Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 tahun. Pagi tadi selepas bersarapan bergegas ke Taman Putra Perdana, Presint 1 Putrajaya. Tempat letak kereta penuh jadi parkir tepi jalan menghala turun sahaja. Berbekalkan beg sandang serta dua handheld terus ke Mercu Tanda Putrajaya.
Handheld Anysecu untuk monitor Airband dan handheld TYT TH-UVF8 untuk monitor V40 calling channel. Sementara, pesawat belum lintas hormat sempat memanggil simpleks V40 145.500MHz. Panggilan tersebut di jawab oleh Ahmad 9M2AI. Base station beliau di Presint 8. Komunikasi kami dapat mencapai dengan baik kerana lokasi berhampiran sahaja.
Penulis turut memantau pergerakan pesawat dengan menggunakan aplikasi flightradar24 dan laman sesawang adsbexchange.com. Oleh kerana bukan premium pasti banyak data tidak dapat diperolehi sepenuhnya. Hanya ada beberapa pesawat sahaja yang keluar pada aplikasi tersebut. Sambil monitor airband 120.700MHz boleh tahu pergerakan pesawat juga.
Menjejak pesawat sambil monitor di frekuensi memberi satu keseronokkan juga. Paling seronok apabila pesawat melintas di hadapan mata dengan bunyi deruan enjin yang memukau terutama jet pejuang. Boleh dilihat pada tangkap layar di atas pesawat telah mula berkumpul sebelum acara flypass bermula.
Rakaman video memaparkan pergerakan helikopter yang mendahului di hadapan sekali. Kemudian diikuti dengan pesawat terbang pengangkut secara terus ke hadapan. Sekumpulan helikopter membelok ke kiri. Berlatar belakang audio di frekuensi airband tersebut.
Rakaman kedua pula kesinambungan pesawat pengangkut diikuti dengan pesawat pejuang. Terbang mengikuti formasi yang telah ditetapkan. Deruan enjin pasti memukau mata memandang serta menambah kebanggaan cintakan negara. Aset pertahanan negara ditunjukkan menambah keyakinan rakyat pada sistem pertahanan negara.
Helikopter berpatah balik membuat lintasan sebelah kanan pula. Pentingnya komunikasi antara juruterbang dengan pengawal komunikasi di darat. Koordinasi antara pesawat di buat dengan teratur dan cekap bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Rakaman video terakhir memaparkan pergerakan helikopter pada sebelah kanan pula. Banyak pesawat pelbagai agensi kerajaan terlibat memaparkan kecanggihan pesawat masing-masing.
Mercu Tanda Putrajaya menjadi saksi pelbagai pesawat melintas sempena hari kemerdekaan ini. Berbalik kepada QSO bersama Ahmad 9M2AI. Kami terpaksa berhenti QSO kerana pemancaran radio telah mengganggu siaran televisyen di rumahnya. Apapun dapat juga contact semasa hari bersejarah ini.
Kemudian berpatah balik ke Bangi. Hala ikut Sungai Merab terus ke Denso. Perasan masa pergi tadi macam ada batu. Setelah tiba di lokasi yang dilihat tadi. Ternyatalah bahawa yang dilihat itu adalah stesen Tanda Rujukan Ukur B 08010-1. Nombor siri sukar dibaca. Setelah bertanyakan Meta AI telah beritahu nombor siri tersebut. Pertemuan keempat bagi stesen tanda rujukan ukur.
Sukuan bawah kanan telah disembur cat merah. Maksudnya juruukur masih berpandukan lagi semasa kerja-kerja survey. Terlihat spray merah inilah membuatkan hati hendak singgah melihat apakah gerangannya?
Lokasi sebenar stesen tanda rujukan ukur terletak di bahu jalan yang berpalang. Laluan pekerja kilang Denso untuk ke tempat letak kereta. Koordinat 2.940647 darjah Utara dan 101.697597 darjah Timur. Pada kali ini lokasi stesen tanda rujukan ukur di kawasan perindustrian pula. Sebelum ini penemuan di kawasan perumahan dan di bahu jalan utama.
Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

.jpg)

.jpg)




No comments:
Post a Comment