Stesen APRS yang baru muncul

Stesen APRS yang baru muncul dalam minggu ini. Semakin meriah nampaknya stesen aprs di Lembah Klang.


Antaranya adalah 9W2KHN-10, 9W2KHN-15, 9W2CPY, 9W2VHF, 9M2AUR-8, 9M2KEV-5, 9W2ALS-4, 9W2SQ-2, 9W2SQ-1, 9W2LWK-5, 9W2LWK-1 9W2VIS-3, 9W2FAS-5,

Stesen 9W2VHF di Gombak baru diaktifkan semula. Menjadi Sgate aprs 145.825MHz.

Pagi ini, sekali lagi Igate 9W2DYA-2 mendapat packet daripada Satelit YB0X-1.

Manakala lalaun jam 12:08 tegahari, terdapat ganggu audio dari stesen pirate yang qso. Ia mengganggu stesen lain untuk mendapat contact di Satelit Lapan A2 IO-86. Kedengaran 9W2VRD dan 9M2DA mobile.

73, Jojet de 9W2DYA

Satelit Fox 1D AO-92

Laluan 11:04 malam ini bagi Satelit Fox 1D AO-92 kedengaran beberapa audio. Siva 9V1SV mendominasi bagi stesen lain. Kedengaran ia menyebut YB3MBN dan juga VU3FTP. Copy ketiga stesen 5/9 crystal clear dari Bangi.

Start Time 23:04MYT
Duration: 11 minit
AOS Azimuth: 183 darjah
Max Elevation: 33.7 darjah
LOS Azimuth: 334 darjah

Satelit Fox 1D antara menjadi pilihan pemburu satelit memandang ia baru dilancar dan bekerja dengan sangat baik. Aku masih dalam proses pembelajaran bagi penerimaan isyarat menggunakan antena Nagoya NA-771.

73, Jojet de 9W2DYA

YB0X-1 beacon ke 9W2DYA-2

Petang semalam laluan Satelit Lapan A2 IO-86 YB0X-1 berjaya menghantar beacon ke 9W2DYA-2.

18:28:21 beacon berjaya ke stesen 9W2DYA-2 di Bangi.
Telemetry#007,138,203,001,000,000,000000010

Harap esok dapat lagi packet.

Laluan pagi ini berjaya mendapat dua packet daripada YB0X-1.
Jam 10:11:33 pagi tadi dua packet berjaya ke Igate 9W2DYA-2.

Antara stesen lain yang berjaya mendapat packet adalah 
VK6HV-10, YD1SDL-10, YD0NXX-3.

Manakala, bagi sebelah petang pula hanya stesen HS0BBD mendapat packet.



73, Jojet de 9W2DYA


Satelit Lapan A2 IO-86 mode APRS YB0X-1

Percubaan untuk mendapatkan packet dari Satelit Lapan A2 IO-86 YB0X-1 dari 9W2DYA-2 gagal. Hanya pagi tadi sahaja mode APRS diaktifkan bermula jam 8:59 hingga 9:08. Menurut jadual sebelah petang aprs turut diaktifkan.

Walaubagaimanapun, merujuk kepada raw YB0X-1 tidak kelihatan sebarang stesen. Dua stesen yang aktif mendapat packet sebelah pagi tadi adalah HS0BBD dan VK6HV-10.

Beberapa hari yang lalu stesen 9W2DYA-2 berjaya mendapat packet daripada YB0X-1;
10/3/18 jam 9:39 pagi
8/3/18 jam 8:52:15 pagi sebanyak dua packet
7/3/18 jam 18:57 

Harap esok sangkutlah satu packet.

Jadual Mode APRS YB0X-1
14/3/18  9:18-9:38 pagi - 19:45-20:05 malam
15/3/18  9:41-10:01 pagi - 18:23-18:43 petang
16/3/18  10:03-10:23 pagi - 18:46-19:06 malam
17/3/18  8:42-9:02 pagi 
18/3/18 9:04-9:24 pagi

Stesen 9W2DYA-2 menggunakan antena omni directional Quaterwave  groundplane.

73, Jojet de 9W2DYA





Satelit Fox 1D AO-92

Malam ini jam 22:31MST laluan untuk Satelit Fox 1D AO-92 berjaya mendengar dua stesen. Stesen tersebut adalah YD0NXX dan YD0RH.

