Belon KLIA Masih ke Laut


 Hujung tahun bulan disember menjelma kembali. Namun, belon KLIA masih aktif ke Selat Melaka juga. Nampaknya hujung tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Sepatutnya pemburu belon rancak memburu belon didaratan. 

Pengaruh La Nina kali ini sangat memberi kesan kepada sistem cuaca serantau terutama angin monsun timur laut. Tunggu dan lihat sampai bila akan kembali normal seperti dahulu semula.

Kebiasaannya bermula pertukaran monsun timur laut bulan september lagi belon telah mula jatuh ke darat. Pada tahun ini, berlainan sekali corak tiupan angin pada kali ini. Belon setiap masuk ke Selat Melaka.

73, Jojet de 9w2dya

Ribut Tropika Senyar 2025


 Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Jalan Kebun Barat. Kali ini jatuh darat antara yang paling jauh hampir dengan Bandar Rimbayu. Mungkin pengaruh ribut tropika Senyar yang telah aktif  awal minggu ini.


Melihat pada peta satelit di atas, belon jatuh di atas bumbung. Alttud ketinggian akhir sangat rendah iaitu 197 m. Pasti tepat jatuh di atas bumbung seperti yang digambarkan.

Credit Arul 9M2OCX

Weerut 9W2RUT memandu jelopi ke lokasi kejadian. Sejak tibanya monsun timur laut, belon masih lagi jatuh ke dalam laut. Hanya sekali-sekala belon ke darat. Ini mungkin disebabkan gangguan sistem sejak letusnya ribut solar beberapa minggu yang lalu.

Credit Arul 9M2OCX

Seorang lagi anggota SAR belon KLIA pagi tadi ialah Rick. Bersemangat untuk mencari peranti radiosonde dan belon. Musim-musim yang lepas setelah masuknya angin monsun timur laut. Sudah pastilah secara konsisten belon akan jatuh ke darat. Tidak pada tahun ini, belon tidak sekerap selalu jatuh ke darat. Hanya sekali-sekala sahaja.

Credit Arul 9M2OCX

Jelopi yang dipandu oleh Weerut 9W2RUT mempunyai peralatan komunikasi radio yang canggih. Pasti siap siaga membantu bantuan komunikasi kecemasan terutama musim banjir yang berlaku sekarang.

Credit Arul 9M2OCX

Setelah tiba di lokasi kejadian. Arul 9M2OCX melaporkan bahawa belon  telah mendarat atas bumbung rumah. Tepat jangkaan penulis bahawa belon telah jatuh atas bumbung. Arus angin yang kuat telah membawa hingga ke Jalan Kebun. Kebiasaannya sampai sebelum Telok Panglima Garang sahaja. Pagi ini, arah belon luar biasa sekali hingga masuk ke daerah Klang.

Credit Arul 9M2OCX

Catatan paling utara teringat masa banjir besar tahun 2021 dahulu. Belon mendarat hingga ke Seksyen18 Shah Alam. Jatuh tepi laluan rel keretapi. Nasib baik penulis jumpa peranti radiosonde model DFM-17 tersebut. Anggota SAR pagi tadi menikmati makan selepas ke lokasi kejadian.


Berbalik kepada ribut tropika Senyar, terdapat udara tekanan rendah di Selat Melaka semasa kejadian banjir di Perlis. Pagi isnin 24 November 2025 kawasan utara dan selatan Thai telahpun mengalami banjir. Ramai pelancong Malaysia turut terkandas di Hatyai. Tangkap layar aplikasi Windy amat penting dipantau waktu musim banjir ini.


Hari selasa 25 November 2025 pusaran angin tekanan rendah itu semakin aktif. Ia telah dikenali sebagai 95B telah ke arah menjadi ribut. Jarang sekali ribut tropika wujud di Selat Melaka ini. Angin monsun timur laut merentasi selatan Thai dan utara Malaysia berpusar ke Selat Melaka perairan Perak dan Pulau Pinang.


Setelah itu, pusaran tersebut mula bergerak ke arah Langsa, Sumatera. Hujan masih aktif lagi di Selatan Thai dan Perlis.


