Oppa Pertama Belon Penang

Credit 9W2PRX

 Petang tadi  Man Viper 9W2PRX telah berjaya menemui belon Bayan Lepas yang jatuh pada banjir cuti sekolah baru-baru ini. Angin yang kuat turut mengubah haluan belon jatuh ke darat. Bukan setakat belon Bayan Lepas sahaja , turut jatuh darat adalah belon KLIA.

Credit 9W2PRX

Fakta penerbangan belon Bayan Lepas radiosonde 2405010548 telah jatuh pada 18 September 2024. Jam 21:27:41 malam di koordinat 5.18198 darjah Utara dan 100.45937 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 365m dan ketinggian maksimum adalah 28,284m.


Video rakaman Man Viper 9W2PRX menerangkan situasi ketika itu banjir. Jarak ke last point 149m terpaksa meraduk air banjir yang semakin surut. Teringat sewaktu di Pulau Carey air masih bertakung walaupun telah lama banjir berlalu.

Credit 9W2PRX

Kawasan ladang kelapa sawit jatuh di Nibong Tebal. Ada sahaja belon jatuh ke darat. Lagi satu masuk hutan di Balik Pulau. Pastilah yang di Nibong Tebal ini diulang cari hingga ke temu  kerana jarang jatuh ke darat. Belon Bayan Lepas sudah pastilah jatuh ke laut sahaja.
Credit 9W2PRX

Terdapat kawasan yang masih bertakung air. Tidaklah menjadi halangan besar untuk meredahnya tanpa rasa ragu. Apa yang penting? Belon Bayan Lepas mesti dicari hingga dapat.

Credit 9W2PRX
Saat detik indah bagi pemburu belon kaji cuaca adalah melihat benang yang tergantung. Klu yang paling baik untuk mendapatkan peranti dan belon.

Credit 9W2PRX

Kawasan yang agak mencabar untuk ke titik akhir. Hanyalah air bertakung, namun kawasan ladang kelapa sawit ini sangat kemas dan bersih. Hanya yang faham sahaja pasti fahamlah. Bagi pemburu belon ada kawasan yang tidak dimasuki kerana terlalu bersemak.

Credit 9W2PRX
Batas atau baris terakhir ke last point. Tiada air yang bergenang, namun, perlu berhati-hati kerana licin.

Credit 9W2PRX

Serpihan belon dengan benang masih tersangkut pada pelepah. Pastilah ditenggelami sewaktu banjir itu.


Radiosonde 2405010548 berjaya dalam genggaman Man Viper 9W2PRX. Walaupun ditenggelami banjir nombor siri masih boleh dikesan lagi.


Video rakaman Man Viper 9W2PRX kawasan ladang selepas air agak surut.

Credit 9W2PRX

Pintu masuk ladang yang berpagar. Minta kebenaran terlebih dahulu.


Rakaman video seterusnya Man Viper 9W2PRX berjaya membawa keluar peranti yang bejaya diperolehi. 


Jarak 81.8m merupakan jarak peranti yang dijumpai mengarah ke titik akhir. Altitud ketinggian terakhir adalah 365 m.

Akhir kata, Tahniah! kepada Man Viper 9W2PRX berjaya menemui juga peranti bagi kali kedua misi pencarian.

Selamat memburu!

Jojet de 9w2dya

Pameran Radio Amatur @ Karnival Rekacipta


 Pada hari ini merupakan hari kedua bagi program Karnival Rekacipta di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting. Karnival bermula semalam hari Jumaat 27 September 2024 dan berakhir hari ini hingga jam 12.00 tengah hari. Sempatlah jadi krew pameran radio amatur oleh MARTS.


Memandu dari base dari Bangi singgah sarapan terlebih dahulu. Sambil itu memantau pergerakan belon KLIA pagi. Tiba di simpang empat Bukit Changgang terus masuk kanan dan letak kereta di tepi pagar sekolah bersebelahan padang. Kemudian baru alih setelah boleh parkir di dalam kawasan sekolah. Banyak jelopi rakan yang antena pacak-pacak menandakan meriahnya aktiviti rakan ham.


