Batu Tanda Aras B 5331, B 0354 dan B 62922

Dua hari berturut berjaya mencari Batu Tanda Aras semasa perjalanan ke sekolah. Semalam 22 Januari 2024 berjaya mengesan batu tanda aras di simpang Cheras Jaya E18.


Keluar sahaja simpang dibahu jalan terlihat batu tanda aras dalam pembahagi jalan dan tepi longkang. Pusingan pertama memerhati tempat yang selamat hendak letak kereta. Pusingan kedua meletak kereta di laluan bengkel lori yang telah berpagar. Berpatah balik ke batu tanda aras dan mengambil gambar bukti.

BM#4 koleksi yang telah dijumpai No. B 5331. Koordinat 3.030040 darjah Utara dan 101.761619E. Boleh cari berdasarkan koordinat di atas.


 Sementara hari ini pula berjaya mengesan dua batu tanda aras. BM#5 telah dikesan di Klinik Desa Bangi. Berhenti kereta bertentangan dengan klinik berdekatan kedai barangan logam. Melintas jalan dan terus dapatkan batu tersebut. Plat aluminium telah dicat berwarna merah. Nasib baik tulisan masih dapat dibaca.


BM#5 No. siri B 0364 bertentangan dengan pagar Klinik Desa Bangi. Sebenarnya batu ini telah terperasan kewujudan sejak beberapa hari yang lepas.  Cuma pagi ini berkelapangan untuk mencarinya.


Pemandangan dari atas batu tanda aras yang telah dicat merah. Badannya turut dipenuhi lumut. Ini menunjukkan ia telah bertapak lebih lama di sini.


Kenderaan pacuan empat roda KKM turut berada ketika gambar diambil. Batu tanda ini diletak berhadapan premis kerajaan lebih terjamin keselamatan. Selain itu, batu tanda aras turut berada di jalan utama atau jalan besar.


Koordinat No. B0364 adalah 2.901840 darjah Utara dan 101.778348 darjah Timur. Boleh lock koordinat terlebih dahulu bagi sesiapa yang berminat untuk memburu batu tanda aras tersebut.



Misi kedua pula dekat pintu masuk utama Agensi Nuklear Malaysia BM#6 koleksi yang ke-enam. Elok berada diantara longkang utama.


No. B 62022 turut ditumbuhi banyak yang lumut. Tidak hairanlah lokasinya dikelilingi tumbuhan di hutan. 


Sudut pandangan sisi atas ini kelihatan lumut lebih banyak tumbuh.


Pemandangan menghadap pintu masuk Agensi Nuklear Malaysia. Batu diletakkan sedikit di bawah cerun. Sebab itu setiap hari lalu di sini pasti terperasan.batu tanda aras ini.


Koordinat BM#6 adalah 2.906472 darjah Utara dan 101.766916 darjah Timur.

73, Jojet de 9w2dya


Bug's Paradise Farm, Pulau Meranti


 Hari ini seperti yang dijadualkan stesen 9M4USM telah diaktifkan. Sempat monitor di frekuensi 435.975MHz ketika semua stesen menggunakan pengulang yang dibawa dalam payload belon altitud tinggi. Mendengar beberapa stesen menghantar lokasi masing-masing melalui pengulang ini.


Kemunculan stesen 9M4USM-11 jam 9.00 pagi seperti yang diwar-warkan. Lokasi pelepasan belon altitud tinggi di Kampar. Igate 9M4USM-10 sempena penerbangan stesen 9M4USM-11 turut diwujudkan bagi memastikan ia sentiasa mendapat packet.


Sempat menonton secara live di facebook Reaksi yang membuat liputan secara langsung di tempat kejadian. Maka berkesempatan melihat belon dilepaskan di facebook tersebut.  Tidak sempat untuk memantau seterusnya memandang memandu membawa harmonic untuk berjalan.


Semasa dalam perjalanan dari Bangi ke Dengkil sempat monitor di frekuensi 435.975MHz. Kedengaran beberapa stesen sibuk melaporkan diri di frekuensi. Berhenti sarapan di Dengkil sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Meranti.


Kebetulan semalam ketika balik dari Masjid Meranti terlihat Bug's Paradise Farm. Ingin melihat apa yang ada di tempat itu memandang harmonic sangat suka pada haiwan.


Tiba sahaja terus meletakkan jelopi ditempat kereta yang agak luas di hadapan tempat ini. Masuk pintu sahaja merupakan ruang pameran produk organik yang berhawa dingin. Pelbagai produk makanan kesihatan yang organic boleh dibeli di sini.


