Credit 9W2PRX |
Petang tadi Man Viper 9W2PRX telah berjaya menemui belon Bayan Lepas yang jatuh pada banjir cuti sekolah baru-baru ini. Angin yang kuat turut mengubah haluan belon jatuh ke darat. Bukan setakat belon Bayan Lepas sahaja , turut jatuh darat adalah belon KLIA.
Credit 9W2PRX |
Fakta penerbangan belon Bayan Lepas radiosonde 2405010548 telah jatuh pada 18 September 2024. Jam 21:27:41 malam di koordinat 5.18198 darjah Utara dan 100.45937 darjah Timur. Altitud ketinggian terakhir 365m dan ketinggian maksimum adalah 28,284m.
Video rakaman Man Viper 9W2PRX menerangkan situasi ketika itu banjir. Jarak ke last point 149m terpaksa meraduk air banjir yang semakin surut. Teringat sewaktu di Pulau Carey air masih bertakung walaupun telah lama banjir berlalu.
Credit 9W2PRX |
Kawasan ladang kelapa sawit jatuh di Nibong Tebal. Ada sahaja belon jatuh ke darat. Lagi satu masuk hutan di Balik Pulau. Pastilah yang di Nibong Tebal ini diulang cari hingga ke temu kerana jarang jatuh ke darat. Belon Bayan Lepas sudah pastilah jatuh ke laut sahaja.
Credit 9W2PRX |
Terdapat kawasan yang masih bertakung air. Tidaklah menjadi halangan besar untuk meredahnya tanpa rasa ragu. Apa yang penting? Belon Bayan Lepas mesti dicari hingga dapat.
Credit 9W2PRX |
Credit 9W2PRX |
Kawasan yang agak mencabar untuk ke titik akhir. Hanyalah air bertakung, namun kawasan ladang kelapa sawit ini sangat kemas dan bersih. Hanya yang faham sahaja pasti fahamlah. Bagi pemburu belon ada kawasan yang tidak dimasuki kerana terlalu bersemak.
Credit 9W2PRX |
Credit 9W2PRX |
Serpihan belon dengan benang masih tersangkut pada pelepah. Pastilah ditenggelami sewaktu banjir itu.
Radiosonde 2405010548 berjaya dalam genggaman Man Viper 9W2PRX. Walaupun ditenggelami banjir nombor siri masih boleh dikesan lagi.
Video rakaman Man Viper 9W2PRX kawasan ladang selepas air agak surut.
Rakaman video seterusnya Man Viper 9W2PRX berjaya membawa keluar peranti yang bejaya diperolehi.
Jarak 81.8m merupakan jarak peranti yang dijumpai mengarah ke titik akhir. Altitud ketinggian terakhir adalah 365 m.
Akhir kata, Tahniah! kepada Man Viper 9W2PRX berjaya menemui juga peranti bagi kali kedua misi pencarian.
Selamat memburu!
Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment