ARRL 10m Contest

Hujung minggu ini akan diadakan ARRL 10 Meter contest. Peluang rakan untuk menerjah ke USA. Menurut Sham 9M2ESM dalam blog beliau mengatakan "Sejak bulan oktober lagi, 10m band seakan hampir setiap hari membuka ke USA. Ramai yang tak menyedari bahawa ianya amat amat amat jarang sekali berlaku." Jadi inilah peluang rakan untuk QSO bersama rakan di Amerika Utara. Maklumat lanjut boleh lawati di http://www.arrl.org/10-meter  . Harap ramai lagi rakan 9W dapat berjuang untuk menaikkan nama negara kita lagi. Inilah masa untuk meneruskan lagi minat terhadap HF sebelum melangkah ke lebih jauh untuk mendapat tiket 9M. Rakan-rakan yang aktif contest diucapkan semoga berjaya mengharung rintangan dan halangan kerana kebanyakkannya menggunakan perahu kecil sahaja. Ombak dan badai dapat direnangi dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Rasa-rasa rakan yang aktif seperti 9M2ESM, 9M2ZAK, 9M2RDX, 9M2ODY, 9M2BAL, 9M2SM, 9M2MSO serta rakan 9W seperti 9W2VVH, 9W2CEH serta beberapa lagi nama maaf tak ingat, akan meletakkan callsign negara di mata dunia radio amatur. Semoga berjaya semuanya.

73, Jojet, 9W2DYA.

p/s: bila pulak aku nak joint macam korang ni hihi

http://9w2dya.blogspot.com/

2 comments:

  1. NK JOIN XDPT..
    hanya mampu milik pegang tangan je..VHF je dulu..
    HF dalam proses n proses..hehehehe..
    73 de 9W2FLV

    ReplyDelete
  2. samalah kita ada handy je romeo mike tak cukup lagi hehe.. Tapi yg penting minat dah berputik ke HF hihi

    ReplyDelete

Misi Mencari Radiosonde D20052320 Berjaya di Shah Alam

  Hari ini berjaya mencari radiosonde D20052320 di Shah Alam. Belon ini jatuh pada 18 Disember 2021 sewaktu banjir besar melanda Selangor da...