Berjaya mendengar stesen pada malam ini setelah dua malam sebelum, gagal mendengar sebarang stesen.

Start Time: 22:31MST
Duration: 11.3 minit
AOS Azimuth 162 darjah
Max Elevation: 58.9 darjah
LOS Azimuth 354 darjah

Menggunakan handy serta antena Nagoya NA-771 untuk monitor pada malam ini.

73, Jojet de 9W2DYA 

Satelit Lapan A2 IO-86, Satelit Fox 1A AO-85, Satelit Fox 1D AO-92

Malam ini monitor Satelit Lapan A2 IO-86 jam 20:19MST.
AOS Azimuth 251darjah dan LOS Azimuth 97 darjah.
Max Elevation 39.5 darjah.

Antara stesen yang dapat dicopy;
YE0EEE
9W2VRD
YD0NXX
YD0RH
YF1ZQA
9M2DA
Terima anda 5 9 
OJ02VV

Jam 22:37MST Satelit Fox1A AO-85
AOS Azimuth 208 darjah
LOS Azimuth 15 darjah
Max Elevation 56.9 darjah
Heard 9W2VRD QTH Taiping 

Jam 23:11MST Satelit Fox 1D AO-92
AOS Azimuth 188 darjah
LOS Azimuth 330 darjah
Max Elevation 25.6 darjah

Percubaan untuk copy sebarang stesen gagal. Ada kedengaran audio tetapi gagal untuk copy callsignnya. Mungkin kedudukan antena yang gagal mengesan dengan tepat. Laporan dari 9W2AWA mengatakan beliau bekerja dan mendengar stesen VU3FTP, VU2PLL dan VU3USI.

Nampaknya aktiviti komunikasi satelit di rantau ini semakin meriah. Banyak rakan tetangga semakin mengaktifkan di frekuensi satelit. Tambahan pula dengan pelancaran satelit yang baru ke orbit menambah kerancakan. 

Banyak stesen baru muncul untuk mencuba nasib berkomunikasi melalui satelit yang menjangkau jarak yang lebih jauh bagi jalur 2 meter.

Malam ini saya boleh mendengar rakan dari seberang berkomunikasi bersama rakan di Malaysia. Dunia tanpa sempadan mengerat hubungan antara negara. Rakan dari India juga boleh berkomunikasi antara di Semenanjung.

Jadi, tidak mustahil menggunakan band 2 meter tidak boleh menjangkau lebih jauh. Melalui komunikasi satelit, perhubungan boleh mencapai lebih jauh lagi.

Jojet de 9W2DYA

9M0W Pulau Layang-layang, Spratly Islands

DXpdc Pulau Layang-layang 9M0W sedang berlangsung. Bermula 6hb Mac hingga 13 mac 2018.

Ahli xpdc dalam kalangan pengendali radio amatur dari seluruh dunia untuk mengaktifkan callsign 9M0 yang menjadi buruan DXer.


Team - YT1AD, HL5FUA, K9JM, YT3W, ZL3WW, ZL3WW/YL, K1LZ, K1ZM, JT1CO, F6GNZ, PY2XB, KO8SCA, WD5COV, W5XU, VK3FY, VK3FN, SV2GWY, 9M6ABZ, 9M6RHM, 9M6ZAE.

They will operate on 160 - 6m CW, SSB, Digital modes.
DXCC Country - Spratly Islands 1S, 9M0.
WAZ Zone - CQ 26.
ITU Zone - 50.
WAC Continent - Asia.
QTH Locator - OK70.
QSL via YT1AD, ClubLog OQRS, LOTW.
Information from Acim, YT3W:

Terdapat juga rakan ham dari Sabah turut terlibat dalam Dxpdc kali ini.
Image result for 9m0w



SSTV @ Lapan


Imej SSTV yang didecode oleh rakan Amsat-My petang semalam.


Petang ini masih ada peluang untuk mnedapatkan imej dari satelit Lapan A2 ini. Laluan jam 16:51 hingga 17:11 mode SSTV diaktifkan. Boleh siap sedia dengan radas masing-masing untuk menangkap imej yang dihantar.

73, Jojet de 9W2DYA


Racing V38


Acara perlumbaan audio doubling 2018 diadakan sempena ulangtahun yang pertama PARC. Ia telah berjaya dianjurkan padang Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.



