Majlis Mega Eyeball Perdana Ham Radio Seluruh Negara Sempena

Anda dijemput menghadiri Majlis Mega Eyeball Perdana Ham Radio Seluruh


Negara Sempena Menyambut Tahun Baru 2012 diadakan di :



Alamat: Clubhouse PD,Melaka Banggalow Lot 2730,Bt 9, Jalan Pantai, Port

Dickson

GPS Lat-Log: 02.26.46N 101.51.49E



makanan minuman ringan, penginapan tapak khemah /campbag disediakan,

Aktiviti:-



* DX'ing HF Radio

* Eyeball Lama Tak jumpa (rakan2 ham dari negeri sempadan negeri

sembilan, Klang valley+Melaka+Johor+Pahang+Perak dan lain-lain negeri

dijemput)

* Rancangan Idea2 terbaru bertukar-tukar fikiran menyahut Tahun 2012

* aktiviti berjalan 12 jam 8 malam ~ 8 pagi on HF, boleh mendengar

dan mengucapkan Happy New Year Seluruh Dunia

* Detik jam 12.00 malam CountDown di Radio, permainan bunga api

keudara

* Station Callsign 9M2PD

* Tak mengira apa-apa kelab radio dan persatuan semua dijemput

* Rakan-rakan pengakap yang mempunyai lesen radio juga dijemput

* dan bermacam-macam acara lagi ;

Simplex: 145-550Mhz



Sila call ;



9w2sq=012-3091295

9w2pd=019-6540011

9M2TG

2012 NEW YEAR MINI DXPEDITION, PAKA, 9M2TG


Perkarangan Dewan Serbaguna,
Perumahan TNB Paka, Terengganu. 23100
Malaysia


9M2TG is a special event callsign of 2012 New Year Mini DXpedition - Paka, Terengganu, West Malaysia. 9M2TG will be on air from Friday, December 30rd, 1600hrs UTC till Saturday, December 31st 2011, 1600hrs UTC from Paka, Terengganu, West Malaysia (N 04 36.010' E103 26.004') on 40 meter, 20 meter, 17 meter, 15 meter and 10 meter. Any amateur who has participated in a Field Day-like operating event knows how all-encompassing the experience can be with respect to emergency preparedness. Any enquiry please email 9m2bal@gmail.com. Event website - https://www.facebook.com/events/294287540615795/.
 Hope to hear you on the band. Thank you.





Tahniah atas penganjurannya. Semoga berjaya. Akhirnya ada juga special event untuk sambut tahun baru 2012. Tahniah 9M2BAL atas daya usaha mengadakan mini dxpedition ini. Harap 9M2TG ada tersenarai dalam Current Hot Callsigns @ QRZ. Payah benar lihat callsign dari Malaysia terpampang dalam list yang diupdate setiap 15 minit. Mungkin ada callsign dari Malaysia mungkin aku tidak diketemukan ketika itu. Sekali lagi ucapan penghargaan kepada pihak penganjur yang terlibat pasti 9M2TG menjadi buruan dxer seluruh dunia. Selamat DXing.



73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

Ambang 2012

Apakah xtvt kita untuk ambang 2012? Dengar cerita astra tengah nak buat Mega Eyeball di Dewan Bandar Kinrara Puchong. Bayaran RM20 per pax kalau bawa family RM30. Maklumat lanjut monitor dijalur 9M4RBC rakan boleh membantu menjawab persoalan tentang xtvt yang akan diadakan nanti.

Lagi satu aku dengar di Port Dickson nanti ada dxing cuba contact Rizal 9W2KNZ dia yang maklumkan kepada aku.

Ok selamat Tahun Baru 2012

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

TM100SP



TM100SP (like South Pole) is a Special Event Station to commemorate the 100th anniversary of Roald AMUNDSEN journey to become the 1st explorer to reach the South Pole.


It was December 14, 1911.



Picture credit :Andreas Bloch, utgiver: Mittet & Co. / eier: Nasjonalbiblioteket, bldsa_NBRA0107


TM100SP activity will be: 10,11, 14, 15, 16, 17, 18, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31December 2011,
mostly in phone from my home Qth of Mâcon in the east part of France.

Reference for WAP programm is : TM100SP = WAP 225
Special commemorative QSL is OK via my home call F8DVD either via buro or direct with SEA + 2 USD or 1 IRC.



Hope to have a contact togather !

Best 73's - See you on air !
François
F8DVD - TM100SP
a.pole@laposte.net

http://www.qrz.com/db/?hot=1&callsign=TM100SP

http://9w2dya.blogspot.com/

EM0RSE

HQ station of the Morse club UCWC Samuel Morse Fest 2011, EM0RSE


December 1-30, 2011

P.O. Box 28, 14000, Chernigov,

Ukraine

"MORSE-220" Anniversary Award


The International Radiotelegraphy MORSE Club UCWC, Ukrainian radioportal.

"MORSE-220" Anniversary Award may be claimed by any licensed radio amateur (DMS/SWL) who can produce evidence of having contacted Anniversary EM0RSE radio station from 1st till 31st of December, 2011:

- for Ukraine - 3 QSO in any 3 current calendar days of December, 2011
(dupes are allowed each next day, as well as in various modes);
- for other countries - 1 QSO.
Awards are issued in two variants:

1. Free of charge in electronic version;
2. Full colour, laminated in printed form. It will be sent by registered mail (recommande) to the E-mail address of the applicant.
Payment of post expenses for receiving a paper laminated "MORSE-220" Award:
- for Ukraine - 15 grivnas.
- for other countries - an equivalent of 5 USD.
Application and postage are to be send to the award manager:
- for electronic version - uz1rr@mail.ru
- for paper, colour, laminated award - Vladimir A. Stepanenko,
P.O. box 28, Chernihiv, 14000, Ukraine.
ATTENTION!
Applications to paper, laminated award must be sent to address of award manager ONLY by registered mail (RECOMMANDE).

http://www.qrz.com/db/?hot=1&callsign=EM0RSE

http://9w2dya.blogspot.com/

Berita terkini kenderaan bergerak perlahan Highway PLUS

Jam 12.06 tengahari aku lihat dari base kenderaan bergerak perlahan 2km arah selatan sebelum exit Putra Mahkota. Ramai orang ingn pulang ke kampung atau bercuti 3 hari sempena krismas. Berhati-hati mobile WX mendung mungkin jalan licin. Kesesakan ini dijangka hingga ke  exit Senawang. Boleh alternatif ikut Lekas highway melalui Bangi lama ke exit Semenyih.

