Hari Terbuka Benua Equestrian Stable 2024


 Semalam bersama Damia pergi ke Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia. Pihak Benua Equestrian Stable telah menganjurkan Hari Terbuka. Ramai pengunjung yang datang untuk membuat pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh penganjur.


Pihak penganjur menyediakan Pertunjukan Memanah Hungary dan Berkuda. Damia lebih berminat dengan berkuda sahaja. Tempat memanah yang disediakan tidak berminat untuk pergi.



Tiba sahaja, terus ke meja pendaftaran. Kemudian ke meja bayaran untuk aktivit joyride dan menaiki kereta kuda. Bayaran untuk joyride adalah RM10 seorang manakala menaiki kereta kuda juga RM10 seorang. Mengelilingi stable kuda di sekitar bahagian atas yang ada dua blok secara berbaris. Boleh juga dilihat tempat latihan kuda di sebelah kiri.


Kemudian turun ke bawah ada satu lagi tempat latihan kuda berpasir. Kelihatan ramai pengunjung telah beratur menunggu giliran bagi aktiviti joyride. Damia memilih untuk joyride di tempat latihan kuda berpasir ini. Ada satu lagi aktiviti joyride di sebelah cafe. Kuda berjalan di atas trek dan bawah pokok. Sebelah sanapun ramai orang beratur juga.

Damia menunggang kuda yang dipimpin oleh penjaga kuda tersebut. Semasa kuda berjalan debu-debu pasir berterbangan. Ini menunjukkan musim kering dan panas telah tiba seiring dengan penukaran monson barat daya.


Selesai menunggang kuda joyride, helmet dibuka. Satu lagi aktiviti menunggang kuda bagi menambah koleksi peribadinya. Boleh dikata setiap minggu menunggang kuda berlainan tempat. Minggu ini kebetulan ada Hari Terbuka sudah patilah peluang ini tidak harus dilepaskan.


Nasib baik ada gerai yang menjual potongan lobak merah. Satu cup polisterina berharga RM2 sahaja. Belilah sebanyak mana hingga puas memberi kuda makan.


Aksi Damia memberi potongan lobak. Keberanian dan kepercayaan haiwan perlu dipupuk. Haiwan yang lapar pastik akan makan bila makanan dihulurkan. Kadang kala setelah kenyang makan rumput khas, pasti memandang sepi apabila dihulurkan makanan tersebut.


Memberi dengan cara meletak makanan atas tapak tangan juga perlu keberanian. Sebenarnya kuda tidak menggigitpun. Ia mengambil dari mulutnya sahaja.


Terdapat tiga ekor kuda padi di kandang belakang. Kuda untuk aktiviti pembelajaran menunggang sesuai untuk kanak-kanak.


Dua ekor kuda padi menunggu penuh kesabaran makanan dihulurkan.


Memandang dengan penuh pengharapan agar makan dapat dihulurkan.


Seekor kuda ditengah padang yang dikeliling stable kuda berbentuk oval. Kuda itu berada dikawasan yang berpagar menggunakan seutas tali nylon sahaja. Ia tidak melompat keluar dan duduk diam sahaja dalam kawasan berpagar tersebut.


Kuda yang berada di dalam kandang menunggu waktu makan. Rumput khas yang sesuai dengan diet


Damia menghulurkan tangan. Kuda tahu bahawa tiada makanan yang dihulur dengan muka tak puas hati. Selepas puas beri makan kuda dan menjelajah semua tempat kuda bergerak ke tempat lain pula.



Rakaman video joyride Damia di MAEPS Rubinga Equine Centre pada 19 Mei 2024.


Rakaman video joyride di Taman Tasik Cyberjaya pada 12 Mei 2024.


Rakaman video joyride di Pusat Equestrian Putrajaya pada 4 Mei 2024.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...