Pada pemerhatianku ramai rakan ham datang memberi sokongan serta mencuba nasib pada kejohanan yang pertama dianjurkan ini. Sambutan menggalakkan ini, pasti pihak penganjur akan meneruskan usaha untuk tahun mendatang.


Putrajaya Amatur Radio Community PARC merupakan komuniti radio amatur yang aktif di Putrajaya. Walaupun setahun jagung, keberanian dalam penganjuran aktiviti radio amatur seperti ini haruslah dipuji. Ini turut menjadi batu loncatan kepada aktiviti seperti ini di masa hadapan oleh persatuan atau kelab mahupun komuniti radio amatur yang lain.


Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang berani mengambil cabaran dalam julung kali diadakan di negara sepengetahuan penulis.


Konsep dan idea perlumbaan sangat menarik bagi menguji kemampuan teknikal radio amatur. Dua stesen menguji kemampuan antena yang di bawa untuk menghantar audio secara serentak. Audio yang mampu bertahan lama serta lebih menonjol daripada lawannya akan diisytiharkan pemenang.


Pihak juri akan memainkan semula audio yang dipancarkan semasa perlumbaan bagi mengesahkan pemenang. Kemudian, kedua peserta dipanggil oleh juri untuk  kedua pihak bersetuju dengan pemenang yang diisytiharkan.



Frekuensi yang digunakan semasa perlumbaan ini adalah V38 145.475MHz.



Juara perlumbaan ini dimenangi oleh 9W2NNU, Naib johan ialah 9W2EGT, serta tempat ke- 3 ialah 9W2YOE dan terakhir tempat ke-4 ialah 9W2SDH. Tahniah kepada pemenang atas usaha yang gigih dalam mengharungi cabaran dan menyelesaikan masalah yang mendatang.


Bagi menarik perhatian pengunjung, penganjur turut mengadakan cabutan bertuah. Banyak hadiah menarik disediakan kepada pengunjung yang bertuah. Ini secara tidak langsung memeriahkan lagi aktiviti ini.

Ninmedia Freesat

Dasar langit terbuka seiring dengan teknologi komunikasi. Teknologi satelit yang berkembang pesat dalam industri penyiaran dapat menguntungkan rakyat.

Teknologi TV satelit membolehkan rakyat menikmati siaran secara percuma dengan ada FTA. FTA membolehkan menerima siaran secara percuma tanpa bayaran. Ia dipancarkan secara percuma apabila menggunakan radas yang sesuai untuk menerima isyaratnya.

Misalnya satelit Chinasat 11 Ku band menyiarkan ninmedia tv rakyat Indonesia. Semenanjung juga dapat menerima pancarannya dengan baik.

Dekoder yang digunakan perlu mempunyai fungsi DVB-S2 untuk mendapat siaran satelit. Dish yang diperlukan cukup sekadar 65cm yang banyak digunakan dirumah.

Saluran yang boleh diterima adalah Antara TV, Al jazeera, CCTV, Channel News Asia, Euro News, France24, NHK World, DW, Arirang, TV Edukasi, FTV, JungChul English, Lejel Home shoping, K-Drama, SMI, Klik Music, Metro TV, Salingsapa,TV One, SFI, Indosiar, Maleo Channel, Net TV, Tribrata TV, SCTV, NU Channel, ANTV, KITANESIA, Tabalong TV, Duta TV, Trans 7, Fakta TV, Kompas TV, Arek TV, DMI, Qur`an TV, Rodja TV, TVRI, TV Desa, Trans TV, Inspira TV, RTV, Inews, Ladies Channel, BMW TV, DC7, Gemilang TV, Diamonds Kids, Avava Bolywood, Black Diamond, Gold Diamond, RCTI, MNC TV, Diamond TV, Red Diamond dan Avava Diamond.

TV Digital MY Freeview

 Perkembangan teknologi turut merubah teknologi penyiaran seluruh dunia daripada analog kepada digital. Teknologi digital membolehkan penonton menikmati kualiti gambar yang lebih baik terutamanya penggunaan tv HD.