Keesokan hari Rabu 26 November 2025 angin terus aktif. Ramalan menggunakan Model ECMWF angin naik taraf menjadi Ribut Tropika Four. Satu lagi ribut tropika Koto berlaku di Filipina serentak ketika itu. Ramalan ribut tropika Four ini telah mengarah semula ke Semenanjung Malaysia di Selat Melaka.


Sebelah malam pula ribut tersebut telah dikenali sebagai Senyar. Pihak Meteorologi India memilih nama tersebut yang bermaksud Lion. Unjuran model IMD menunjukan ribut ini akan mengarah ke pantai negeri Perak. Pusaran angin bergerak 64 km/h direkodkan.



Manakala, model ECMWF unjuran ribut tropika Senyar bergerak ke perairan Selangor pula. Petang tadi Met Malaysia telah membuat sidang akhbar mengenai Ribut Tropika Senyar akan menghala ke Semenanjung melintas hingga ke pantai timur jangkaannya.


Pemantauan pada malam ini ketika penulisan ini dibuat. Hujan masih lagi turun sekejap-sekejap berhenti. Maka, rakyat perlu siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku esok hari. Sentiasalah memantau berita terkini yang dikeluarkan oleh Met Malaysia. Hanya Met Malaysia sahaja badan berkuasa mengeluarkan maklumat yang sahih sahaja.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Pagi ini Jatuh di Morib


 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, altitud ketinggian akhir agak tinggi iaitu 530 m dan altittud ketinggian maksimum adalah21,243 m.


Manakala, belon KLIA pagi tadi jatuh di Tongkah dekat dengan Morib. Berdekatan laluan 5 Port Dickson - Banting memudahkan akses ke lokasi pendaratan belon.


Radiosonde WxR-301D 2405015801 telah jatuh pada jam 9:06 pagi bertarikh 19 November 2025.  Merujuk peta satelit di atas belon KLIA ini jatuh di kawasan kebun kelapa sawit. Itupun jikalau tiada perubahan pada kawasan tersebut akibat pembangunan contohnya.

Monsun Timur Laut belon KLIA jatuh di Kanchong Darat


 Monsun timur laut yang baru beberapa hari yang lalu telahpun bermula. Ini petanda belon KLIA akan jatuh ke darat pada kali ini. Tahun ini monsun lewat kerana ada beberapa siri siklon tropika telah berlaku. Kebiasaannya belon KLIA akan jatuh pertengahan september lagi. Tidak pada tahun ini, November Rain barulah  bermula musim monsun ini.


Pada malam ini, belon KLIA telah jatuh di Kg Kanchong Darat, Banting. Kawasan kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit pasti boleh dijumpai juga. Lainlah jikalau jatuh atas bumbung rumah orang agak sukar.


Ada kelapangan hujung minggu pastilah boleh dijalankan misi mencarinya. Tapi jatuh kawasan laman rumah pasti tuan rumah akan membuangnya.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu!
73, Jojet de 9w2dya

Karnival Pelaut dan Rumah Api 2025


 Karnival Pelaut dan Rumah Api tahun 2025 diadakan pada 8 dan 9 November 2025. Hari ini masih berjalan lagi acara hingga jam 5 petang. Semalam sempat singgah sebentar bersama Damia. Banyak aktiviti dianjurkan kepada pelawat.


Karnival ini diadakan di Marina Putrjaya. Suasana tepi tasik sangat sesuai bertepatan dengan tema untuk Pelaut.  Melepasi PICC terus mencari tempat letak kereta. Dua boya berwarna hijau dan merah menyambut ketibaan kami. Masuk kawasan parkir berhati-hati. Bukan pengunjung karnival sahaja malahan kenduri kahwin juga turut diadakan di kawasan berdekatan.


Terus menghala ke Pintu Gerbang utama dan turun sebelah pentas utama. Pergi ke khemah pendaftaran bagi mendapatkan nombor cabutan bertuah. Kena imbas kod QR terlebih dahulu bagi mengisi maklumat dalam google form.


Oleh kerana datang waktu tengah hari perutpun lapar. Kami menghala ke gerai makan dan minuman terlebih dahulu. Ada lori Milo juga. Tanpa berkifir panjang terus mengambil dua cawan. Usai minum terus ke deretan khemah pameran.