Keluar exit Putra Mahkota anda akan jumpa simpang empat dan terus akan lihat stesen petronas sebelah kiri. Anda terus melalui jambatan sempit menyeberang lintasan keretapi. Jalan kurang baik akibat berlakunya pembinaan jalan dan jambatan. Melintasi sungai semenyih anda belok ke kanan dan jumpa simpang lagi anda belok ke kanan sekali lagi. Ini adalah jalan bangi ke semenyih dan teruskan perjalanan sehingga berjumpa exit semenyih dan belok ke kiri hingga jumpa plaza tol. Teruskan perjalanan ke selatan arah ke seremban. Selamat bermobile berhati-hati dijalan raya. Ikut had laju kebangsaan bukannya had laju kebanggaan.  Selamat bercuti. jumpa-jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

Bersalaman diudara bersama 9W2HBY

Hari ini Jumaat 23 Disember aku bersama xyl pergi ke Alamanda, Putrajaya. Sewaktu hendak keluar parking aku terlihat jelopi mazda putih yang berantena serta bercallsign dibelakangnnya. Tertera 9W2HBY simplex 145.250MHz. Berada sebelum pagar untuk keluar aku cubalah memanggilnya menyebut callsignnya. Rupanya ada respon oleh beliau. Menurut  senarai SKMM pemegang callsign 9W2HBY dimiliki oleh Md Hanafiah B. M Md Yunus. Ketika beliau hendak mencucuk tiket parking dipagar sempat beliau mengangkat tangan kepada aku dan membalasnya. Aku lihat beliau keluar pintu barangkali sukar untuk mencucuk tiket membolehkan mengangkat tangan. Sebelum itu aku beritahu kepadanya bahawa aku berada dibelakang jelopinya. Bila keluar dari parking WX hujan lebat. Jika tidak hujan pasti aku suruh dia menunggu aku ditepi jalan untuk bersalaman di daratan.  Ada kesempatan bolehlah berjumpa lagi. Menurut beliau ingin terus ke Bangsar manakala aku pula ingin terus ke Bangi. Tidak salah aku beliau bercuti di kawasan tengah ini dan portable di Bangi. Beliau berasal dari pantai timur mungkin cuti hujung minggu yang panjang ini bercuti atau ada urusan lain tidak pasti. Ada satu stesen lagi bersama beliau lupa callsign iaitu kakaknya tidak salah akulah. Jumpa jumpa lagi, salam keluarga untuk keluarga.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

T8CW

I will operate between December 23, 2011 and January 8, 2012.
This time I operate mainly digital mode like RTTY, PSK31, and JT65A.
QSL manager is JH0IXE
Please send to JA QSL bureau.
If you need direct. Please send it to the following address
Ryosei Aimiya
4595-41 Kamikatagiri, Matsukawa , Shimoina,
Nagano 399-3301,
JAPAN
http://jh0ixe.idou.net/t8cw/
http://www.qrz.com/db/?hot=1&callsign=T8CW

http://9w2dya.blogspot.com/

V31NB

I have little to no internet,

When the power trips out, be patient I will be back on air when power has returned.
I will be QRV from the V31MD shack from the 16th of December until the 27th of December.
Locator EK56MM.
I will operate on 8 bands SSB, and will try to work RTTY in second week on 30m.
I am looking forward to the pileups.
Frequencies i will try to use
28400 24940 21400 18140 14240 5 band 2 element quad, 500w.
7140 3790 HF2V vertical 500w.
1842.0Mhz 100w and Dipole. The best time to find me is 2.30Z - 0300Z
Please only send cards to EB7DX as David will have new cards ready for sending out.
http://www.clublog.org/logsearch/V31NB
I will upload my log as many times as I can,
Last uploaded 20th 0700z.
Catch you on the air, Norman
http://www.qrz.com/db/?hot=1&callsign=V31NB

http://9w2dya.blogspot.com/

Bercuti di Pulau Pangkor

Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota yang kesesakan jalan raya berlaku di jalan duta sebelum masuk ke PLUS. Singgah di restoran jejambat sungai buloh untuk makan dan solat asar dan ketika ini hujan lebat. Meneruskan perjalanan hujan turun di beberapa tempat menyebabkan aku memandu dengan lebih berhati-hati lagi. Seterusnya berhenti di R&R Tapah sebelum keluar melalui Gopeng. Mengikut jalan menghala ke Lumut melalui Tronoh dan Seri Iskandar selama hampir 2 jam. Tiba di Lumut mencaari tempat penginapan untuk bermalam akhir dapat bilik di Lumut Villa Inn Hotel.

Hari kedua 15 Disember bermula perjalanan ke Pulau Pangkor. Perkara pertama dalam fikiran adalah  tempat letak kereta. Jadi aku lihat banyak kereta diletakkan di padang sebuah sekolah maka bertanya kepada pengawal keselamatan itu lalu menjawab boleh meletak kereta dengan sumbangan ikhlas  kepada PIBG sebanyak RM10 sehari. Maka aku menyumbang sebanyak RM20 untuk 2 hari. Selepas itu terus ke jeti membeli tiket feri untuk ke Pangkor. Tambang dua hala seorang adalah sebanyak RM10. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Waktu ini kelihatan ramai orang ke Pangkor maka feripun penuh. Tiba di jeti Pangkor aku terus mengambil teksi yang merupakan sebuah van yang berwarna merah jambu. Destinasi kami adalah Teluk Nipah jarak perjalanan sejauh 6KM dan tambang sebanyak RM15.

Tiba di Teluk Nipah pemandu teksi membawa terus ke tempat penginapan cadangannya. Sebelum itu aku ingin ke Havana, tetapi menurut beliau tempat itu telah bankrap dan tutup. Sampai di Teluk Nipah aku lihat tempat yang pernah aku berkhemah sewaktu pendidikan Luar pada tahun 2005 lalu telah menjadi tinggalan kenangan sahaja. Mungkin pembangunan baru dalam perancangan kerajaan. Kami memilih Palma Beach Resort selama 2 malam. Penginapan chalet dua tingkat ini selesa dan menyediakan kemudahan seperti hotel. Kelihatan ramai juga pelancong dalam dan luar negara di sini.


Penginapan di Palma Beach Resort Teluk Nipah Pangkor

Selepas berehat aku dan xyl berjalan melihat sekitar Teluk Nipah. Banyak perubahan yang aku lihat di sini seperti deretan kedai-kedai dan juga ada menara Teluk Nipah. Kedai yang tersusun rapi dan mempunyai pelbagai warna yang menarik. Bangku rehat dan pelantar pemandangan menarik pelancong untuk menikmati deruan angin serta ombak. Pantai kelihatan semakin bersih dan bertambah cantik. Pengusaha sukan air mempamerkan  gambar-gambar menarik untuk memikat pelancong menggunakan perkhidmatan yang mereka sediakan seperti menaiki bot mengelilingi pulau dan teluk, jetski, banana boat, kayak dan snorkling.

Seterusnya aku mengambil teksi ke pantai Pasir Bongak. Berjalan-jalan untuk melihat apa-apa yang menarik. Sini hanya ada kawasan pantai yang mempunyai tempat penginapan  persendirian. Kami berehat untuk menikmati laksa di sebuah gerai di sini. Semasa makan aku terpandang antena rakan  yang terletak di rumah flat. Munkin berdekatan dengan Pusat Ko-kurikulum Jabatan Pelajaran Perak. Aku pernah ke sini suatu program Bina Insan Guru pada 2005. Setahu aku ramai jurulatih pusat Ko mempunyai callsign. Aku cuba memanggil di V40 tetapi tidak kedengaran sebarang feedback.
Menurut blog 9W2NIM antena ini merupakan paling tinggi dipasang oleh 9W2FTB dengan ketinggian 70 meter dari aras laut.


gambar dari man9w2nim.blogspot.com
 Selepas puas bersiar-siar xyl mengajak pulang ke Teluk Nipah kerana ingin mandi laut. Kami bergerak terus ke tempat penginapan. Pada petang itu ombak agak tinggi dan seronok berenang dalam cuaca yang agak panas. Pada waktu ini air pasang hingga ke tepi tembok dan mencecah pokok-pokok. Selepas puaas mandi laut terus pulang ke bilik dan bersiap sedia untuk makan malam. Pemandangan malam tidak kurang hebatnya. Cahaya-cahaya lampu menerangi sepanjang kedai-kedai di tepi pantai. Kami makan ikan bakar di salah satu kedai di sini iaitu ikan gerud-gerud memang sedap dibakar.

Hari ketiga 16 Disember 2011, kami merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti air. Snorkling adalah aktiviti yang paling sesuai disebelah pagi. Selepas memakai BA dan gogle aku dan xyl dibawa oleh boatman terus ke Pulau Giam berhadapan dengan teluk Nipah. Bot memacu laju terus ke sana dalam beberapa minit sahaja. Tiba di Pulau Giam boatman memberi makan ikan-ikan untuk kami melihatnya. Selepas membuat janji jam berapa aktiviti kami ini habis terus turun ke pantai untuk memulakan aktiviti.


Snorkling di Pulau Giam
 Selepas mengetatkan topeng dan cuba merendamkannya dan air tidak masuk barulah kami menyelam melihat ikan-ikan berenang-renang. Membuat water confidance terlebih dahulu bagi menyesuaikan kaeadaan diri dan BA dapat berfungsi dengan baik. Apabila semua dalam keadaan baik kami menyelam dan melihat ikan-ikan berenang-renang. keadaan banyak berubah di sini. Aku dapat melihat banyak batu karang telah musnah dan juga ikan semakin sedikit. Semasa Pendidikan luar 2005 aku dapati tempat ini amat cantik. Tapi kini banyak batu karang telah pupus. Oleh itu, pihak berwajib harus mengambil tindakan bagi memulihara dan memelihara khazanah alam untuk diwarisi generasi akan datang. Semakin jauh ke depan aku lihat terdapat beberapa kelompok batu karang masih bertahan. Ikan-ikan lebih suka berlindung disebaliknya untuk berlindung dan mencari makanannya. Hampir 3 jam kami melakukan aktiviti yang seronok ini. Pengunjung semakin bertambah menyebabkan pulau ini bertambah meriah dengan pelbagai gelagat melakukan aktiviti ini. Jika anda lapar atau dahaga terdapat gerai burger menjual pelbagai makanan dan minuman. Selepas tamat tempoh seperti yang dijanjikan boatman datang mengambil kami untuk pulang ke Teluk Nipah semula.


Sebelah petang pula, kami melakukan aktivit kayak. Aku memberitahu xyl bahawa aktiviti ini selamat dan menyeronokkan. Aku memberitahunya jika kita terbalik BA yang dipakai akan mengapungkan di dalam laut seperti membuat aktiviti snorkling tadi. Lagipun aku sememangnya berpengalaman dalam mengendalikan kayak dan tahu hendak membuat apa jika berlaku sesuatu kerana aku telah pelajari semasa Pendidikan luar dan juga semasa aktif  kegiatan rekreasi di universiti dahulu.


Apabila telah berkayuh, xyl aku berasa takut melihatkan ombak agak tinggi dengan deruan angin yang agak kuat. WX pada sebelah petang itu mendung sahaja menyebabkan angin agak kuat. Aku meyakinkan bahawa kita pasti akan selamat. Destinasi kami adalah pulau Giam dihadapan. Akupun mengajarnya teknik untuk memegang paddle yang betul serta meletaknya jika penat dan aku terus mengayuh hingga ke pulau ini. Perjalanan mengambil masa 15 minit sahaja terus ke pantai di pulau giam. Kami berenang dan berehat di pantai itu. Ramai pelancong turut berada bermandi-manda di situ. Aku melihat dilangit dan awan mendung menyebabkan aku mengambil keputusan untuk pulang ke Teluk Nipah. Kami bersiap sedia mengayuh terus berpandukan Menara Teluk Nipah. Perjalanan lancar walaupun ombak agak besar dan angin menderu. Selepas tiba di pantai Teluk Nipah berehat sebentar untuk aktiviti seterusnya iaitu mengelilingi pulau.