Bagi ahli masyarakat yang ingin menerima signal digital ini perlu menyediakan radas yang sesuai. Dapatkan dekoder yang boleh menerima isyarat digital ini. Pastikan dekoder mempunyai fungsi DVB-T2 seperti Alphabox X6+ combo. Ia turut mempunyai fungsi DVB-S2 bagi penerimaan isyarat satelit. DVB merupakan Digital Video Broadcasting.




Antena yang sesuai pastilah antena HDTV Digital. Contoh Smart Digi model HD-12BPA1 14 elemen. Antena UHF menerima isyarat frekuensi 666MHz di lembah Klang. Jikalau rumah,  berhampiran stesen pemancar memadailah menggunakan antena 5 elemen sahaja. Selamat mencuba kerana My Freeview turut menyediakan siaran TV3HD selain TV Alhijrah. 

Sememang berbaloi jika menerima isyarat digital daripada My Freeview walaupun cuaca kurang baik berbanding penerimaan dari tv satelit. Ia percuma dan tidak memerlukan langganan. Hanya dapatkan dekoder dan antena yang sesuai.

Stesen 9W2DYA-5 di Brinchang, Tanah Tinggi Cameron.

Pada pagi 12 Disember 2017 stesen 9W2DYA-5 telah diaktifkan di Brinchang.
Gunung Brinchang terletak digipeater 9M4RCH-3.
Antara stesen yang berjaya mendapat packet adalah 9M4RNK-3 Bukit Tembeling, Kuala Krai Kelantan.

Stesen APRS

Awal pagi kelihatan beberapa stesen APRS yang diaktifkan.

9W2VXD-5 di Rantau Panjang, Klang.
9W2XDD-5 di Meru
9W2XRI-5 di Puncak Alam
9W2NDF di Taman Cheras Utama
9W2CEW di Puchong Perdana
9W2VJP-5 di Jalan Kebun
9W2MLF-9 di Bukit Mertajam, Penang
9W2HKR-5 di Malim Nawar, Perak
9W2GLV di Kg Ayer Molek, Melaka
9W2WIU-3 di Taman Puteri Wangsa, Johor.
9W2GEE-5 di Taman Molek, Johor.
9V1LY-B di Singapura.
9W2ZXT-5 di UTM Skudai, Johor.
9W2SNN-5 di Tampoi, Johor.

Jom Kurus day hike

Jom kurus day hike dianjurkan oleh Redah Adventure Explorer telah diadakan di Bukit Saga, Taman Saga, Ampang. Ia diadakan pada pagi ahad yang lalu pada 3 Disember 2017.
Tiba di tempat permulaan dan meletak kereta ditepi jalan. Ramai pengunjung telah tiba lebih awal dengan pelbagai aktiviti. Cuaca pagi ini mendung semacam hendak hujan.

