Demostrasi radio amatur merupakan salah satu aktiviti yang diadakan di sini. Kesempatan dan kelapangan yang ada membolehkan aku melawat ke tapak pameran. Selepas tugasan menghantar xyl ke Paya Jaras aku dan xyl terus ke puncak alam melalui Saujana Utama. Sampai pintu utama aku terus ke tapak pameran berpandukan papan tanda yang disediakan oleh penganjur. Kekaguman aku melihat kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti serta pemandangannya yang menghijau. Tiba di tapak kelihatan antena yang terpacak memudahkan aku mengenal pasti tapak pameran radio amatur. Aku dapat mengetahui dengan kewujudan aktiviti ini apabila monitor Abg Udi 9W2NBF sedang portable di tapak pameran radio amatur UiTM Puncak Alam. Selepas itu, aku SMS beliau untuk pengesahan aktiviti. Setelah meletak jelopi aku terus berjalan ke sana. Kelihatan beberapa jelopi rakan sedia dipamerkan. Kelihatan rakan radio sibuk melakukan tugasan masing-masing. Aku sempat bersalaman bersama abg Zamri 9W2ZBV dan abg Eddie 9W2EDK yang lain sibuk dengan tugasan masing-masing. Berdasarkan jelopi tertera callsign 9W2BMX, 9W2XSF, 9W2ZBV, 9W2TRP/9M4CKL. Peralatan dilabelkan seperti swr meter, transceiver, homebrew VHF repeater dapat menunjukkan peralatan radio amatur kepada pengunjung. Kesempatan aktiviti ini penting diambil bagi mempromosikan lagi radio amatur di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di sini. Tahniah kepada rakan ham yang bertungkus-lumus menjalankan pameran ini. Harapan agar lebih ramai lagi yang akan menjadi ahli radio amatur di masa depan.
73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment