Tiga Berjaya First to Find (FTF)


 Hari ini berjaya menjumpai 5 geocache. Tiga daripada lima geocache tersebut merupakan FTF. First to find merujuk kepada orang pertama yang menemui geocache tersebut. Pemilik geocache tersebut baru meletakkan geocache agar pencari terus mencari yang diletakkan itu.


Dua geocache yang pertama diletakkan di KLIA Sepang. Lokasi biasa misi mencari belon kaji cuaca. Oleh kerana belon KLIA masih kelaut maka akttivi pencarian diteruskan dengan geocaching pula. Bekas tin kecil yang comel ini disorokkan pada penghujung runway tengah.


Sebuah kapal terbang baru berlepas dari runway tengah. Arah mendarata dan berlepas sering bertukar arah dalam setahun. Perasan pada masa kini monsun barat daya. Runway tengah dan sebelah kiri adalah kapal terbang berlepas.


Geocaching kedua juga di penghujung runway sebelah kiri. Pada kali ini log sheet di simpan dalam botol kecil. Kertas log sheet tersebut disimpan dalam plastik yang kedap udara. Penting elakkan dari dimasuk air. Perkataan 'Geocaching" telah luntur akibat air hujan. Ini berpunca tempat menyorokkan botol tersebut mudah terdedah dengan air hujan.


Another Plane Spotting Location 1 sering menjadi buruan Geochcher dari luar negara. Mereka sanggup mencarinya walaupun singgah sebentar di KLIA. Ikon smile menunjukkan geocache berjaya ditemui. Titik biru merupakan lokasi penulis ketika itu.


Sebuah pesawat baru berlepas dari runway sebelah kiri. Lokasi geocache disorokkan mestilah sesuatu tempat yang mempunyai daya tarikan.


Log sheet tertera senarai geocacher yang berjaya menemuinya. Siap ada chop lagi tak payah penat tulis tangan. Tambah isi tulis tarikh sahaja.


Misi seterusnya menghala ke Bukit Melati. Baru perasan ada satu geocache baru diletakkan di situ. Tanpa berfikir panjang terus menghala ke Nilai dari KLIA Terminal 2. Kali kedua jumpa tin kecil yang comel ini. Lokasi di tepi jalan tempat rekreasi Bukit Melati ini.


Jumpa bekas tin kecil tertera perkataan geocaching dan logo pastilah seronok. Pencarian berjaya ditemui. Baca hint untuk  menjangkan geocache disorokkan.


Get healthy at Bukit Melati baru sahaja diletakkan dalam beberapa minggu yang lepas. Makanya, dapatlah FTF orang pertama merekodkan penemuan.


Ikon smiley telah keluar menandakan geocache berjaya ditemui. Bukit Melati ketika tiba kurang orang. Mungkin ramai yang balik kampung sempena cuti Hari Kemerdekaan.


Geocache yang keempat berada di Eco Majestic, Semenyih. Lokasi berdekatan dengan restoran Mekdi. Sebenarnya nak singgah makan terlebih dahulu. Oleh kerana lokasi yang keempat ini dekat dari kedai makan terus mencari. Sudah cari barulah berpatah balik ke kedai makan.


Geocache yang keempat ini disimpan dalam bekas plastik kedap udara. Balutan plastik ini turut mengandungi magnet. Kali kedua menulis log sheet sebagai FTF.


Ikon smiley telah keluar menandakan geocache telah berjaya ditemui. Kawasan kedai memudahkan kereta diletakkan dengan selamat.

Geocache terakhir juga FTF. Tunggu muncul beberapa lokasi baharu bolehlah memulakan perancangan strategi yang terbaik. Lokasi juga menggunakan pembalut plastik kedap udara serta bermagnet.



Lokasi terakhir ini di Tasik Eco Majestic. Agak mudah akses. Penulis baru pertama kali tiba di sini. Banyak kedai komersial ada di sini untuk membeli-belah.


Cuaca petang itu, langit biru walaupun beberapa hari lalu indeks pecemaran udara berada pada tahap tidak sihat. Kelihatan pasangan mempelai mengambil gambar kenangan. Tasik ini tidak memerlukan permit seperti taman di Putrajaya itu. Oleh kerana tasik ini sangat cantik. Sudah semestinya menjadi pilihan mempelai merakam momen indah di sini sahaja.


Briskwalk with giant swans? Tajuk bagi geocache yang kelima ini. Perasan sememangnya ada beberapa ekor itik di dalam tasik ini. Air masuk ke tasik ini agak deras. Ada penapis kotoran bagi tidak terlepas masuk ke dalam tasik ini. Ada nampak pekerja taman sibuk mengutip sampah-sampah di tebing.


Terdapat dua air pancuran dari tengah tasik ini. Sangat bagus untuk memasukkam oksigen ke dalam air tasik tersebut. Air yang bergerak penting bagi haiwan akuatik.


Biasan pemandangan kelihatan pada permukaan tasik ini. Kelihatan awan putih dan langit biru memberi harapan jerebu sudah berkurangan di kawasan Semenyih ini.


Laluan riadah tasik ini terbahagi dua. Satu untuk pejalan kaki dan satu lagi untuk berbasikal. Ada penanda jarak setiap 100 meter pada permukaan laluan.


Laluan riadah terbahagi dua yang agak luas. Sudah pastilah memberi ruang yang selesa melakukan aktiviti riadah seperti berjalan pantas dan berjogging.


Selain laluan trek riadah, terdapat kemudahan lain seperti alatan senaman juga. Banyak pondok-pondok dengan rekaan yang hebat serta mewah  sangat sesuai  untuk berehat.


Rupanya di sinilah lokasi padang untuk kejohanan bola sepak peringkat daerah yang lalu. Ada dua pada turf rumput tiruan memberi pemain menunjukkan bakat dengan hebat. Ada peluang berkunjung lagi di tasik yang indah nian ini.

Jumpa dan jumpa lagi.
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...