Pemandangan indah Ibu kota disaji dari tepi jalan tempat kereta diletakkan. Begitu indah sekali suasana pagi diliputi awan mendung menyelubungi. Sebelah kiri bangunan pencakar langit yang baru menggapai awan.
Papan tanda menunjukkan arah ke trek laluan ke puncak. Laluan dari jalan besar masuk melalui Taman Melur dan ikut papan tanda sepanjang jalan ke Taman Saga.
Banyak perubahan muka bumi dilihat disini. Perubatan yang ketara untuk projek pembinaan lebuhraya Sungai Besi - Hulu Klang (SUKE).
Laluan tanah merah tapak lebuhraya di belakang Taman Saga. Hujung di sana bukit dipotong bagi laluan tapak pembinaan.
Semakin dekat kelihatan bukit ditarah menjejas kestabilan tanah yang boleh mengundang tanah runtuh. Larian air juga boleh berlaku ketika hujan turun menyebabkan sungai dan saliran air menjadi cetek. Akibatnya air melimpah dan memenuhi kawasan mengakibatkan banjir kilat.
Palong air yang keluar dari anak sungai Bukit Saga. Air bersih dan jernih keluar menuruni ke aliran seterusnya. Aie jernih terjadi dari kawasan simpanan hutan hujan yang menghijau menjadi puncanya. Jikalau, kehijauan hutan digondol oleh tangan-tangan yang rakus pasti aliran air semakin lesu dan hilang untuk tatapan pengunjung.
Kelihatan kesan larian air telahpun membentuk dilaluan tapak. Kecerunan bukit agak tinggi juga, serta pemotongan bukit yang menegak pasti menggusarkan penduduk yang tinggal berhampiran.
Inilah tempat permulaan pendakian yang disediakan tangga bersebelahan air terjun kecil sangat mengujakan bila tiba disini. Kegusaran pendaki apabila projek lebuhraya ini siap. Adakah laluan ini boleh dimasuki? Harap pemilik konsesi menyediakan laluan untuk pengunjung ke Bukit Saga.
Betapa cantik dan indahnya aliran air menuruni dicelah batu hampar. Bebas daripada pencemaran dan kerosakan hutan membolehkan ia dinikmati dengan penuh keinsafan. Bayangkan kalau bukit dan hutan dibahagian atas dicerobohi dengan projek pembangunan pasti anak cucu kita tidak dapat menikmati nya.
Air sangat sejuk boleh dirasa bila menyentuh di aliran yang menderu turun tanpa gangguan. Air yang menderu kelihatan banyak ini juga dipengaruhi musim hujan penghujung tahun ini. Selepas menikmati bunyi deruan air baru langkah pertama bermula melalui tangga-tangga yang disediakan.
Tangga menanti untuk didaki, langkah demi langkah untuk terus mendaki hingga ke puncak. Laluan ini agak mudah dan lebih selamat bagi peserta yang baru berjinak dalam program pendakian dan meningkatkan kecergasan.
Trek yang mencabar melalui batu ini amat mendebarkan kepada yang sukakan cabaran. Tali direntang memudahkan pergerakan ke puncak. Tetapi, yang tidak biasa boleh guna laluan trek biasa mendaki.
Selepas 40 minit mengharungi trek yang mendaki tibalah hilltop merupakan tempat riadah dipuncak bukit ini. Tetapi, ini bukanlah puncak sebenar. Bagi pendaki, selagi belum jumpa beirut maksud misi menawan belum tercapai.
Beberapa langkah ke kanan hingga jumpa simpang ke Air terjun. Dua bangku dibina disimpang itu. Mendaki terus ke hadapan baru kelihatan beirut megah berdiri. Semasa berehat beberapa pengunjung turut tiba dipuncak Bukit Sungai Putih itu. Beberapa palari trail melepasi puncak untuk meneruskan larian mereka.
Trend terkini ramai yang menceburi trail run. Bukit Saga antara tempat yang sesuai untuk membuat latihan. Sempat bersembang dengan ultra trail runner dalam persiapan event di Hong Kong. Beliau akan mengharungi jarak 100km di permukaan gunung di sana. Menurutnya telah berlari marathon sebanyak 10 kali dan berlari di Titi dalam ultra 100km sebelum ini.
Kemudian kembali semula ke hilltop untuk melihat pelbagai aktiviti riadah di sana. Pelbagai latar belakang pengunjung pada pagi itu untuk beriadah dan berekreasi.

9W2DYA-5 diaktifkan di Bukit Saga

Pagi ini, dalam program jom kurus day hike sempat juga mengaktifkan stesen 9W2DYA-5.

9W2DYA-5 menggunakan aplikasi U2APRS bersama handy Baofeng serta antena nagoya NA-771 diketinggian 463 meter dari aras laut.

Beberapa stesen telah berjaya ditangkap beacon. Antara stesen tersebut bermula jam 9:27 hingga 10:50 pagi adalah;
9W2ZVB-9, 9W2ZSU-9, 9W2FTG-1, 9W2SVT-1, 9M2NIA-9, 9W2RGH-9, 9W2EDK-1, 9M4RTB-3, 9W2EDQ-9, 9M4RDG-3 dan 9W2EDQ.
Empat stesen telah berjaya mendapat packet ketika stesen 9W2DYA-5 diaktifkan hilltop Bukit Saga.
Stesen 9W2EDK-1 dan 9W2EDQ mendapat satu packet dengan jarak 27.7km. Stesen 9W2SVT-1 mendapat satu packet dengan jarak 4.9km. Seterusnya stesen 9W2FTG-1 mendapat satu packet dengan jarak 1.9km.

Tanda Pelarasan UG0692 S1HSR04

  Hari ini telah berjaya menemui satu lagi Pillar Geodetik nombor rujukan UG0692 S1HSR04. Ini merupakan stesen ketiga berjaya ditemui selepa...