Lain Cari Lain Dapat



Dua hari sabtu berturut telah melancarkan misi SAR. Hari ini selepas latihan olahraga terus ke Kampung Giching, Salak. Terdapat satu belon KLIA telah jatuh pada 9 April 2025. Pemanduan jelopi seperti minggu lepas dari Cheras melalui Sungai Merab hingga Desa Putra. Selepas itu ke Jenderam sebelum tiba di Salak. Kali ini, hanya satu misi SAR sempat dilakukan.


Belon KLIA radiosonde 2505015345 telah jatuh di Kampung Giching pada 9 April 2025. Radiosonde ini jatuh jam 9:22 pagi. Koordinat 2.77963 darjah Utara dan 101.72472 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir agak rendah iaitu 209m dan ketinggian maksimum 27,027m.


Oleh kerana kawasan Kg Giching ini jarang masuk. Terpaksalah menggunakan Google Map untuk sampai ke titik akhir. Melepasi IPD Sepang terus belok ke kanan melalui Jalan Haji Kaspan. Terus bergerak hingga jumpa simpang tiga. Terlihat penulis batu tanda 0 km Kg Gishing. Simpang ttiga belok ke kiri menghala ke Kg Salak. Kemudian terus belok ke kanan satu laluan hingga bertemu Sungai Labu.


Menyeberang menggunakan jambatan kecil belok ke kanan pula. Berdekatan dengan jambatan tersebut terdapat Loji Air Sungai Labu sebelah kiri.
 

No comments:

Post a Comment

ASEAN Climbing Championship 2025 @ Putrajaya

Pada pagi tadi berkesempatan berkunjung sekali lagi ke Kompleks Sukan Mendaki, Taman Cabaran Putrajaya. Semalam setelah sampai pada waktu re...