Ada tiga meja pameran radio ditunjukan seperti mode VHF, HF serta radiosonde. Penulis berkongsi cerita dan pengalaman di meja radiosonde. Belon kaji cuaca dikongsikan kepada para pengunjung di samping radio HF serta radio VHF. Umum lebih mengenali walkie-talkie sahaja. Pameran seperti ini, dapat memberikan maklumat yang lebih jelas tentang radio amatur kepada masyarakat setempat.


Pelbagai maklumat berkaitan dipamerkan agar pengunjung dapat memahami tentang radio amatur tersebut. Penerangan lebih lanjut dapat dikongsikan oleh rakan ham yang berada di meja tersebut. Semua krew menyampaikan pelbagai maklumat agar pengunjung lebih memahami kepentingannya dalam masyarakat.


Go-box peralatan lengkap radio yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah. Hanya di dalam satu bekas banyak peralatan dapat di simpan dengan sempurna serta boleh terus digunakan dengan mudah. Selain tujuan pameran, go-box ini juga boleh digunakan dalam bantuan komunikasi kecemasan atau ke mana-mana aktiviti radio dijalankan.


Menurut Event Manager Sufian 9W2SGJ, pada pagi tadi  jumlah kehadiran pengunjung lebih ramai berbanding semalam. Maklumlah cuti hujung minggu membolehkan waris turut membawa anak-anak ke karnival ini. Ramai murid datang ke ruang pameran untuk mengetahui bahan yang ada. Sikap ingin tahu sangat baik bagi perkembangan minda dan minat terhadap sesuatu teknologi komunikasi selain telefon.


Go-box milik Faizal 9W3RLG dapat mendedahkan pengunjung tentang radas yang digunakan oleh pengendali radio amatur. Susun atur segala radas yang kemas seperti ini memudahkan penggunaannya. Ini juga menunjukan daya kreativiti berdasarkan ilmu radio yang ada.


Pengunjung turut ditunjukkan pergerakan belon KLIA pagi tadi secara langsung melalui laman sesawang SondeHub. Ini dapat memberikan satu pengalaman baru dan lebih jelas tentang radiosonde tersebut. Turut memberi kefahaman yang jelas serta dapat berkongsi cerita dengan orang lain.


Stesen Husaini 9M2HUS dari Rawang berkongsi dengan murid-murid tentang kod morse. Selain itu, terdapat satu set radio HF turut dipamerkan. Ada juga murid ini mencuba menekan keyer berdasarkan maklumat yang ada. Kemungkinan ahli Pengakap yang telah didedahkan dalam aktiviti Jamboree On The Air (JOTA).


Sikap berani mencuba sesuatu yang baru haruslah digalakkan kepada setiap murid. Ini dapat mempelajari sesuatu yang baru serta dapat merangsangkan pemikiran serta mencambahkan lagi pengalaman pembelajaran luar bilik darjah. Sebenarnya komunikasi melalui kod morse jika dipelajari dapat digunakan sewaktu kecemasan. Kelebihan kepada yang menguasai kod morse ini, berbanding orang yang tidak tahu. Pasti dia akan lebih memahami setelah dapat mentaksir maklumat yang disampaikan itu.



Tempat duduk paragliding turut dipamerkan bersebelahan dengan pameran radio amatur. Persatuan ini turut memasang alat anemometer iaitu mengukur kecepatan angin. Tujuan dipasang alat ini untuk menghitung jumlah putaran angin. Sebelum melakukan penerbangan pastilah kelajuan angin dikaji terlebih dahulu bagi mengelakkan kemalangan dan dapat melakukan penerbangan dengan baik.

Kenderaan yang sering dipamerkan dalam mana-mana acara radio amatur milik syarikat CODAN Radio Communications. Puma One ini kenderaan yang lengkap dengan peralatan komunikasi. Ia sering digunakan bagi bantuan komunikasi untuk agensi kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Stesen Weerut 9W2RUT yang mengendalikan pameran bagi syarikat ini.


Puma One merupakan Mobile Multi Band Interconnect System. Semua sistem komunikasi dapat disatukan dalam sebuah kenderaan. Ini menjadikan ia sangat berguna bagi semua jenis kaedah komunikasi perhubungan. Kenderaan ini turut dilengkapi dengan internet secara satelit. Pasti di mana-mana lokasi walaupun dalam hutan internet masih dapat dihubungkan.


