Pagi semalam sempat beriadah ke Alamsari selepas menghantar harmonic ke sekolah. Perjalanan bermula dari Laman Niaga meletak jelopi di situ sahaja. Destinasi pertama adalah The Lawan. Berjalan dari Laman Niaga ke The Lawn menggunakan susur pejalan kaki di tepi jalan utama.
Menghampiri The Lawn melintas dengan berhati-hati kerana kenderaan laju untuk pergi bekerja. Masuk laluan dari bahagian bawah atau belakang taman ini. Jumpa kolam kedua. Air agak cetek memandang musim kering kini.
Sempat buat satu pusingan lengkap laluan riadah The Lawn ini. Salah satu daripada dua taman awam yang ada di Alamsari Bangi. The Lawn ini kecil sahaja tetapi mempunyai satu padang bola sepak dan satu gelanggang futsal di samping taman permainan kanak-kanak. Peralatan senaman di taman turut disediakan pihak pemaju.
Pokok yang mengeluarkan bunga menambah keindahan taman. Pagar biru sebelah kanan itu merupakan kawasan pembinaan rumah kediaman. The Lawn dikelilingi premis kediaman yang sudah siap mahupun dalam pembinaan.
Laluan turun atau penyambung antara padang ke kolam di bawah. Pokok pine ditanam di bahu laluan menambah keindahan. Kecerunan turun agak curam juga. Masa menurun ke bawah tiada masalah. Masa nak naik ke atas terasa juga tahap intensiti yang perlu dihadapi.
Laluan tepi kolam dipagari dengan pokok hiasan. Ada sejenis tumbuhan akuatik tepi kolam tersebut. Ia seperti rumput tumbuh meninggi memainkan peranan sebagai penapis semulajadi menjernihkan air kolam tersebut.
Bergerak menyusur turun dari padang, bertemu dengan kolam pertama yang agak luas. Bersebelahan dengan rumah teres yang menghadap bahagian dapur. Mentari pagi menyinar cahaya baik untuk tenaga dan kesihatan. Bertembung dengan ramai orang melakukan aktiviti riadah seperti berjalan dan berjogging.
Laluan air turun dari kolam besar masuk ke dalam kolam kecil. Air turun lesu dan perlahan menggambarkan musim kering kini. Walaupun begitu air tetap ada kerana kolam ini berpunca dari aliran anak-anak sungai. Maklumlah, Alamsari ini dibina di kawasan berbukit menjadi punca air Sungai Bangi. Kiranya Alamsari ini terlatak di Hulu Bangi. Namun, dahulu hanyalah ladang sahaja di sini.
Pemandangan dari muka pembentungan air kolam mengalir keluar terus ke pembentungan. Aliran air kolam ini mengalir dalam pembentungan terus ke kolam yang lain. Pembentungan secara tertutup ini lebih selamat dan mudah. Tidak perlu membuat pagar daripada dicerobohi orang. Lebih selamat dan terkawal. Boleh mengelakkan berlaku kemalangan seperti tergelincir jatuh ketika hujan lebat. Banyak kes kanak-kanak tergelincir jatuh longkang ketika air deras.
Inilah aliran air anak sungai tepi The Lawn. Sudah pastilah aliran ini yang masuk ke dalam kedua kolam tersebut. Sayangnya, aliran air ini tidak diselenggara dengan baik. Aliran nampak bersemak penuh pokok dan ada juga sampah terapung dan tersangkut. Pada masa taman ini di buka dahulu. Aliran ini sangat bersih dan terjaga keliling tebing juga. Kini, aliran air sudah tidak kelihatan. Hanya dipembentungan sahaja dapat dilihat air yang mengalir. Namun, dalam aliran itu terdapat banyak ikan berenang-renang. Ini menunjukan airnya bersih dan bukanlah dari sumber air buangan domestik.
Selepas bergerak keluar dari The Lawn barulah terperasan batu GPS 01 di tepi jalan. Batu GPS 01 berada di tepi jalan dari The Lawn menghala ke Galeri.
Kepada yang ingin mencari batu GPS 01 buat koleksi. Koordinat tersebut boleh dilihat di atas. 2.921000 darjah Utara dan 101.802705 darjah Timur.
Setelah menghampiri taman ini kelihatan banyak kereta diletakkan di bahu jalan. Petanda ramai pengunjung beriada pagi itu. Taman ini terdapat tiga kolam berbanding taman yang lagi satu tadi.
Kolam di pintu masuk itu agak besar juga. Kelihatan warnanya keruh kuning. Tiada tumbuhan akuatik berada di dasar kolam.
Laluan pejalan kaki turut diwarnakan untuk penunggang basikal. Berkongsi penggunaan bagi laluan yang sama. Maka, berhati-hati jika berselisih denga penunggang basikal.
Laluan penyambung ke kolam satu perlu mendaki sedikit. Latihan mendaki seperti bagus untuk kekuatan otot kaki. Laluannaya agak redup kerana dipagari pokok.
Laluan riadah agak luas bersimen. Tebing kolam turut luas. Jikalau banjir air masih dapat menampung kerana kawasannya amat luas sekali.
Kolam satu ini boleh dilihat terdapat tumbuhan akuatik di dalam kolam tersebut. Namun, keseluruhan kolam ini dipenuhi air sepenuhnya.
Tebing berumput hingga ke kolam amat luas sekali. Perlu turun berhati-hati untuk ke gigi air. Kebanyakan yang datang untuk beriadah semata. Bersebelahan laluan pejalan kaki berpagar memisahkan kawasan projek masa hadapan.
Satu kelebihan Taman terusan ini menyediakan gelongsor gergasi. Boleh terus turun ke kolam bahagian tengah taman tanpa melalui laluan. Boleh menggunakan tangga untuk turun juga. Kemudahan tangga di sebelah gelongsor tersebut.
Penulis lebih suka memilih berjalan turun ke kolam tengah menggunakan laluan riadah sahaja. Berjalan turun lebih pantas berbanding agak mendaki semasa naik.
Kolam tengah turut disediakan kemudahan dek pemerhatian sekitar kawasan kolam tersebut. Pemandangan keseluruhan kolam dapat dilihat dari dek pemandangan tersebut.
Kelihatan air kolam ini berwarna kuning. Kemungkinan dasarnya dipenuhi lumpur. Namun, pasti boleh bertukar memandangkan sebelah taman ini pokok-pokok semakin banyak dan membesar. Pernah datang ketika awal taman ini dibuka dahulu. Sememang waktu air amat berlumpur. Ini kemungkinan kerja-kerja penarahan tanah kawasan sebelah kolam ini. Kini kekeruhan semakin hilang.
Ada dua laluan. Satu turun ke sebelah tasik. Satu lagi laluan atas untuk satu pusing kolam. Laluan turun sebelah tasik membolehkan pengunjung menikmati pemandangan air kolam dengan lebih dekat.
Dua terusan menyalurkan air dari kolam tengah ke kolam kecil yang ketiga. Mungkin pembinaan terusan ini mengambil nama taman tersebut.
Kolam ketiga merupakan kolam yang paling kecil di taman ini. Limpahan air akan keluar melalui aliran kecil ini terus ke pembentungan. Apa yang dapat dilihat air sangat jernih untuk keluar ke pembentunga. Kemungkinan penapis guni tersebut berjaya menapis ampaian atau kelodak.
Pada kolam paling kecil ini ditanam pokok hiasan pagar keliling kolam. Selain menmbah keindahan secara tidak langsung turut berperanan sebagai langkah keselamatan.
Kembali ke kawasan masuk taman ini terus keluar semula ke jalan besar. Kali ini perlu mendaki hingga persimpangan berdekatan dengan stesen minyak sedang dalam pembinaan. Siapnya stesen minyak tersebut sudah pastilah menyediakan kemudahan terbaik bagi penghuni untuk mendapatkan bekalan petrol. Pengguna yang sering berulang-alik antara Bandar Baru Bangi dan Semenyih pasti seronok setelah stesen ini dibuka nanti. Tidak perlu lagi mencari stesen minyak yang jauh.
Meneruskan perjalanan terus ke Sari Niaga semula. Melepasi Masjid dalam pembinaan berhampiran bulatan tersebut. Jarak keseluruhan adalah 6.83 km gabungan dua taman. Jumlah masa dicatatkan adalah 1 jam 45 minit 05 saat.
Maka, kemudahan rekreasi dan riadah yang disediakan pihak pemaju haruslah digunakan sebaiknya. Perlu jaga kebersihan dan keindahannya serta tidak merosakkan kemudahan yang ada. Harta awam milik bersama menjagakannya.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya


.jpg)



.jpg)












.jpg)









.jpg)








No comments:
Post a Comment