Kami menaiki bot ke tempat-tempat menarik yang dibawa oleh boatman yang berpengalaman. Destinasi pertama dari pantai Teluk Nipah ialah monkey bay. Menurut jurupandu kami tempat ini mendapat nama kerana banyak monyet berkeliaran di sini. Pelancong dari Taiwan selalunya makan tengahari dan berkelah melalui pakej yang disediakan oleh resort di Pangkor Laut.


Selepas itu kami ke Pulau Mentagor melihat batu yang berbentuk ikan paus. Manakala di hadapan sedikit terdapat jeti yang dimiliki oleh Maritim Malaysia. Kemudian beliau menunjuk ke arah teluk yang merupakan kawasan baru untuk batu karang. Usaha yang dilakukan oleh pengusaha pelancong ini untuk memastikan kesinambungan batu karang akan terus kekal haruslah dihargai. Mereka tidak mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi mempunyai tanggungjawab bagi memelihara dan memulihara keindahan semulajadi. Kawasan ini akan dibuka apabila batu karang dan ikan-ikan ini telah mencapai kematangan.

Seterus kami ke Pulau Giam semula tempat snorkling pagi tadi. Boatman memberi ikan makan tetapi tidak kelihatan seekorpun. Seterusnya ke arah paling hadapan menghadap Selat Melaka beliau menunjukkan batu berbentuk kepala buaya dan disebaliknya pula berbetuk  penyu. Perjalanan diteruskan ke Teluk Man yang mempunyai pantai yang memutih serta air yang kehijauan. Tempat ini dahulu diusahakan oleh Man. Ramai pelajar sekolah selalu mengadakan aktiviti perkhemahan. Rasanya ini tempat aku dicampakkan semasa aktiviti survival.

Selepas itu kami melihat beberapa pemancing sedang mencuba nasib memancing sotong di atas batu. Apa yang uniknya terdapat dua batang pokok seolah-olah berpasangan. Mereka menggelarkan pokok love.




Tiba di Coral beach kelihatan ramai pengunjung bermandi-manda.  Ada tapak perkhemahan dan juga chalet yang paling berdekatan dengan laut. Sebuah restoran western food juga ada di sini. Kami seterusnya ke pantai pulau Giam semula untuk mandi-manda. Puas untuk aktiviti sehari di Teluk Nipah dan sekelilingnya kamipun pulang untuk bersiap makan malam.

Jalur yang aku dapat RX semasa di Pangkor ini adalah 146.750MHz, 147.675MHz, 147.925MHz dan 147.712MHz.

Hari keempat 17 Disember 2011 selepas check out terus ke Pekan Pangkor untuk membeli ole-ole makanan laut. Tetapi sebelum itu, perut perlu diisi terlebih dahulu. Menaiki feri ke Lumut dalam 40 minit memandangkan hujung minggu pelancong sememangnya bertambah ramai. Tiba di Lumut terus ke jelopi menyimpan beg dan aktiviti selanjutnya pula membeli t-shirt kenang-kenangan.

Destinasi kami seterusnya adalah ke Teluk Batik. Tiba di sini kelihatan pantai ini dipenuhi ramai orang bermandi-manda dan juga aktiviti sukan air seperti banana boat. Kemudian bersiar-siar di gerai jualan cenderahati. Kemudian aku mencari-cari tempat penginapan bermalam kerana di Teluk Batik full house. Aku melalui ke Outward Bound Malaysia Lumut dan berpatah balik. Cantik juga OBS ini tetapi awas anda sedang diperhatikan oleh CCTV.



Kemudian kami ke Marina Island Resort Pangkor di Teluk Muroh berdekatan dengan TLDM. Pembangunan pulau baru menempat pelbagai kemudahan seperti marina, jeti ke Pangkor, hotel dan kawasan perniagaan. Terdapat sebuat apartment hotel iaitu Best Western. Sekali lagi kami bernasib baik bahawa terdapat bilik yang kosong. Kamipun menginap di bilik studio kerana kami berdua sahaja. Bilik di tingkat 4 berhadapan dengan marina dan juga kelihatan Pulau Pangkor. Aktiviti petang itu adalah mandi di kolam renang yang tidak berapa besar. Berhadapan dengan hotel kelihatan lagoon yang berpantai. Aktiviti sebelah malam kami keluar mencari makan di kedai ikan bakar berhampiran di Teluk Muroh.

Hari kelima 18 Disember 2011 selepas bersarapan kami berjalan ke jetty point. Masa bersarapan tetamu sangatlah ramai menyebabkan makanan cepat habis. Sepatutnya pihak pengurusan hotel perlulah peka dengan keadaan ini memandang hujung minggu di musim cuti sekolah. Selain itu tempatnya sempit dan tidak dapat menampung tetamu yang ramai untuk menikmati hidangan dalam keadaan selesa. Nasib baik staff yang baik dapat melayan kerenah para tetamu dengan baik sekali.



Kami melihat deretan bot atau kapal layar persendirian di marina. Kemudian berjalan ke jetty point untuk melihat kemudahan yang ada. Feri ke Pangkor mengambil masa 10 minit sahaja dan tambang RM10 dua hala seorang. Tempat letak kereta sehari RM5 sahaja  kemudahan lain seperti tandas dan pusat perniagaan dan restoran makan dan minuman. Selepas ini jika ingin berkunjung ke Pangkor lebih baik naik dari Marina Islands kerana lebih dekat dan tempat kereta telah tersedia dan murah. Selepas check out perjalanan aku ke Teluk Intan kerana xyl ingin mengimbau kenangan semasa zaman persekolahannya. Dapat juga melihat Menara Condong Teluk Intan selepas itu pekena mee rebus Abdullah dekat the store.

Perjalanan ke Sungai Klah melalui Bidor dari Teluk Intan.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

FELDA M.T.B FUNRIDE 2011



Ketika perjalanan dari Teluk Intan ke Sungai Klah aku terlihat banyak jelopi membawa montainbike di atas mahupun disangkut di belakang. Aku tertanya-tanya mesti ada jamboree atau perlumbaan. Ternyata benar rupanya ada FELDA MTB Funride 2011 bertempat di Sg Klah Hotspring, Sungkai merupakan tempat yang aku ingin tujui selepas bercuti di Pulau Pangkor.

Aku hanya berselisih jelopi dengan para  peserta yang kelihatan ingin pulang ke destinasi masing-masing. Aku tiba lewat hampir pukul 3 petang acara sudahpun tamat. Sampai di tempat letak kereta kelihatan kereta penuh terdapat juga jelopi rakan yang bercallsign lupa lak callsign dia kalau tak boleh tulis di sini.

Aku bersama xyl terus ke Felda Residence Hotsprings untuk check-in dan nasib menyebelahi kami kerana masih terdapat bilik yang kosong. Aku memeriksa bilik itu dan didapati terdapat dua biji mentol yang terbakar dan tidak menyala. Aku keluar ke reception untuk mengadukan tentang hal ini kepada front desk. Aku menunggu agak lama mentol itu untuk ditukar. Apabila mengadu hal ini sekali lagi masih belum ditukar juga sehinggalah petugas yang ditugaskan datang menggantikannya. Selepas itu, barulah aku masuk menyimpan barang ke dalam bilik.

Selepas itu, aku dan xyl terus ke taman air panas untuk melihat tempat-tempat menarik. Kelihatan ramai pengunjung datang untuk beriadah bersama keluarga. Menariknya di sini kita boleh mandi air yang sejuk atau air yang panas. Pilihan ditangan anda untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Menurut papan kenyataan, pengunjung dinasihatkan berendam di air panas tidak lebih dari 30 minit dalam satu masa. Pengunjung yang mempunyai penyakit kronik tidak dibenarkan menggunakan kolam air panas. Terdapat kolam air panas yang besar dan juga deruan air terjun mini .

Selain itu, terdapat juga kolam air sejuk yang pasti menjadi tumpuan ramai terutama kanak-kanak. Aku dan xyl lebih berminat untuk berendam di kolam kecil suhunya tidak terlalu panas. Ramai juga pengunjung berendam kaki sahaja dan juga boleh berjalan dilaluan refleksologi.

Selepas puas beremdam perut terasa lapar pula. Aku dan xyl terus ke kiosk mencari apa-apa yang boleh mengalas perut. Kami melalui kawasan air panas dan tempat merebus telur. Kelihatan meriahnya suasana kolam air sejuk yang penuh dengan pengunjung. Sampai di kiosk aku pesan air dan roti john sahaja yang ada. Selepas menikmati xyl mengajak aku naik tram hingga ke pintu luar. Tiba di luar aku masuk semula dan melalui di titi kayu. Perjalanan ke dalam melalui titi kayu amat menarik. Punca-punca air panas telah dikonkrit membolehkan airnya bergerak dengan lebih lancar lagi. Asap keluar dicelah-celah batu dan dilaluan air itu. Papan amaran diletakan dikawasan punca air panas kerana suhunya tinggi sekali.

Seterusnya kami ke kolam besar air panas untuk menikmati suhunya. Berbanding kolam air sejuk di kolam air panas ini tidaklah terlalu ramai, tetapi masih ada pengunjung bermandi-manda di sini. Aku seronok bermandi di deruan air terjun mini di kolam ini. Biasanya kita mandi air terjun yang sangat sejuk tetapi di sini aku merasakan air yang panas menyegarkan badan juga.

Pada malamnya kami tidak mahu keluar memandangkan kawasan ini jauh ke dalam jaraknya. Jadi kami makan malam di coffee house sahaja. Suasana malam disini juga menarik dengan lampu-lampu menyinari beberapa sudut di pokok-pokok kelapa sawit. Kedengaran kemeriahan di taman air panas membukti terdapat masih ramai pengunjung lagi  kerana waktu cuti sekolah ditutup hingga jam 9 malam.

Keesokkan harinya 19 Disember 2011 selepas bersarapan aku dan xyl ke taman semula. Kali ini kami hanya untuk berendam kaki sahaja. Kami mengambil gambar kenangan di tempat-tempat menarik. Taman ini juga merupakan satu tempat untuk mengenali beberapa tanaman herba, hutan dan bunga-bungaan. Banyak pengetahuan dan pengalaman dapat diperolehi apabila pihak pengurusan melabelkan setiap pokok yang ditanam. Antara pokok yang ditanam, tongkat ali, kacip fatimah, temulawak, serai dan beberapa spesies lagi.

Aku dan xyl terus ke kolam rendaman suhu 42 hingga 50 darjah selsius. Suhunya boleh tahan panas tetapi rasa lega apabila kaki direndamkan ke dalam kolam itu. Di situ juga merupakan tempat merebus telur. 7 minit diambil untuk merebus telur yang masak. Terdapat gerai di situ menjual telur ayam untuk aktiviti merebus ini. 5 biji berharga RM2 sahaja.

Selepas puas berendam kaki, kami pulang semula ke villa sebelum check-out jam 12 tengahari. Badan terasa letih kerana banyak peluh keluar semasa aktiviti rendam ini. Rasa sihat dan segar serta mententeramkan perasaan bila telah melukakan aktiviti rendaman ini. Tapi perlu diingat air yang hilang perlu diganti semula dengan meminum air sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi dalam badan.

Selepas check out, kami pulang ke base melalui tol Sungkai. Di sini aku hanya dapat monitor 147.987MHz sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

Program Gerhana Bulan Penuh

Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penuh ini, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menjemput orang ramai untuk bersama-sama menyertai Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh ini. Maklumat berkenaan program adalah seperti berikut:


Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 7:30 malam hingga 1:00 pagi
Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur

Pihak penganjur dengan kerjasama Persatuan Astronomi akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.

Eclipse Mints akan diberikan kepada 1000 orang pengunjung terawal, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..

Kaca Mata 3D akan diberikan kepada 500 orang pengunjung terawal dan teleskop akan diberikan kepada 5 kumpulan pemenang Space Hunt yang terbaik, sumbangan daripada Starfield Instruments Supply.