Keadaan dalam Puma One yang padat dengan radas komunikasi. Ramai yang duduk di dalam Puma One ini untuk melihat kecanggihan radas yang ada. Ada waris tidak melepaskan peluang mengambil gambar anak mereka dalam kenderaan canggih ini.


Secara tidak langsung mendedahkan kepada murid-murid bahawa pelbagai kaedah komunikasi dapat digunakan. Ini mendedahkan mereka juga kepada teknologi komunikasi yang semakin berkembang sangat pantas.


Arul 9W2OCX sedang menerangkan lokasi belon terkini kepada Tuan Zanirul 9M2PRO. Turut diperhatikan oleh krew yang lain juga. Berkongsi idea dan maklumat dapat mengeratkan hubungan sesama pengendali radio amatur. Ini turut dapat memperkembangkan lagi aktiviti radio amatur kepada umum.


Ini pula Go-box perisian auto_rx untuk mengesan radiosonde. Lebih dikenali sebagai Budak Giler yang diletakkan di basenya di Puchong. Sewaktu misi pencarian, Go-box ini boleh dibawa tanpa masalah. Ia ringan dan tahan lasak. Satu ciri-ciri yang perlu ada bagi memastikan kelancaran setiap kali misi dijalankan. Maklumlah misi pencarian selalu di kawasan jauh dari penempatan seperti di ladang kelapa  sawit.

Belon KLIA Radiosonde 2404015837 jatuh di Bukit Changgang


 Pada malam ini belon KLIA radiosonde 2405015837 telah jatuh di Bukit Changgang, Banting. Kebetulan juga, pada hari ini telah diadakan Karnival Rekacipta di Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang. Terdapat pameran radio amatur oleh MARTS. Arul 9W2OCX memaklumkan bahawa terlibat dengan pameran berkaitan belon kaji cuaca.


Sebelum pergi lebih jauh, mengkaji fakta penerbangan terlebih dahulu. Radiosonde 2405015837 telah mendarat jam 21:18:12 di Bukit Changgang. Koordinat 2.82298 darjah Utara dan 101.62971 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 221m dan altitud ketinggian maksimum 28,409m.


Merujuk peta di atas belon telah jatuh di Jalan Intan Kanan. Manakala, merujuk gambar satelit jatuh belakang rumah orang yang dikelilingi tumbuhan hijau.


Pergerakan boleh dilihat di APRS juga. Namun, jika ingin monitor pergerakan paling tepat melalui laman sesawang SondeHub. Sekurang-kurangnya kewujudan belon di APRS bolehlah mengetahui pergerakan.


Arul 9W2OCX yang berada di tapak Karnival berjaya mendapat isyarat radiosonde yang baru jatuh tersebut. Berjaya juga mencerap koordinat belon yang jatuh di Jalan Intan Kanan.

Credit 9W2OCX

Jarak 1012 m merupakan jarak dari SK Bukit Changgang ke belon jatuh di Jalan Intan Kanan.

credit 9W2OCX

Manakala, jarak 945 m merupakan jarak peranti selepas dicerap menggunakan koordinat terkini.


Akhirnya tak sampai 2 minit menurut Arul 9W2OCX telah berjaya menemui peranti berdekatan pokok pisang. Stesen 9W2KQD telah membaca nombor siri sambil dipantau oleh Weerut 9W2RUT dan Mamu 9W2PRX dari Penang. Manakala, video ini diambil oleh Arul 9W2OCX.

Credit 9W2OCX
Kelihatan kotak ozonesonde ada dua buah di pameran kepada murid-murid. Gobox itu tidak pasti tujuan untuk apa. Manakala peranti yang comel berwarna oren untuk mendapat koordinat baru agakan penulis.

Credit 9W2OCX
Bahan maklumat berkaitan belon kaji cuaca dan radiosonde. Peranti-peranti radiosonde turut di pamer. Cebisan belon dan payung terjun turut dipaparkan.

Credit 9W2OCX

Papan litar, antena sensor, bateri dan pelbagai lagi dipemerkan untuk berkongsi maklumat radiosonde.

Credit 9W2OCX

Kain pemidang MARTS mengalu-alukan kehadiran pengunjung pada ruang pameran. Esok 28 September masih tinggal sehari untuk berkunjung ke karnival ini.


