Tarikh : 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa : 7:30 malam hingga 1:00 pagi
Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur
Pihak penganjur dengan kerjasama Persatuan Astronomi akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri.
Eclipse Mints akan diberikan kepada 1000 orang pengunjung terawal, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Kaca Mata 3D akan diberikan kepada 500 orang pengunjung terawal dan teleskop akan diberikan kepada 5 kumpulan pemenang Space Hunt yang terbaik, sumbangan daripada Starfield Instruments Supply.
Aturcara program adalah seperti berikut:
7:30 malam Pendaftaran
7:30 malam – 1:00 pagi Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari
Taklimat Gerhana
Kuiz Astronomi
8:30 malam – 9:30 malam Space Hunt
1:00 pagi Bersurai
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini sila hubungi Planetarium Negara:
Tel: 03-2273 4301 / 4303 / 5484
Emel: lau@angkasa.gov.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya (Ms. Lau) ; asmidarz@angkasa.gov.myAlamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya (Ms. Asmidar)
Fasa Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Sumber Rujukan: Live Streaming Gerhana Bulan Penuh Dari Planetarium Negara
Anastasyea Blog
Program Gerhana Bulan Penuh di Planetarium Negara telah berlangsung pada 10 Disember 2011 sempena dengan fenomena alam gerhana penuh kali kedua buat tahun ini. Aku berkesempatan bersama XYL untuk menghadiri program ini yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat sekeliling. Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh pihak Planetarium di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) seperti Space treasure, taklimat gerhana, pencerapan gerhana dan pencerapan planet Musytari, pameran di galeri dan tapak program serta lucky star yang menyediakan hadiah cabutan bertuah yang menarik.
Tiba aku ke sana terus melihat masuk ke dalam galeri pameran yang dibuka sehingga 1.00 pagi sempena program ini. Pelbagai pameran berkaitan dengan astronomi dan sains dipamerkan dengan cara persembahan yang menarik. Paling menarik dan terbaru tentulah pameran tentang kejayaan angkasawan negara 9W2MUS turut dipamerkan. Replika stesen angkasa antarabangsa dipamerkan serta tayangan video tentang pelbagai peristiwa dan detik bersejarah boleh ditonton disini. Ini semua memberi aspirasi kepada generasi muda untuk mencipta impian serta berminat kepada ilmu astronomi serta sains dan teknologi.
Aku serta xyl juga ingin melihat persekitaran Kuala Lumpur dengan menaiki lif ke Galeri Pemandangan. Pemandangan 360 darjah kelihatan amat menarik serta memberi sudut pandangan berbeza dengan ketinggian 106.50 meter atau 349 kaki dari aras laut. Kesempatan ini juga aku cuba memanggil mana-mana rakan jika dapat mencapai audio aku yang menggunakan handy dari menara ini jam 6 petang. Kedengaran audio Pak Wan 9W2WAM QTH Batu Caves sedang QSO bersama rakan sedang mobile Cikgu Sey 9W2SEY. Malangnya audio 9W2SEY tidak kedengaran. Hanya audio Pak Wan dapat dicopy 5 9 dan aku cuba masuk untuk bergabung dan ada respond dari Pak Wan. Akhirnya dapat juga dengan Pak Wan diudara setelah bersalaman setahun lalu didaratan di Bukit Mahkota/ Bandar Seri Putra.
WX pada petang itu baik tetapi kelihatan tompok-tompok awam beberapa tempat. Ini merisaukan aku jika pada malam ini gerhana bulan ini tidak dapat dilihat. Senja melabuh kelihatan satu titik planet yang jelas kelihatan di langit merupakan planet Musytari. Pengunjung semakin ramai datang selepas maghrib. Pihak-pihak yang terlibat sedang sibuk menyediakan pealatan teleskop untuk mencerap bulan pada malam ini. Jam 7.30 malam pendaftaran dibuka kepada pengunjung untuk mendapatkan nombor lucky star dan beberapa cenderahati dari pihak penganjur dan penaja. Aku bersama xyl sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. Kelihatan 9M2SS juga sibuk membantu di khemah pendaftaran.
Mengikut perkiraan gerhana bulan bermula 7.31 malam. Pada masa ini bulan dilindungi dan tidak kelihatan lagi. 8.45 malam bulan memasuki umbra pada masa ini bulan penuh kelihatan menerangi malam. Suasana di tangga planetarium meriah dengan orang ramai beratur untuk melihat bulan menggunakan teleskop yang disediakan. Kadangkala awan telah menutup pandangan bulan beralih pula mencerap planet musytari merupakan planet yang terbesar dalam sistem solar. Peluang ini harus diambil untuk melihat bagaimana rupa sebenar planet ini di angkasa. Bila dapat melihatnya memberi satu kepuasan pada diri tentang kebesaran Allah yang tiada tolok bandingnya. Fenomena bulan penuh ini juga memberi keinsafan tentang segala-segala dicipta oleh Nya adalah untuk memberi peringatan kepada manusia.
Bulan tidak kelihatan lagi akibat dilindungi awan. Sambil menunggu kemunculannya semula aku cuba memanggil pula di repeater Nesrac pada jam 8.50 malam. Kedengaran abg Rosdi 9W2RXX yang sedang bermobile di Kuala Pilah menuju ke Kuala Lumpur menyahut panggilan aku. Akupun memberi trafik WX di Kuala Lumpur yang baik tetapi berawan di san-sini.
Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 |
Gerhana Bulan Penuh berakhir |
Selepas itu, aku dan xyl sekali lagi ingin mencerap planet Musytari sekali lagi. Kali ini tidak beratur panjang kerana pengunjung semakin ramai telah mula pulang. Kelihatan kali ini aku dapat melihat gelangnya dengan jelas serta 4 planet yang berhampiran. jika anda melihat dilangit ada satu bintang yang paling terang itulah planet musytari. Dulu aku ingat itu adalah satelit rupanya bukan.
Sebelum pulang, aku dan xyl sekali lagi ke galeri pemandangan untuk melihat Kuala Lumpur dilimpahi lampu-lampu neon. Sememangnya pemandangan amat cantik kelihatan bangunan dan kenderaan dilimpahi cahaya. Pada malam itu memberi satu kepuasan pada diri kerana dapat melihat kebesaranNya. Gerhana bulan penuh akan terjadi semula pada 2014. Ada umur panjang jika keizinan bolehlah kita melihatnya. Insyaallah.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment