Jom monitor komunikasi satelit

Ingin monitor komunikasi satelit?


Pilih satelit yang hendak monitor. Jadual diatas merupakan satelit yang menjadi tumpuan rakan ham untuk mendapat contact.


Sebelum itu, sila memuat turun aplikasi AmsatDroid Free dari Google store. Ini penting bagi mengetahui kedudukan satelit-satelit terkini.


Setelah memuat turun, anda dikehendaki mensetkan beberapa fungsi. Sila tekan di penjuru sebelah atas kanan yang betitik tiga sebaris.



Setelah menekannya, terdapat lima fungsi dipaparkan. Mula boleh setkan Home Location. Kemudian boleh Update Keps.


Ada enam pilihan di situ pilihlah Amateur (amsat.org). Sentiasalah update bahagian keps ini untuk mendapatkan kedudukan satelit yang tepat dari masa ke semasa.


Paparan senarai satelit akan keluar selepas update. Boleh pilih satelit yang dikehendaki. Tekan satelit yang dipilih.


Kemudian tekan Calculate Pass dan dan seterusnya keluarlah jadual laluan Satelit bagi masa yang akan datang.



Seterusnya tekanlah jadual yang anda kehendaki dan paparan di atas terhasil. Maklumat lengkap diberikan dari waktu mula, tempoh, azimuth dan maksimum ketinggian.

Pergerakan satelit bermula dari AOS dan berakhir ke LOS. Laraskan diri anda dengan arah Utara bagi mendapat kedudukan  seperti dalam paparan.

Satelit IO-86 adalah satelit Lapan-A2. Ia bergerak mengelilingi bumi selari dengan garisan khatulistiwa. Sebab itu pergerakannya dari kiri ke kanan atau dari arah barat ke timur.

Komunikasi satelit memerlukan frekuensi digerakkan kerana berkaitan dengan Doppler. Pertambahan 5Khz seiring dengan pergerakan satelit itu. Jika tidak seiringan maka tidak mendengar sebarang audio.

Sila pastikan frekuensi yang tertulis Doppler itu haruslah dipatuhi bagi untuk Rx atau Tx. Uplink merupakan Tx manakala downlink pula adalah Rx. Kata mudahnya uplink memancar dari bumi ke satelit. Downlink pula menerima pacaran dari satelit ke bumi.

Radio yang diperlukan perlulah mempunyai dual band. VHF dan UHF serta dual monitor kerana perlu menggunakan band secara serentak. Banyak handheld dipasaran mempunyai fungsi tersebut.

Begitu juga dengan antena perlulah dual band. Anda boleh dapatkan dipasaran atau mencuba homebrew lebih mendatangkan kepuasan. Dapatkan diagram antena untuk satelit di internet.

Belajarlah monitor terlebih dahulu untuk mengetahui bagaimana komunikasi satelit berlangsung. Ia tidak sama seperti QSO simplex mahupun di repeater. Ini kerana masa yang singkat semasa laluannya memerlukan stesen berkomunikasi secara pantas dan seringkas yang mungkin.

Selamat mencuba. Apabila sudah ada keyakinan diri yang tinggi serta mahir menggunakan antena. Cubalah mendapatkan contact seberapa banyak yang mungkin. Kita dapat berkomunikasi dengan stesen luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura, India, Sri Lanka, Brunei dan Filipina.

73, Jojet de 9W2DYA

Comments

  1. mohon tunjuk ajar cara setting yg betol untuk sat ham radio

    1- adakah penggunaan TONE hanya sebelah TX sahaja atau kedua2 belah
    2- penggunaan -SQL-(0) ada kah hanya sebelah RX sahaja atau kedua2 belah
    3-penggunaan HT/RIG mesti yg dual band sahaja atau boleh guna yg single band(uhf/vhf)pair

    73, ayie de 9w2YDB
    (masih mencari dan mempelajari cara setting yg betol)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai

Bercuti di Pulau Pangkor

Radio Amatur dalam SAR Broga

Bercuti di Cheringin Hills dan Berjaya Hills Bentong, Pahang

Renew Lesen

Perasmian Rumah Kelab PRADAS

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang

Bercuti di Pantai Peranginan Port Dickson

Sharing from our friends in Melbourne