Menuju khemah pameran maritim. Banyak agensi kerajaan dan swasta mempamerkan maklumat tentang perkhidmatan yang disediakan. Kelihatan dua antena vertikal radio komunikasi dari jauh. Pasti antena reruai MARTS. Ternyata dua orang kuat Marts ada di situ.


Sufian 9W2SGJ dan Che Ta 9M2SYG bertugas di meja. Tidak sempat nak bersembang dan mengambil gambar kerana Damia ajak pulang. Sempat dapat jajan dari Sufian 9W2SGJ untuk Damia. Terima kasih atas pemberiannya. Tak sempat nak ambil gambar bahan pameran untuk dipaparkan dalam blog ini.

Credit FB Marts

Gambar diatas dan seterusnya diambil dari FB Marts. Kemudian menghala ke zon kanak-kanak. Pelbagai permainan ada disediakan Damia tidak mahu bermain dan hanya mahu ke tempat lain pula.

Credit FB Marts

Ada kelapangan hari minggu ini marilah datang ke Marina Putrajaya. Memeriahkan karnival ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Credit FB Marts


Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu
73, Jojet de 9w2dya


Radiosonde DFM09P 21068732 Jatuh di Hulu Cheka


 Pagi ini 2 Oktober 2025 telah dapat dikesan belon kajicuaca yang telah dilepaskan dari perairan negara. Lokasi antara Chukai dan Kuantan jejak bermula telah dikesan. Pasti pihak keselamatan mengawal perairan negara telah melepaskan belon tersebut. 


Belon kajicuaca ini telah mendarat jam 9:05 pagi. Koordinat 3.89596 darjah Utara dan 102.17432 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 804 m dan ketinggian maksimum adalah 29,823 m.



Berdasarkan gambar satelit di atas ia jatuh di kawasan ladang kelapa sawit. Laluan masuk perlu melalui Kampung Tepam dekat Jalan Hulu Cheka. Hanya orang tempatan pandai jalan masuk yang lebih tepat dan mudah.


Kebiasaannya pihak berkuasa hanya melepaskan sekali belon sahaja. Tidak seperti Latihan Kuasa Tembakan di  Kem Gemas. Seminggu lebih belon kaji cuaca telah dilepaskan pada bulan Ogos yang lalu. Kemungkinan Team SAR Pahang akan pergi mencari radiosonde model DFM09P 21068732 kerana jarang jatuh.


Boleh dilihat arah pergerakan belon radiosonde DFM09P 21068732 bergerak ke barat dari perairan negara. Belon di Kuantan ini selalunya akan jatuh ke darat sahaja. Bezanya akan masuk hutannya menyebabkan sukar mencari peranti.

Jumpa dan Jumpa lagi
Selamat memburu
73, Jojet de 9w2dya





Berjaya dapat 14 lagi Geocache


 Hari ini mencuba lagi mencari geocache sebanyak mungkin. Selepas bersarapan jam 9.30 pagi telah tiba Dataran Putra. Geocache pertama adalah berhampiran dengan arca tangan. Aktifkan navigate sekali lagi bagi menentukan kedudukan sebenarnya. Geocache bersaiz kecil.


Selepas berjaya mengesan terus buka sampul yang berisi kertas Game Piece. Geocache pertama ini merupakan  senarai ketiga berjaya ditulis pada kertas tersebut. Selepas itu terus lapor kejayaan menjumpai dalam Log cache. Sertakan gambar sebagai bukti.


Tangkap layar menunjukan jam 10:15 pagi berjaya menemui geocache pertama. Selepas log cache pasti keluar ikon smiley. Titik biru merupakan tanda GPS secara Real Time. Geocache pertama ini adalah Putra Square Hide & Seek.


Kemudian bergerak semula ke geocache semalam yang belum ditulis nama. Pastikan membawa pen bagi menulis nama sebagai bukti telah berjaya menjumpai geocache tersebut. Pagi ini ramai pelancong sibuk bergambar sekitar pokok-pokok di sebelah Masjid Putra.Nasib baik senarai nama itu tidak ada peserta yang baru dalam senarai tersebut. Maka, sempatlah tulis nama dan tarikh semalam 19 September 2025.


