Stesen Angkasa lepas (ISS) mempunyai stesen radio amaturnya sendiri callsign kini RS0ISS. Kita juga mempunyai angkasawan negara yang pernah menjejak kakinya di sini iaitu 9W2MUS. Beliau pernah QSO dengan pelajar -pelajar di Planetarium suatu masa dahulu yang dipantau oleh 9M2SS. Jadi ilmu radio amatur tidak terbatas qso didaratan sahaja malah kita boleh berhubung melalui satelit. Hari ini satelit ARISSat-1 telah dilancarkan di ISS pada awal Ogos yang lalu. Kesempatan ini perlu diambil kerana pihak AMSAT sedang menunggu laporan uji pancar satelit ini untuk mengetahui sejauh mana prestasinya. Pihak AMSAT akan memberi sijil digital kepada rakan-rakan yang melaporkan penerimaan satelit ini. Sila emailkan audio report anda ke secretword@arissat1.org . Selain audio anda juga boleh melaporkan imej SSTV, telemetry data dan BPSK telemetry. Bagi rakan yang ingin mempelajari tentang SSTV kita ada rakan yang mahir tentang ini iaitu 9W2KEY yang sangat aktif dalam komunikasi satelit ini. Boleh lawati blog beliau http://9w2key.blogspot.com/
Bagi mereka yang hendak menjejaki ISS ini aku hanya merujuk kepada http://www.issfanclub.com/ . Ini kerana segala maklumat tentang pergerakan dan xtvt angkasawan dilaporkan diweb ini. Terdapat imej ISS dipeta dunia menunjukkan kedudukannya terkini. Kita juga boleh mengetahui waktu jangkaan ISS melalui ruang angkasa Malaysia dengan mengklik di predict pass details bawah imej ISS position. Jadual kedudukan ISS akan ditunjukkan selepas klik. Kita juga boleh melaporkan penerimaan audio diruang-ruang add your report.Tetapi perlulah mendaftar dahulu sebelum melakukan sebarang xtvt. Frekuensi ARISSat-1/KEDR adalah 145.950MHz manakala frekuensi ISS 145.800MHz. Aku monitor guna handy sahaja boleh terima 48 kadangkala 37, tetapi jika guna rig dengan bantuan antena base rasanya audio boleh terima 59. Jika anda sudah dapat terima audio bolehlah terus email ke AMSAT untuk menuntut sijil yang dijanjikan. Aku tengah menunggu maklum balas dari AMSAT jikalau audio report aku itu boleh layak mendapat sijil itu hihi. Itu seronoknya hobi ini kerana banyak award atau apa-apa sijil diberikan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setakat ini tiada apa-apa award diperolehi sejak mendapat lesen sejak tahun 2009. Apa yang penting semangat untuk terus belajar dan belajar lagi. Semoga berjaya rakan-rakan menjejak ISS ini hihi.
73, Jojet, 9W2DYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belon Ozonesonde Gaya Baru
Credit 9W2OCX Belon ozon KLIA telah jatuh pada hari khamis yang lalu telah berjaya ditemui pagi tadi di Nilai. Belon ini disedari oleh Zah...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
terima kasih kerana promote blog saya... 9w2key 73's
ReplyDeleteno hal punya hihi
ReplyDelete