Aturcara program adalah seperti berikut:
7:30 malam Pendaftaran
7:30 malam – 1:00 pagi Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari
Taklimat Gerhana
Kuiz Astronomi
8:30 malam – 9:30 malam Space Hunt
1:00 pagi Bersurai

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini sila hubungi Planetarium Negara:
Tel: 03-2273 4301 / 4303 / 5484
Emel: lau@angkasa.gov.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya (Ms. Lau) ; asmidarz@angkasa.gov.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya (Ms. Asmidar)


Fasa Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37

Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11

Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29

Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36

End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45

Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04

Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Sumber Rujukan: Live Streaming Gerhana Bulan Penuh Dari Planetarium Negara
Anastasyea Blog


Program Gerhana Bulan Penuh di Planetarium Negara telah berlangsung pada 10 Disember 2011 sempena dengan fenomena alam gerhana penuh kali kedua buat tahun ini. Aku berkesempatan bersama XYL untuk menghadiri program ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat sekeliling. Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak Planetarium di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) seperti Space treasure, taklimat  gerhana, pencerapan gerhana dan pencerapan planet Musytari, pameran di galeri dan tapak program serta lucky star yang menyediakan hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Tiba aku ke sana terus melihat masuk ke dalam galeri pameran yang dibuka sehingga 1.00 pagi sempena program ini. Pelbagai pameran berkaitan dengan astronomi dan sains dipamerkan dengan cara persembahan yang menarik. Paling menarik dan terbaru tentulah pameran tentang kejayaan angkasawan negara 9W2MUS turut dipamerkan. Replika stesen angkasa antarabangsa dipamerkan serta tayangan video tentang pelbagai peristiwa dan detik bersejarah boleh ditonton disini. Ini semua memberi aspirasi kepada generasi muda untuk mencipta impian serta berminat kepada ilmu astronomi serta sains dan teknologi.

Aku serta xyl juga ingin melihat persekitaran Kuala Lumpur dengan menaiki lif ke Galeri Pemandangan. Pemandangan 360 darjah kelihatan amat menarik serta memberi sudut pandangan berbeza dengan ketinggian 106.50 meter atau 349 kaki dari aras laut. Kesempatan ini juga aku cuba memanggil mana-mana rakan jika dapat mencapai audio aku yang menggunakan handy dari menara ini jam 6 petang. Kedengaran audio Pak Wan 9W2WAM QTH Batu Caves sedang QSO bersama rakan sedang mobile Cikgu Sey 9W2SEY. Malangnya audio 9W2SEY tidak kedengaran. Hanya audio Pak Wan dapat dicopy 5 9 dan aku cuba masuk untuk bergabung dan ada respond dari Pak Wan. Akhirnya dapat juga dengan Pak Wan diudara setelah bersalaman setahun lalu didaratan di Bukit Mahkota/ Bandar Seri Putra.

WX pada petang itu baik tetapi kelihatan tompok-tompok awam beberapa tempat. Ini merisaukan aku jika pada malam ini gerhana bulan ini tidak dapat dilihat. Senja melabuh kelihatan satu titik planet yang jelas kelihatan di langit merupakan planet Musytari. Pengunjung semakin ramai datang selepas maghrib. Pihak-pihak yang terlibat sedang sibuk menyediakan pealatan teleskop untuk mencerap bulan pada malam ini. Jam 7.30 malam pendaftaran dibuka kepada pengunjung untuk mendapatkan nombor lucky star dan beberapa cenderahati dari pihak penganjur dan penaja. Aku bersama xyl sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Kelihatan 9M2SS juga sibuk membantu di khemah pendaftaran.

Mengikut perkiraan gerhana bulan  bermula 7.31 malam. Pada masa ini bulan dilindungi dan tidak kelihatan lagi. 8.45 malam bulan memasuki umbra  pada masa ini bulan penuh kelihatan menerangi malam. Suasana di tangga planetarium meriah dengan orang ramai beratur untuk melihat bulan menggunakan teleskop yang disediakan. Kadangkala awan telah menutup pandangan bulan beralih pula mencerap planet musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem solar. Peluang ini harus diambil untuk melihat bagaimana rupa sebenar planet ini di angkasa. Bila dapat melihatnya memberi satu kepuasan pada diri tentang kebesaran Allah yang tiada tolok bandingnya. Fenomena bulan penuh ini juga memberi keinsafan tentang segala-segala dicipta oleh Nya adalah untuk memberi peringatan kepada manusia.

Bulan tidak kelihatan lagi akibat dilindungi awan. Sambil menunggu kemunculannya semula aku cuba memanggil pula di repeater Nesrac pada jam 8.50 malam. Kedengaran abg Rosdi 9W2RXX yang sedang bermobile di Kuala Pilah menuju ke Kuala Lumpur menyahut panggilan aku. Akupun memberi trafik WX di Kuala Lumpur yang baik tetapi berawan di san-sini.


Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
 Awan masih menutup pandangan, menurut perkiraan gerhana bulan  penuh sepenuhnya akan bermula jam 10.05 malam. Apabila awan telah membuka kelihatan bulan seolah-olah tidak kelihatan dan tidak seterang seperti sebelumnya. Ini telah menunjukkan gerhana bulan telah memasuki fasa seterusnya. Orang ramai sekali lagi mengambil kesempatan untuk melihat fenomena ini menggunakan teleskop yang ada. Aku dan xyl sanggup beratur sekali lagi untuk melihat gerhana bulan penuh yang sedang berlangsung ini. Semasa beratur ini juga awan telah menutup sekali lagi pandangan. Selepas itu ia masih lagi kelihatan dilangit dengan perubahan warna seakan-akan merah dan gelap. Awan berarak dan keadaan langit sangat baik membolehkan gerhana bulan penuh dapat dinikmati. Syukur pada Tuhan kerana memberi kesempatan kepada hambanya untuk melihat kebesarannya. 


Gerhana Bulan Penuh berakhir
 Gerhana bulan penuh habis sepenuhnya jam 10.31 malam. Perkiraan detik gerhana bulan penuh sepenuh berakhir diumumkan oleh pengacara. Menurut beliau selepas ini gerhana bulan penuh akan kembali semula seperti sediakala. Seronok dapat mengetahui detik-detik seperti ini. Pengalaman ini aku dan xyl tidak dapat melupakannya. Selepas detik itu kelihatan bahagian bulan semakin terang kembali tetapi memakan masa yang lama. Waktu inilah kita dapat mengetahui perbezaan amat jelas bulan berlakunya gerhana.

Selepas itu, aku dan xyl sekali lagi ingin mencerap planet Musytari sekali lagi. Kali ini tidak beratur panjang kerana pengunjung semakin ramai telah mula pulang. Kelihatan kali ini aku dapat melihat gelangnya dengan jelas serta 4 planet yang berhampiran. jika anda melihat dilangit ada satu bintang yang paling terang itulah planet musytari. Dulu aku ingat itu adalah satelit rupanya bukan.