Keluar dari ruang jualan temapat makan terbuka dengan kerusi meja dan bangku panjang memenuhi ruang. Ia juga restoran makanan vegetarian yang organic. Suasananya sangat menarik walaupun dewan terbuka. Pemandangan batas-batas sayur yang menghijau sejuk mata memandang.


































Monumen KM 0 Puchong


Hari ini berjaya menemui Monumen KM 0 Puchong bagi percubaan kedua. Sebelum ini, ada mencari tetapi lupa pautan untuk koordinat tidak digunakan. Monumen bukan berdekatan Pejabat Pos tetapi bersbelahan dengan peti surat.


Kejayaan ini merupakan penemuan kali ketiga monumen KM 0 dengan cogan kata Sayangi Jalan Persekutuan. Sebelum ini, berjaya menemui monumen seperti ini di Port Dickson dan Seremban.


Pencarian bermula selepas makan tengah hari dan solat zohor di Bandar Baru Bangi. Tanpa apa-apa perancangan tergerak hati ingin melihat monumen jikalau wujud di Pejabat Pos Sungai Besi. Terus masuk ke Lebuhraya Sungai Besi hingga ke pekan.


Tiba di pekan berpusing-pusing mencari Pejabat Pos. Akhirnya jumpa juga bersebelahan stesen MRT. Meletak kereta dihadapan kedai. Menyeberang jalan ke Pejabat Pos mencari monumen KM 0. Bersebelahannya bangunan kerajaan yang sudah usang terbiar. Terus pulang perasaan hampa setelah mengetahui sememangnya ia tiada.



Seterusnya perancangan ke Pulau Meranti. Terus menghala ke Bukit Puchong. Selepas melewati lampu isyarat persimpan LDP terlihat batu putih menegak yang biasa dilihat di puncak gunung.


Monumen berwarna putih menegak ini tertera Hak Kerajaan Malaysia. Batu tanda aras ini tertera lambang JUPEM dan My HSR Corp. HSR merupakan projek rel berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura. Kemungkinan ini merupakan batu tanda laluan rel tersebut.


Tertera lambang Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan MyHSR Corp syarikat penuh milik Kementerian Kewangan. Nombor rujukan tertera UG0691 S1HSR03.


Kepada yang berminat untuk mencarinya juga boleh merujuk koordinat di atas. 2.986931 darjah Utara dan 101.618750 darjah Timur.

Kemudian terus memandu ke Bukit Puchong melewati Lotus Puchong. Terlihat batu tanda aras atau Bench mark di tepi jalan. Masuk menghala Masjid Bukit Puchong, meletak kereta di tepi jalan. Deretan gerai-gerai dikunjungi ramai pada sebelah petang yang mendung seharian.


Melewati gera-gerai dan merentasi padang rumput laluan gas bawah tanah. Terus ke tepi jalan untuk bukti bergambar. BM pertama ini tertera nombor rujukan B 7028.


Jelas tertulis Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Nombor rujukan bagi batu tanda aras ini adalah B7028.


Bagi yang berminat untuk turut mencari boleh merujuk koordinat di tas. 2.980830 darjah Utara dan 101.618158 darjah Timur.


Kemudian terlihat batu tanda aras (BM) yang kedua bersebelahan Masjid Meranti. Terpaksa membuat pusingan U di tempat yang telah ditetapkan. Terus masuk perkarangan masjid. Meletak kereta dahulu sebelum keluar pagar.


Kebiasaannya bergambar bukti terlebih dahulu. Selesai sahaja mengambil gambar batu tanda Pulau Meranti, azan Asar terus berkumandang. Terus masuk Masjid Meranti untuk solat Asar berjemaah. Usai solat terus menghantar jelopi untuk dibasuh  ke tempat basuh kereta dalam perkarangan masjid tersebut.


Bagi penemuan batu tanda aras yang kedua ini terdapat sedikit perbezaan. Batu ini tertera Tanda Aras berserta nombor siri 3020.
Nama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).


Percubaan untuk mencari batu BM  perlu merujuk koordinat di atas. 2.969615 darjah Utara dan 101.640786 darjah Timur. Selamat menjejak!


Selesai kereta dibasuh terus memandu arah ke Putrajaya. Terjumpa batu tanda 1 km. Batu tanda Putrajaya dari Pulau Meranti. Sebenarnya ada terlihat satu lagi batu tanda 1 km di hadapan dari Cyberjaya. Tak sempat hendak berhenti kerana laluan selekoh yang merbahaya.

Jumpa dan jumpa lagi,

73, Jojet de 9w2dya


Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...