Racing V38


Acara perlumbaan audio doubling 2018 diadakan sempena ulangtahun yang pertama PARC. Ia telah berjaya dianjurkan padang Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.



Pada pemerhatianku ramai rakan ham datang memberi sokongan serta mencuba nasib pada kejohanan yang pertama dianjurkan ini. Sambutan menggalakkan ini, pasti pihak penganjur akan meneruskan usaha untuk tahun mendatang.


Putrajaya Amatur Radio Community PARC merupakan komuniti radio amatur yang aktif di Putrajaya. Walaupun setahun jagung, keberanian dalam penganjuran aktiviti radio amatur seperti ini haruslah dipuji. Ini turut menjadi batu loncatan kepada aktiviti seperti ini di masa hadapan oleh persatuan atau kelab mahupun komuniti radio amatur yang lain.


Syabas dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang berani mengambil cabaran dalam julung kali diadakan di negara sepengetahuan penulis.


Konsep dan idea perlumbaan sangat menarik bagi menguji kemampuan teknikal radio amatur. Dua stesen menguji kemampuan antena yang di bawa untuk menghantar audio secara serentak. Audio yang mampu bertahan lama serta lebih menonjol daripada lawannya akan diisytiharkan pemenang.


Pihak juri akan memainkan semula audio yang dipancarkan semasa perlumbaan bagi mengesahkan pemenang. Kemudian, kedua peserta dipanggil oleh juri untuk  kedua pihak bersetuju dengan pemenang yang diisytiharkan.



Frekuensi yang digunakan semasa perlumbaan ini adalah V38 145.475MHz.



Juara perlumbaan ini dimenangi oleh 9W2NNU, Naib johan ialah 9W2EGT, serta tempat ke- 3 ialah 9W2YOE dan terakhir tempat ke-4 ialah 9W2SDH. Tahniah kepada pemenang atas usaha yang gigih dalam mengharungi cabaran dan menyelesaikan masalah yang mendatang.


Bagi menarik perhatian pengunjung, penganjur turut mengadakan cabutan bertuah. Banyak hadiah menarik disediakan kepada pengunjung yang bertuah. Ini secara tidak langsung memeriahkan lagi aktiviti ini.

6 comments:

Minggu Sains Negara 2019

Rakan ham turut terlibat dalam pameran dan demostrasi di Melaka dan Planetarium pada 17/8/2019. Perkongsian gambar dalam group WhatsApp; ...