Satelit Lapan A2 IO-86 dan Satelit Fox 1D AO-92

Laluan malam ini jam 20:51, adalah sangat cantik selari dengan garisan khatulistiwa.

Start time: 20:51MYT
Duration: 14.3 minit
AOS Azimuth: 263 darjah
Max Elevation: 84.8 darjah
LOS Azimuth: 84 darjah

Maksimum elevation malam ini sangat baik. Jadi ramai stesen mencuba nasib untuk mendapatkan contact.

Stesen yang dapat didengari adalah
1. 9W8VIN Sarawak
2. YD0RH Indonesia
3. 9W2BXN Semenanjung
4. 9V1SV Singapura
5. HS3ANP Thailand

Mendengar ke semua stesen dari Bangi 5/9 menggunakan handy bersama antena  Nagoya NA-771

Laluan Satelit Fox 1D AO-92 jam 22:44 malam pula hanya kedengaran satu stesen Abg Dahlan 9W2BXN di Pasir Gudang. Sangkaanku abg Dahlan di basenya rupanya berada di Selatan tanahair. Kedengaran seperti duduk disebelah sahaja bersembang.

Pasir Gudang maximum elevation adalah 57 darjah. Perbezaan yang ketara dibandingkan dengan kawasan tengah adalah 77.2 darjah. Jadi, peluang cerah untuk mendapat contact di kawasan tengah yang lebih luas kerana lebih tinggi darjahnya.



73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...