Sebelum pulang, aku dan xyl sekali lagi ke galeri pemandangan untuk melihat Kuala Lumpur dilimpahi lampu-lampu neon. Sememangnya pemandangan amat cantik kelihatan bangunan dan kenderaan dilimpahi cahaya. Pada malam itu memberi satu kepuasan pada diri kerana dapat melihat kebesaranNya. Gerhana bulan penuh akan terjadi semula pada 2014. Ada umur panjang jika keizinan bolehlah kita melihatnya. Insyaallah.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

JUMA TRX2 SSB-CW transceiver

General


JUMA TRX2 is a high dynamic range transceiver for SSB and CW, using the quadrature sampling technique for demodulation and modulation with the low noise phasing method. JUMA TRX2 includes a DDS controlled VFO for a good frequency stability and signal purity. An internal microcontroller is controlling all functions of the transceiver.

JUMA TRX2 is available as a discrete kit with components and bare circuit boards. The enclosure is machined and printed. Only few coils need to be wound when constructing JUMA TRX2. A completely assembled transceiver and other building help is also available with the help of the JUMA community.

Additionally there are two models: The two band model TRX2 for 80m and 40m ham bands and the all ham band model TRX2A with a general coverage receiver. The two band model can be upgraded any time into the all band model by adding related modules. Several add on option modules are also available for both models.

Alternate display pages


RF power indicator

SWR indicator

Supply voltage indicator

Drain current indicator

Configurable features


AGC Slow/Fast

LPF corner frequency setting

Speech Processor ON/OFF

Mic connector, input level MIC/LINE

Keyer Dot priority/Iambic-A/Iambic-B/Straight

RS232 mode TRX2/Yaesu CAT/Test functions

Display brightness/contrast

Service/calibration mode


Reference oscillator software calibration

S-meter software scaling

FWD power meter software scaling

Acknowledge tones length setting

Reload factory settings

Features


The all band model has all ham bands, RX 100 kHz-30 MHz

The two band model frequency coverage is 2 MHz...8 MHz

Transmit modes LSB, USB, CW and tune

Output RF power 10 W

RF output, SWR, voltage and PA current displays in LCD

Built in keyer: Dot priority, Iambic A, Iambic B and straight modes

Good clickless CW keying with adaptive 'VOX' time

Three filters: Wide, Medium and Narrow with a good shape factor

The filters are user adjustable, see the diagram here.

Outstanding dynamic range and good sensitivity

Excellent AGC with slow and fast modes

Dual DDS controlled VFOs with a split TX/RX function

First-class optical VFO encoder with 480 steps per revolution

7 digit frequency display with 10Hz display resolution

Three selectable VFO tuning speeds Slow/Fast/Very Fast

VFO lock feature

RIT with it's own tuning knob

Graphical S-meter range S1...S9+40 dBm

Non volatile memory for VFOs, modes, settings and calibration

Firmware


The most recent software updates will be available and users can easily upgrade the firmware without any special tools with the build in flasher utility and a PC serial cable. The control software (firmware) is written in the C programming language. Source code will be available for experimenters.

Power supply

Nominal supply voltage 13.8 VDC (range 11 VDC...15 VDC)

Nominal supply current RX0.4 A, TX 2.5 A

Dimensions:

Width 182 mm, Height 60 mm, Depth 185 mm

Weight:

1.2 kg (all band model), 1.1 kg (two band model)



sources: http://www.nikkemedia.fi/juma-trx2/

http://9w2dya.blogspot.com/

LARIAN JOM! KITAR SEMULA 2011

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Larian Jom! Kitar Semula 2011 sempena sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2011.


Tarikh : 18 Disember 2011

Masa : 7.30pg – 12tgh

Lokasi : Laman 1 Malaysia,

Presint 2 Putrajaya

62574 Putrajaya.

Penyertaan : Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kategori : Murid Sekolah (Lelaki & Perempuan)

Remaja (Lelaki & Perempuan)

Dewasa (Lelaki & Wanita)

Veteran (Lelaki & Wanita)

Larian ini diadakan untuk menyemai budaya amalan kitar semula di kalangan masyarakat Malaysia disamping memberi pendedahan terhadap orang awam mengenai aktiviti kitar semula dan impaknya terhadap alam sekitar.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus di talian 03-2245 9245 / 9477 / 9476 atau Puan Aini Hairida Mohd Abas di talian 016-3228646.
 
http://9w2dya.blogspot.com/
 

ARRL 10m Contest

Hujung minggu ini akan diadakan ARRL 10 Meter contest. Peluang rakan untuk menerjah ke USA. Menurut Sham 9M2ESM dalam blog beliau mengatakan "Sejak bulan oktober lagi, 10m band seakan hampir setiap hari membuka ke USA. Ramai yang tak menyedari bahawa ianya amat amat amat jarang sekali berlaku." Jadi inilah peluang rakan untuk QSO bersama rakan di Amerika Utara. Maklumat lanjut boleh lawati di http://www.arrl.org/10-meter  . Harap ramai lagi rakan 9W dapat berjuang untuk menaikkan nama negara kita lagi. Inilah masa untuk meneruskan lagi minat terhadap HF sebelum melangkah ke lebih jauh untuk mendapat tiket 9M. Rakan-rakan yang aktif contest diucapkan semoga berjaya mengharung rintangan dan halangan kerana kebanyakkannya menggunakan perahu kecil sahaja. Ombak dan badai dapat direnangi dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Rasa-rasa rakan yang aktif seperti 9M2ESM, 9M2ZAK, 9M2RDX, 9M2ODY, 9M2BAL, 9M2SM, 9M2MSO serta rakan 9W seperti 9W2VVH, 9W2CEH serta beberapa lagi nama maaf tak ingat, akan meletakkan callsign negara di mata dunia radio amatur. Semoga berjaya semuanya.