Acara 2m Net melalui rangkaian pengulang MARTS turut diadakan esok jam 10 pagi. Pengawal rangkaian ialah Azmie 9W2HAS. Marilah memeriahkan di jalur esok agar para pengunjung boleh melihat komunikasi radio amatur berjalan.

Selamat berkunjung!

73, Jojet de 9w2dya

Eyeball bersama Weerut 9W2RUT dan Arul 9W2OCX

Credit 9W2OCX

 Malam tadi Isnin 23 September 2024 telah diadakan eyeball bersama Weerut 9W2RUT dan Arul 9W2OCX di Seri Kembangan. Tujuan eyeball untuk mengambil board TTGO yang telah dijanakan sebagai stesen LoRa APRS iGate/Digipeater pula oleh Weerut 9W2RUT. Sebelum ini, TTGO ini berfungsi untuk rdzTTGOsonde. Memandangkan MetMalaysia telah menukar peranti DFM-17 kepada WxR-310D maka ia tidak dapat digunakan untuk mengejar peranti buatan Korea itu.


Lokasi eyeball malam tadi kelihatan beberapa stesen bertemu antaranya stesen 9W2DYA-5. 9W2RUT-6, 9W2OCX-6 dan 9W2OCX-8. Kini banyak stesen LoRa mula aktif di Lembah Klang. Frekuensi yang digunakan adalah 433.400MHz. Malam tadipun rakan dari Johor telah merisik-risik untuk menaikkan satu stesen LoRa di sana. Semoga berjaya dan menjadi kenyataan serta menjadi pemangkin untuk memeriahkan lagi LoRa APRS ini.

Banyak perkara yang kami sembangkan tentang radio amatur dan pelbagai cabang berkaitan. Jika rakan baru yang hendak mendalami dunia radio amatur boleh berjumpa dua stesen yang sangat berpengalaman ini. Pasti mereka boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan idea bagi mengembangkan ilmu radio amatur kepada semua orang.

Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Misi Bench Mark (BM) Sendayan ke Sepang


 Oleh kerana belon KLIA pagi ini agak sukar untuk mencarinya. Misi mencari Batu Aras (BM) diteruskan pula. Semalam semasa hala ke Sepang terlihat sepanjang jalan Seremban - Bukit Nenas batu aras sepanjang jalan. Maka, pagi ini operasi mencari batu tanda aras pula.


Misi pertama di stesen Petronas dan Shell Nilai. Sepanjang minggu ini berulang-alik melalui jalan ini. Maka, pagi berpeluang menjejak BM#221 N 0546. Koordinat 2.815966 darjah Utara dan 101.813760 darjah Timur. Kemudian terus menghala ke Pekan Nilai sebelum masuk ke kiri menghala ke Labu. Melepasi Labu masuk ke kanan menghala ke Gadong dan seterusnya ke Sendayan.


Tiba simpang empat Sendayan belok ke kanan. BM#222 N 7017 beberapa meter selepas simpang tersebut jalan menghala ke Sepang. 


Batu tanda aras beberapa meter di bahu jalan bawah pohon. Koordinat 2.679740 darjah Utara dan 101.843209 darjah Timur. Keadaan tegak elok sahaja.


Seterusnya bersebelahan pondok bas terdapat BM#223 N 7018.


Kedudukan elok sebelah pondok bas. Koordinat 2.671963 darjah Utara dan 101.837464 darjah Timur.


Seterusnya permulaan laluan mendaki Bukit Nenas di tepi jalan. BM#224 N 7019 plat hampir tertutup oleh simen. Nombor siri lama W 61124.


Lokasi BM ini menghadap Tapak Pelupusan Sanitari Ladang Tanah Merah. Kedudukan batu masih elok tegak berdiri. Koordinat 2.669224 darjah Utara dan 101.828534 darjah Timur.


Seterusnya laluan turun bukit di tepi jalan BM#225 N 7021. Nombor siri lama W 61111.


Batu aras hampir ditenggelami rumput di bahu jalan. Kenderaan di sini amat laju memandang turun bukit. Kerja-kerja perekodan perlu dibuat sepantas mungkin. Koordinat 2.676077 darjah Utara dan 101.812489 darjah Timur.


