Digipeater 9M4RNK-3 Bukit Tembeling, Kuala Krai

Nami 9W2NMI telah memberi maklum balas tentang digipeater 9M4RNK-3 dalam penulisan lalu. Beliau memberi info dan imej digipeater tersebut.


Kejayaan digipeater ini mencapai hingga ke Bukit Fraser. Menurut beliau QRM berlaku memandang menara pemancar berdekatan sahaja. Namun, tetap bekerja dengan baik hingga ke Gunung Brinchang dan Bukit Fraser.


Bagus ada aprs ini boleh monitor supply voltage repeater. Jika semua repeater menggunakan aprs untuk memantau sumber tenaga boleh memudahkan kerja-kerja pemantauan. Tidak secara langsung juga dapat berfungsi sebagai digipeater.

Menurut beliau perancangan untuk memasang digipeater di Dabong. Sama- samalah menunggu kemunculan digipeater yang baru. Ini dapat memeriahkan lagi aprs di Kelantan.

Terima kasih Nami 9W2NMI atas perkongsiannya.

73, Jojet de 9W2DYA


No comments:

Post a Comment

Stesen BX3AES-10 berada di IOI Resort

  Kelihatan satu stesen dari Taiwan BX3AES-10 telah diaktifkan di IOI Resort. Nampaknya berjalan kaki dari hotel ke IOI Mall. Stesen BX3AES-...