Stesen 9W2DYA-5 diaktifkan di Fraser Hill


Misi mencari packet berjaya dilakukan pada malam ini di taman awam Bukit Fraser. Setelah gagal mendapatnya di Kuala Krai semalam.


Bermula jam 20:46 hingga jam 21:06 malam aktiviti pencarian dijalankan. Pencarian terhenti kerana hotspots yang digunakan telah kehabisan bateri. Maka igate tidak dapat berfungsi.

Beacon pertama datang dari 9W2KHQ-12 melalui 9M4RJR-3 Gunung Jerai terus ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang dan 9W2DYA-5 di Bukit Fraser.

Beacon kedua 9M2RKV-3 Bukit Kledang terus ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang ke 9W2DYA-5 Fraser Hill.

Beacon ketiga 9W2ZSU-3 Kuala Selangor ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang ke 9W2DYA-5 Bukit Fraser.

Beacon keempat 9M4RJR-3 Gunung Jerai ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang ke 9W2DYA-5 Bukit Fraser.

Beacon terakhir 9M4RNK-3 Bukit Tembeling, Kuala Krai ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang ke 9W2DYA-5 Bukit Fraser.

Jadi, pernah dahulu digipeater di pasang di puncak Bukit Peninjau Fraser Hill. Ia boleh menjadi penyambung digipeater dari puncak ke puncak bermula utara hingga ke selatan.

Dua digipeater mountain top telah down di Gunung Ulu Kali dan Gunung Ledang. Kewujudan digipeater di Fraser Hill pasti merancakkan lagi aprs.

Aktiviti malam ini ini menunjukkan gelombang bergerak lebih jauh melalui puncak ke puncak kawasan tanah tinggi. Lagi tinggi ia dipancar lebih jauh ia terus bergerak.

73, Jojet de 9W2DYA




No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...