Berdekatan simpang masuk Kampung 107 Ekar Tanah Merah. Pernah masuk ke dalam mencari belon. BM#226 N 7022 dan nombor siri lama W 61105.


Keadaan batu aras baik menegak. Koordinat 2.682134 darjah Utara dan 101.804845 darjah Timur.


Kemudian sebelum simpang Eka Matahari. BM#227 N 7023 dan nombor siri lama W 61102. Bersebelahan papan tanda lampu isyarat.


Plat masih elok dilihat lagi. Koordinat 2.689792 darjah Utara dan 101.800251 darjah Timur.


Berjalan ke depan lagi di persimpangan jalan pembinaan ke Labu. Masih tidak siap sudah berapa tahun diperhatikan sejak pemburuan belon di sekitar daerah ini. BM#228 N 7026 dan nombor siri lama 
W 61100.


Batu masih menegak hampir ditenggelami rumput di bahu jalan tersebut. Koordinat 2.715308 darjah Utara dan 101.789831 darjah Timur.


Seterusnya di Kampung LBJ BM#229 N 7027 nombor siri lama W 61107. Kedudukan batu aras yang senget pasti ditolak oleh jentera.


Batu yang senget hingga tidak tertera N 7027 berhampiran Kg LBJ ini. koordinat 2.724957 darjah Utara dan 101.788791 darjah Timur.


Simpang masuk Kampung LBJ BM#230 N 7028 dan nombor siri lama W 61122. Kelihatan kesan retakan pada plat dan batu.


Batu tegak elok di tepi persimpangan lampu isyarat. Koordinat 2.731697 darjah Utara dan 101.786275 darjah Timur.


Selepas simpang AKEPT berdiri elok batu berwarna putih yang hampir luntur BM#231 N 7029 dan nombor siri lama N 5245.



Plat yang berasal dari Negeri Sembilan juga, yang lain dari Wilayah Persekutuan. Elok juga JUPEM menggunakan plat yang lama boleh diguna semula. Koordinat 2.734917 darjah Utara dan 101.777927 darjah Timur. Ini merupakan batu terakhir bagi jalan Seremban - Bukit Nenas ini.


Kemudian tiba di Sepang, berhenti di laluan masuk menara komunikasi berhampiran batu tanda 0 km Sepang. Belon KLIA malam tadi jatuh di tepi jalan ini. Selepas memeriksa tiada tanda-tanda kewujudan belon. Pemanduan belok ke kiri memasuki Negeri Sembilan semula.


Pemanduan terus ke Kampung Baru Site A, Tanah Merah. BM#232 N 1560 berdekatan papan tanda kampung ini.


Permukaan plat yang semakin tidak jelas untuk dilihat. Terpaksa mengosok permukaan bagi melihat nombor siri. Koordinat 2.677768 darjah Utara dan 101.757999 darjah Timur. Kemudian berpatah balik menghala ke Sepang.


Belon KLIA malam tadi jatuh jam 21:25:45 berhampiran simpang empat Pekan Sepang. Jatuh menghala Sungai Sepang yang berhutan paya. Misi untuk melihat di jangkaan jatuh oleh laman sesawang SondeHub. Percubaan kedua ke kawasan jangkaan setelah semalam ke Bagan lalang yang gagal. Altitud ketinggian akhir agak tinggi iaitu 854m dan ketinggian maksimum 27,422m.


Terus memandu ke pintu masuk ladang kelapa sawit Bukit Pelandok. Berjumpa Polis Bantuan yang menjaga pos kawalan di situ. Mendaftar diri serta memaklumkan tujuan untuk masuk ke dalam sebentar. Menunjukkan contoh peranti kepada beliau. Memaklumkan pernah masuk ke kawasan ini berjaya menjumpai peranti beberapa tahun lalu.


Setelah itu, terus menghala ke titik jangkaan melalui pokok kelapa sawit agak muda. Melitas titi dan terus mengikut baris. Keluar baris dan titik jangkaan berada pada baris berikutnya. Tiada apa-apa tanda bahawa belon jatuh pada titik jangkaan tersebut. Memerhatikan keadaan sekeliling mana tahu ada benang terjurai. Sebelahnya pula kawasan paya Sungai Sepang dan sempadan negeri juga. Jarak 1m pada GPS Waypoint Finder bukti telah berjaya tiba di titik jangkaan.


