Tangga Bradley @ Tangga Krai

Setelah dua malam di Kota Bharu, destinasi seterusnya adalah Kuala Krai. Selalu hanya lalu di pekan ini sahaja. Hari ini berkesempatan untuk meninjau tempat menarik dan bersejarah.

Tertulis dibina pada tahun 1927 dan nama asal adalah Tangga Bradley.
Batu bersurat yang menceritakan tentang sejarah Tangga Krai ini.
Laluan tangganya ke pengkalan bot ke kawasan kampung dibahagian hulu dan hilir Sungai Kelantan.
Pemandangan Sungai Kelantan yang indah saujana mata memandang.

Betapa lebarnya dan panjang hingga kuala dan laut China Selatan.

Rumah rakit turut dibina ditepi sungai. Kedai makan itu tutup pula. Jikalau, buka pasti seronok menikmati kopi diatas sungai sambil menikmati pemandangan indah.

Bot pancung kepunyaan penduduk kampung sebagai kenderaan utama menghubung dari pekan ke kampung. Mungkin juga, nelayan sungai mencari sumber pendapatan menangkap ikan.


Sungai kelihatan tenang di atas permukaan, tetapi dasar arus mungkin lebih deras.


Lagi deretan rumah rakit di tepi sungai Kelantan.


Pemandangan tangga dari arah bawah dan sungai. Tiang sebelah kiri merukan tiang pengukur aras banjir.


Ukurun paras bahaya adalah 30 meter. Jika banjir tidak dapat bayang betapa tingginya aras air sungai telah mencecah dari bawah ini. Pastilah banjir boleh berlaku dan menenggelamkan pekan ini.


Kemudian, ke stesen keretapi Kuala Krai. Kelihatan keretapi menanti untuk berlepas.


Keretapi ini akan menghala ke Dabong. Pernah masa belajar dulu naik keretapi ke Dabong untuk ke Jelawang. Air terjun yang tinggi itu itu pasti menggamit pendaki untuk menikmati kedinginannya.


Selain itu, mendaki gunung Stong dan Ayam turut menjadi impian setiap pendaki.


Tepat jam 5 petang, keretapi dari Dabong pun tiba.


Berhenti seketika mengambil penumpang. Lokomotif 24112 Hang Nadim bertugas menarik gerabak penumpang ke Tumpat.


Pengangkutan rel ini menjadi nadi pergerakan bagi penduduk pedalaman Kelantan ke pekan dan bandar.


Sesetengah tempat, kemudahan ini menjadi pilihan utama atau satu-satunya alat perhubungan.

Jika ingin menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Cubalah menaik tren ini, pasti tidak menghampakan pemandangan hijau dan kampung.


Selepas tren ke Tumpat berlepas dari Kuala Krai. Barulah tren ke Dabong mula bergerak. Memori menggunakan keretapi semasa belajar ke sesuatu destinasi pasti tidak dilupai. Tidur distesen beralaskan ground sheet beramai-ramai kerana tiba awal sebelum ke destinasi seterusnya.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...