73, Jojet, 9W2DYA.

p/s: bila pulak aku nak joint macam korang ni hihi

http://9w2dya.blogspot.com/

Demostrasi Radio Amatur
































Demostrasi ini berlangsung pada 3 dan 4 Dusember bertempat di UiTM Puncak Alam sempena dengan Hot Tour Carnival 2011. Pelbagai acara dan aktiviti diadakan sepanjang 2 hari berlangsungnya di padang kawad berdekatan dengan kolej kediaman Reflesia. Terdapat gerai jualan makanan dan minuman, pakaian, pameran serta permainan. Terdapat juga pertandingan nyanyian dan juga futsal. Kedudukan tapak karnival ini sangat strategik di atas puncak bukit memang sesuailah namanya puncak alam. Pemandangan 360' membolehkan melihat bandaraya Shah Alam dari sini. Kampus puncak alam ini dikelilingi bukit-bukau dan mempunyai pemandangan yang indah sekali.
Demostrasi radio amatur merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di sini. Kesempatan dan kelapangan yang ada membolehkan aku melawat ke tapak pameran. Selepas tugasan menghantar xyl ke Paya Jaras aku dan xyl terus ke puncak alam melalui Saujana Utama. Sampai pintu utama aku terus ke tapak pameran berpandukan papan tanda yang disediakan oleh penganjur. Kekaguman aku melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti serta pemandangannya yang menghijau. Tiba di tapak kelihatan antena yang terpacak memudahkan aku mengenal pasti tapak pameran radio amatur. Aku dapat mengetahui dengan kewujudan aktiviti ini apabila monitor Abg Udi 9W2NBF sedang portable di tapak pameran radio amatur UiTM Puncak Alam. Selepas itu, aku SMS beliau untuk pengesahan aktiviti. Setelah meletak jelopi aku terus berjalan ke sana. Kelihatan beberapa jelopi rakan sedia dipamerkan. Kelihatan rakan radio sibuk melakukan tugasan masing-masing. Aku sempat bersalaman bersama abg Zamri 9W2ZBV dan abg Eddie 9W2EDK yang lain sibuk dengan tugasan masing-masing. Berdasarkan jelopi  tertera callsign 9W2BMX, 9W2XSF, 9W2ZBV, 9W2TRP/9M4CKL. Peralatan dilabelkan seperti swr meter, transceiver, homebrew VHF repeater dapat menunjukkan peralatan radio amatur kepada pengunjung. Kesempatan aktiviti ini penting diambil bagi mempromosikan lagi radio amatur di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di sini. Tahniah kepada rakan ham yang bertungkus-lumus menjalankan pameran ini. Harapan agar lebih ramai lagi yang akan menjadi ahli radio amatur di masa depan.
73, Jojet, 9W2DYA.

http://9w2dya.blogspot.com/

Maklumat Banjir di Kajang

Maklumat Banjir di Kajang


Tarikh akhir dikemaskini pada: Sabtu 03-Dec-2011

Banjir kilat terbesar telah berlaku di pekan Kajang, Kg. Sg. Kantan, Taman Jenaris, Taman Saujana Impian dan Kg. Sekamat bermula jam 3.00 petang adalah disebabkan oleh curahan hujan lebat selama 1 - 3 jam di Kajang dan kawasan sekitarnya. Stesen hujan di Kajang telah mencatatkan jumlah hujan sebanyak 87mm dalam masa 3 jam dan stesen hujan di Rinching pula merekodkan jumlah hujan sebanyak 85mm dalam masa 2 jam. Ini telah menyebabkan limpahan air sungai daripada Sg. Jelok dan Sg. Merbau.

sumber: http://publicinfobanjir.water.gov.my/main-page.cfm?switchs=9&bm=1&id=65

Nasihat Hujan Lebat/Ribut Petir

Dikeluarkan pada: 09:16pm pada 02 Disember 2011






SEKSYEN A: NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR ( PERINGKAT KUNING)

i) Dikeluarkan pada: 08:25am pada 30 November 2011



Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi) mulai malam Khamis, 1 Disember 2011 sehingga Sabtu, 3 Disember 2011.



Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.



ii) Dikeluarkan pada: 07:45pm pada 2 Disember 2011



Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Sarawak : Bahagian Kuching (Daerah Lundu, Bau dan Kuching) dan Samarahan (Daerah Samarahan, Asa Jaya dan Simunjan) mulai pagi Sabtu, 3 Disember 2011 sehingga malam Ahad, 4 Disember 2011.



Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.



SEKSYEN B: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT




i) Dikemaskini pada: 07:15pm pada 2 Disember 2011




Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat, Sepang, Kelang dan Kuala Langat), WP Kuala Lumpur, Perak (Daerah Perak Tengah, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Daerah Seremban, Port Dickson , Kuala Pilah, Rembau, Jelebu dan Jempol) dan Melaka dijangka berterusan sehingga lewat malam, Jumaat 2 Disember 2011.






Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.



ii) Dikeluarkan pada: 07:15pm pada 2 Disember 2011



Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sarawak : Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Miri dan Limbang dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 3 Disember 2011.



Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.



SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT



Dikeluarkan pada: 09:16pm pada 2 Disember 2011



Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah : Bahagian Sandakan (Daerah Sandakan, Kinabatangan dan Tongod), Pedalaman ( Daerah Nabawan, Tenom dan Sipitang) dan Tawau (Daerah Lahad Datu dan Tawau) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Sabtu 3 Disember 2011.



Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

sumber: http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1327&Itemid=567


Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Pekan Kajang telah mengalami banjir kilat pada (Jumaat 2 Disember 2011) petang tadi. Jadi bersedialah kita menghadapi sebarang kemungkinan.

73, Jojet, 9W2DYA.

http://9w2dya.blogspot.com/

Majlis Pelancaran Menara Antena HF 9M4ITU

International Telecommunication Union

Universiti Utara Malaysia

Asia Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development

Dengan segala hormatnya mempersilakan

Semua Ahli Radio Amatur Di Malaysia

Ke Majlis Pelancaran Menara Antena HF 9M2ITU

Pada 4 Disember 2011(Ahad) bersamaan 8 Muharram 1433H

Jam 11.00 pagi

di Pejabat ITU-UUM Asia Pacific Centre of Excellence

Aturcara

11.00 pagi     : Ketibaan para jemputan

                      : Ucapan Aluan daripada Pengarah ITU-UUM

                      : Sesi taklimat daripada wakil RACIM
                         ( Radio Amateur Community of Malaysia )

                      :Ucapan dan Perasmian daripada wakil  Naib
                        Canselor

                      : Upacara Pelancaran Menara Antena 9M4ITU

                      : Demo ARDF oleh ahli-ahli Radio Amatur

1:00 tengahari : Jamuan makan tengahari dan bersurai


http://9w2dya.blogspot.com/

Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...