Laluan sawit bersebelahan dengan hutan paya Sungai Sepang. Lupa nak semak jarak titik jangka ke titik akhir bagi altitud 854m. Melihat-lihat juga kawasan paya jikalau terlihat benang terjurai.


Bergerak ke luar melalui jalan tanah merah ini ke jalan besar. Melihat air parit mengalir keluar ke arah Sungai Sepang. Cuaca cerah dan semakin panas matahari mula menegak.


Pertembungan dua parit menjadi sempadan ladang ini. Kebiasaannya parit dikeliling kawasan ladang sebagai pagar untuk mencegah pencerobohan manusia mahupun haiwan ternakan. Air agak deras mengalir terus ke Sungai Sepang.


Parit bersempadanan dengan hutan paya. Walaupun belon KLIA mendapat titik rendah sekalipun kawasan ini sukar ditembusi. Maklumat dan pengetahuan kawasan seperti ini dapat digunakan pada masa hadapan. Jika jatuh kawasan ini secara automatik boleh diabaikan sahaja. Lainlah jika jatuh kawasan ladang pasti boleh dipertimbangkan. Kajian lapangan ini sangat penting agar tidak datang membuang masa sekali lagi jika jatuh pada kawasan tersebut.


Kunci air milik syarikat perladangan mengawal laluan air parit dan limpahan air dari Sungai Sepang. Airnya jernih dan agak deras juga, lebih-lebih lagi musim hujan kerap turun dalam minggu ini.


Pemandangan pintu kunci air bahagian hadapan pula. Kunci air ini dapat dilihat dari jalan besar lagi. Tetap berperanan penting hingga ke hari ini mengawal aliran air parit. Sistem apa yang digunakan bagi membuka pintu kunci air ini?


Papan tanda selamat datang ke Negeri Sembilan berhampiran pintu kunci air tersebut. Ingin memeriksa ke titik akhir pula.


Lokasi wajib bergambar bagi konvoi bermotosikal dan berbasikal touring mahupun mengayuh yang lain. Kebiasaannya menghala ke Port Dickson baru bersemangat hendak bergambar beramai-ramai.


Kawasan hutan paya Sungai Sepang sebelum jambatan. Hutan pokok tinggi-tinggi belaka. Memang sukar untuk jejaki jika belon jatuh dalam kawasan tersebut.


Pemandangan Sungai Sepang dari atas jambatan. Banyak monyet liar atas jambatan ini sebenarnya. Rupanya ada orang yang baik hati menghulurkan makanan pada haiwan-haiwan liar ini.



Kawasan titik akhir altitud ketinggian 854m. Memang tinggi sangat altitud sudah pastilah belon tidak mendarat di kawasan ini. Laluan turun menghala sepanjang kawasan paya Sungai Sepang.


Pemandangan titik akhir ke arah belon mendarat menghala ke menara telekomunikas tersebut. Ada melihat benang bergantung di menara itu. Tidak pastilah adakah itu benang belon kerana pendek sangat.


Arus Sungai Sepang agak kuat juga mengalir ke hilir. Banyak dahan-dahan pokok mencecah sungai. Pastilah bot nelayan tidak sampai ke sini kerana masih jauh dari kuala.


Pokok-pokok seolah-olah menutup laluan sungai dilihat dari jambatan. Jambatan Sungai Sepang kiri dan kanan banyak monyet bertenggek menikmati makanan yang ditinggalkan orang. Nasib baiklah monyet-monyet ini tidak terlalu garang. Lari bertempiaran apabila penulis berjalan atas jambatan ini.


Papan tanda daerah Sepang menghala masuk negeri Selangor. Kembali ke pos kawalan memaklumkan semula telah selesai tugasan mencari belon. Mengucap terima kasih atas kerjasama yang diberikan, Memaklumkan bahawa belon tidak dijumpai. Kemungkinan jatuh dalam kawasan hutan paya Sungai Sepang tersebut.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Jatuh Serambi rumah

  Sehari sebelum cuti Deepavali sempat mencari beberapa belon yang belum dicari lagi. Ada masa kelapangan ini diambil untuk mencari belon ya...