Geocache ketiga keseluruhan berada di air terjun sebelah Masjid Putra. Perlu turun ke bawah untuk sampai air terjun tersebut. Pagi ini air terjun tiada. Pencarian tetap diteruskan juga. Selepas jumpa, masih tersenarai yang ketiga juga pada Game Piece.


Lokasi ketiga ini adalah Chill by the water. Kesemua lokasi di keliling Dataran Putra telah dijelajahi petang semalam. Cuma semak lokasi tepat geocache setelah tiba sahaja menggunakan navigate.


Lokasi ke empat sebelah tempat naik bot sahaja. Berjalan terus sahaja hingga ke lokasi dekat dengan tangga. Game Piece diletak dalam skru. Halus sangat nak gulung balikpun payah. Senarai nama yang kedua dalam Game Piece.


Geocache yang keempat ini adalah Heart of Putrajaya. Bawah skru ini ada magnet untuk diletakkan semula kepada tempat asal. Pastilah tempat yang disimpan adalah bekas besi. Kemudian naik tangga ke Dataran semula. Bergerak ke dataran taman antara Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Putra. Ada pasar pagi pula ketika melalui kawasan tersebut.


Geocache yang kelima ini adalah Laman Perdana. Giliran nama yang kelima juga berjaya ditulis. Bekasnya adalah tutup botol yang turut diletak magnet. Makanya kenalah menggulung semula kertas tersebut.



Kedudukan Laman Perdana setelah berjaya log keluarlah ikon senyum tersebut. Usai letak kembali bergerak ke geocache yang keenam masih di kawasan yang sama sahaja.


Geocache Pertama


 Petang tadi berjaya mendapat satu geocache yang pertama di Putrajaya. Percubaan mencari tujuh geocache di sekitar Putrajaya sekadar hendak mencuba. Sebenarnya agar sukar juga kerana lokasinya di Taman Awam yang sentiasa dikelilingi orang ramai. Pastilah geocache tersebut disembunyikan bagi mengelakkan diambil orang.


Geocache yang dijumpai itu adalah percubaan yang terakhir. Lokasi dekat tangga agak tersorok sedikit. Maka, mudahlah ia dicari memandangkan jarang orang berada di kawasan ini. Aplikasi Geocaching ini mempunyai fungsi Navigate. Perlu aktifkan GPS terlebih dahulu agar ia dapat berfungsi dengan baik. Sebelum itu pilihlah lokasi yang ingin dicari ikon kotak hijau itu. Kemudian tekan pula tajuk sesuatu lokasi itu.Selepas tekan pasti keluar butang Navigate. Ia akan bawa kita ke tempat geocache itu.


Saya berjaya jumpa akan tekan  Log Cache dan keluarlah ikon Smile di atas peta. Jika dah sampai tetapi masih tak jumpa boleh tekan butang Hint bagi mendapat klu seterusnya. Tak pasti lagi boleh baca Past Logs. Ruangan chat tersebut mungkin geocacher sebelum ini mungkin akan kongsi gambar tersebut. Jangan lupa ambil gambar sebagai bukti telah berjaya menemui geocache tersebut.


Geocache yang dijumpai dalam botol pati ayam. Kertas dimasukkan dalam plastik kedap udara bagi mengelakkan basah. Semasa buka botol tersebut pun sudah basah sedikit. Ada air telah masuk. Perlulah tulis nama dan tarikh sebagai bukti telah menjumpai geocache ini. Lupa hendak bawa pen. Hari lain terpaksalah pergi kembali untuk menulis nama dan tarikh.


Perlulah muat turun aplikasi Geocaching daripada Play Store terlebih dahulu. Setelah muat turun barulah aktiviti geocaching boleh dijalankan berdasarkan tempat yang telah dipinkan iaitu kotak hijau.

Selamat Mencuba!
Jumpa dan jumpa lagi
73, jojet de 9w2dya

Tasik Jentayu

  Pagi hari minggu aktiviti mengukur jarak tasik diteruskan lagi. Pada kali ini, giliran Tasik Jentayu yang terletak di Bandar Enstek, Nilai...