Bukit Fraser

Percutian pada hari ini diteruskan ke Bukit Fraser dari Kuala Krai.



Perjalanan melalui Raub berjarak 21 km dan mengambil masa sejam untuk ke atas. Pertama kali jalan melalui Raub perlu berhati-hati dengan selekoh tajam dan tanah runtuh.



Pemandu dinasihatkan tidak memandu pada waktu malam. Jalan yang sempit boleh mendatangkan bahaya. Jalan sangat perlu diturap menyebabkan memandu dengan lebih berhati-hati.



Sampai di Gap terus memandu terus tanpa perlu menunggu giliran lagi. Jalan naik  terus sehala ke atas. Sebelum tiba Gap beberapa meter anda akan melintasi jalan turun sebelah kanan. Laluan sehala itu untuk turun sahaja.



Jarak dari Gap ke Fraser hill adalah 8km. Jalan selorong memerlukan daya tumpuan pemanduan yang lebih berhati-hati.



Tiba di gate, suasana dingin menyambut kehadiranku. Kereta telah memenuhi ruang tempat letak kereta di sekeliling menara jam.



Seni bina bangunan yang unik dari pengaruh Inggeris menyebabkan ia digelar little England. Seni bina England menyambut kedatangan dikiri dan kanan.


Batu sempadan SL adalah negeri Selangor sebelah kiri.


Batu sempadan PA adalah negeri Pahang. Tempat beristirehat sambil menghirup udara nyaman.

Batu tanda mengucapkan Selamat Datang ke Bukit Fraser melepasi pintu gate dari Gap.


Padang Golf di Bukit Fraser  penuh cabaran di kawasan tanah tinggi mengikut kontur dan bukit disekitarnya. Rekaan orang Inggeris pada waktu dahulu. Orang Inggeris menjadi Bukit Fraser sebagai tempat percutian dan rehat. Suasana nyaman segar seperti di negara mereka.


Sungguhnya nyaman persekitaran pada petang itu. Terasa juga suhunya semakin dingin apabila mentari mula melabuhkan diri.



Kehijauan hutan dipersekitaran Bukit Fraser masih dipelihara dan dikekalkan. Suhu rendah turut dipengaruhi oleh kehijaun flora di samping kawasan tanah tinggi.


Batu bersurat menceritakan tentang sejarah Bukit Fraser letak di pusat Bukit Fraser. Jadi, para pengunjung serba sedikit dapat mengetahui sejarah kewujudan Bukit Fraser ini.


Bunga hiasan tumbuh segar dipersekitaran yang nyaman. Banyak bunga-bunga liar tumbuh dengan baik kerana persekitaran suhu yang rendah serta menyamankan.



Suasana hijau serta yang menyaman ini menjadi daya tarikan Bukit Fraser bagi pencinta alam. Ia menjadi tarikan burung-burung singgah dari Hemisfera utara dan selatan sebelum meneruskan perjalanannya. Burung-burung tempatan juga tidak kurang menariknya menjadi buruan lensa peminat burung.



Tumbuhan meliar seperti pokok pakis gajah turut banyak didapati. Ada yang menjangkau beratus tahun, hidup dengan subur di kawasan hutan pergunungan.


Banyak trail laluan denai dijaga dan dipelihara dengan baik untuk tatapan cucu-cicit dan generasi masa depan. Hemmant Trail terletak dibelakang Masjid. Papan tanda penerangan turut disediakan sebagai maklumat sebelum memulakan aktiviti merentas hutan atau trekking.


Trail sangat luas untuk menikmati keindahan flora dan fauna. Malahan aktivti trail running pun boleh dilakukan. Papan tanda akan memaklumkan jarak dan masa untuk menghabiskan setiap laluan.



Abu Suradi Trail pula, bertentangan dengan Hemmant trail. Jikalau dari pekan Bukit Fraser ia terletak sebelah kanan.


Pemandangan Masjid dari Abu Suradi trail bertentangan dapat dilihat.


Laluan bertangga sedikit mendaki dipermulaan trek. Mendaki penuh berhati-hati supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Aktiviti memanaskan badan perlulah dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecederaan.


Papan tanda  Abu Suradi Trail menunjukkan pelbagai maklumat tentang trail ini. Profile trek serta maklumat flora yang terdapat sepanjang laluan.


Kelihatan senibina kolonial terdapat di Bukit Fraser merupkan banglow penginapan untuk pengunjung.


Senibina yang unik rekaan bangunan turut menarik perhatian.


Pemandangan Masjid dari medan selera di Taman Awam.


Satu tarikan terbaru berdekatan Taman Awam merupakan sebuah restoran.

Pengunjung kehampaan kerana taman di bawah tidak boleh dikunjung.


Laluan ke bawah ke arah taman di sambung dengan tangga ke restoran.


Begitu indah pasti menjadi tarikan pengunjung untuk menjejak ke sana.

Antara kreativiti pemilik restoran membuat batu tanda kosong Kilometer. Jika perhatikan dengan betul ia dibuat dari papan lpis sahaja bukannya batupun. Sepatutnya mestilah dibuat dari batu seperti batu aras atau batu sempadan negeri.


Senibina kolonial yang ditinggalkan kosong amatlah merugikan kerana ia adalah warisan negara.


Papan tanda arah di bulatan jalan sekitar Taman Awam.

Tangga Bradley @ Tangga Krai

Setelah dua malam di Kota Bharu, destinasi seterusnya adalah Kuala Krai. Selalu hanya lalu di pekan ini sahaja. Hari ini berkesempatan untuk meninjau tempat menarik dan bersejarah.

Tertulis dibina pada tahun 1927 dan nama asal adalah Tangga Bradley.
Batu bersurat yang menceritakan tentang sejarah Tangga Krai ini.
Laluan tangganya ke pengkalan bot ke kawasan kampung dibahagian hulu dan hilir Sungai Kelantan.
Pemandangan Sungai Kelantan yang indah saujana mata memandang.

Betapa lebarnya dan panjang hingga kuala dan laut China Selatan.

Rumah rakit turut dibina ditepi sungai. Kedai makan itu tutup pula. Jikalau, buka pasti seronok menikmati kopi diatas sungai sambil menikmati pemandangan indah.

Bot pancung kepunyaan penduduk kampung sebagai kenderaan utama menghubung dari pekan ke kampung. Mungkin juga, nelayan sungai mencari sumber pendapatan menangkap ikan.


Sungai kelihatan tenang di atas permukaan, tetapi dasar arus mungkin lebih deras.


Lagi deretan rumah rakit di tepi sungai Kelantan.


Pemandangan tangga dari arah bawah dan sungai. Tiang sebelah kiri merukan tiang pengukur aras banjir.


Ukurun paras bahaya adalah 30 meter. Jika banjir tidak dapat bayang betapa tingginya aras air sungai telah mencecah dari bawah ini. Pastilah banjir boleh berlaku dan menenggelamkan pekan ini.


Kemudian, ke stesen keretapi Kuala Krai. Kelihatan keretapi menanti untuk berlepas.


Keretapi ini akan menghala ke Dabong. Pernah masa belajar dulu naik keretapi ke Dabong untuk ke Jelawang. Air terjun yang tinggi itu itu pasti menggamit pendaki untuk menikmati kedinginannya.


Selain itu, mendaki gunung Stong dan Ayam turut menjadi impian setiap pendaki.


Tepat jam 5 petang, keretapi dari Dabong pun tiba.


Berhenti seketika mengambil penumpang. Lokomotif 24112 Hang Nadim bertugas menarik gerabak penumpang ke Tumpat.


Pengangkutan rel ini menjadi nadi pergerakan bagi penduduk pedalaman Kelantan ke pekan dan bandar.


Sesetengah tempat, kemudahan ini menjadi pilihan utama atau satu-satunya alat perhubungan.

Jika ingin menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Cubalah menaik tren ini, pasti tidak menghampakan pemandangan hijau dan kampung.


Selepas tren ke Tumpat berlepas dari Kuala Krai. Barulah tren ke Dabong mula bergerak. Memori menggunakan keretapi semasa belajar ke sesuatu destinasi pasti tidak dilupai. Tidur distesen beralaskan ground sheet beramai-ramai kerana tiba awal sebelum ke destinasi seterusnya.

73, Jojet de 9W2DYA

Monitor frekuensi 145.700MHz

Malam semalam dari jam 8.30 hingga 9.00 sempat monitor frekuensi negara jiran. Sebelum monitor di Satelit Lapan A2 cuba mendengar aktiviti di frekuensi.

Walaupun tidak paham bahasa Thailand, tetapi sebagai pengamal radio amatur. Kita tahu serba sedikit tentang aktiviti yang dijalankan.

Pada telahanku aktiviti 2 meter net sedang dijalankan. Merujuk internet, frekuensi ini adalah repeater di Selatan Thai. Sepanjang monitor QTH yang disebut adalah Pattani.

Pengawal rangkaiannya ialah HS9AY mungkin di Yala, Betong. Beliau mungkin XYL atau YL berjaya mengendalikan net dengan baik.

Setelah perasan ini adalah 2m Net, maka akupun cuba mendengar callsign dengan teliti. Ternyata Pengendalinya ialah HS9AY.

Berikut merupakan stesen yang dapat didengar sepanjang net;
1. HS9EYP 5/9
2. HS9IUP 5/9
3. HS9YAA -ve copy
4. HS9PVQ 5/9
5. HS9WM  -ve copy
6. HS9XWW -ve copy
7. HS9TAR 5/9
8. HS9UP 5/9
Locator OJ16CD81CM . Tingkat 5 hendheld baofeng antena Nagoya NA-771

73, Jojet de 9W2DYA



Monitor satelit Lapan A2 IO-86 dan Satelit Fox 1D AO-92

Laluan jam 9 malam satelit Lapan A2 IO-86 mendengar beberapa stesen yang biasa kedengaran. QTHku di Kota Bharu juga beberapa stesen pirate malam ini yang sangat aktif.

Stesen yang kedengaran 9V1SV, 9M2DA, YD0RH, YD0NXX.

Seterusnya laluan jam 22:37MYT, Satelit Fox 1D AO-92 kedengaran dua stesen aktif. Stesen tersebut adalah 9W2BXN dan 9M2DA.

Locator OJ16CD81CM


73, Jojet de 9W2DYA

Serenity Park

  Sempena cuti gantian  Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor yang jatuh hari semalam. Maka hari ini cuti sempatla...