Hari ini Jumaat 23 Disember aku bersama xyl pergi ke Alamanda, Putrajaya. Sewaktu hendak keluar parking aku terlihat jelopi mazda putih yang berantena serta bercallsign dibelakangnnya. Tertera 9W2HBY simplex 145.250MHz. Berada sebelum pagar untuk keluar aku cubalah memanggilnya menyebut callsignnya. Rupanya ada respon oleh beliau. Menurut senarai SKMM pemegang callsign 9W2HBY dimiliki oleh Md Hanafiah B. M Md Yunus. Ketika beliau hendak mencucuk tiket parking dipagar sempat beliau mengangkat tangan kepada aku dan membalasnya. Aku lihat beliau keluar pintu barangkali sukar untuk mencucuk tiket membolehkan mengangkat tangan. Sebelum itu aku beritahu kepadanya bahawa aku berada dibelakang jelopinya. Bila keluar dari parking WX hujan lebat. Jika tidak hujan pasti aku suruh dia menunggu aku ditepi jalan untuk bersalaman di daratan. Ada kesempatan bolehlah berjumpa lagi. Menurut beliau ingin terus ke Bangsar manakala aku pula ingin terus ke Bangi. Tidak salah aku beliau bercuti di kawasan tengah ini dan portable di Bangi. Beliau berasal dari pantai timur mungkin cuti hujung minggu yang panjang ini bercuti atau ada urusan lain tidak pasti. Ada satu stesen lagi bersama beliau lupa callsign iaitu kakaknya tidak salah akulah. Jumpa jumpa lagi, salam keluarga untuk keluarga.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belon Pembukaan 2025
Cuti Tahun Baru 2025 digunakan mencari lagi belon kaji cuaca yang masih berbaki. Bergerak semula ke Bukit Changgang jalan sebelum stesen m...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment