuk haiwan prasejarah. Bahagian berbentuk kepala mencabar untuk memanjat dan pelantar menurun bahagian belakangnya.


Permaianan ini juga menarik untuk dipanjat hingga ke tempat paling tinggi. Perlu bijak memilah laluan yang betul agar cepat sampai ke atas.


Berehat di tempat paling tinggi memberi pandangan yang luas. Berjaya mencapai kejayaan selepas mengharungi laluan sukar. Pilihan tepat membawa ke puncak kejayaan.


Selepas puas bermain di taman permainan, penerokaan diteruskan. Kawasan fosil himpunan pelbagai spesies dalam bentuk rangka.



Laluan rangka seumpama memasuki terowong ke zaman jurrasic. Damia sangat berminat dengan dinosaur. Bagus untuk penerokaan minda ke arah sains hayat dan sejarah haiwan.


Edmontosaurus family Hadrosauridae saiz 13meter  berat 3400kg. Infraorder large Ornithopod diet herbivor. Haiwan ini ditemui di Canada.

Carcharodontosaurus family Carcharodontosauridae saiz 12.5 meter berat 15,000kg. Infraorder large Theropid diet karnivor. Haiwan ini ditemui di Algeria dan Mesir.


Tangga ke look out point, cuaca sudah berubah dengan pantas. Maka terpaksa memberhentikan penerokaan sementara cuaca bertambah baik semula.


Awan semakin gelap serta angin bertiup kencang. Memaksa kami bergerak semula ke bones bite. Sementara hujan reda memsan kentang goreng berserta bertih jagung. Minum teh tarik panas sangat enak sekai ketika hujan. Kejauhan melihat dinosaur masih bergerak-gerak walaupun hujan turun agak lebat.


Masuk waktu Asar terus solat terlebih dahulu. Hujan semakin reda ramai pengunjung keluar dan terus melawat kawasan persekitaran sekali lagi.


Kali ini turun tangga dengan berhati-hati kerana permukaan basah akibat hujan. Cuaca kembali terang walaupun rintik.


Melawat semula kawasan yang belum sampai. Maklumlah tiket mahal jadi kena melawat semua tempat tanpa tinggal satupun.



Brachiosaurus ditemui di Algeria.


Dua ekor berleher panjang ini sangat mengagumkan.


Lanskap yang menarik suasana di desert.





Pemandangan bukit sebelah Semenyih yang agak berkabus selepas hujan. Suasana sejuk mengambil tempat pula dipersekitaran puncak.


Suasana look out point merupakan kawasan yang tertinggi di taman ini.





Selepas hujan tetap ke taman permainan yang sangat menyeronokkan itu. Tak puas main menyebabkan ulang sekali lagi.


Kesimpulannya Dino Desert sangat seronok untuk dikunjungi terutama kanak-kanak. Banyak pengetahuan tentang haiwan prasejarah dapat diketahui dan dilihat.

Selamat Meneroka!

73,Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...