Berita terkini kenderaan bergerak perlahan Highway PLUS

Jam 12.06 tengahari aku lihat dari base kenderaan bergerak perlahan 2km arah selatan sebelum exit Putra Mahkota. Ramai orang ingn pulang ke kampung atau bercuti 3 hari sempena krismas. Berhati-hati mobile WX mendung mungkin jalan licin. Kesesakan ini dijangka hingga ke  exit Senawang. Boleh alternatif ikut Lekas highway melalui Bangi lama ke exit Semenyih.

Keluar exit Putra Mahkota anda akan jumpa simpang empat dan terus akan lihat stesen petronas sebelah kiri. Anda terus melalui jambatan sempit menyeberang lintasan keretapi. Jalan kurang baik akibat berlakunya pembinaan jalan dan jambatan. Melintasi sungai semenyih anda belok ke kanan dan jumpa simpang lagi anda belok ke kanan sekali lagi. Ini adalah jalan bangi ke semenyih dan teruskan perjalanan sehingga berjumpa exit semenyih dan belok ke kiri hingga jumpa plaza tol. Teruskan perjalanan ke selatan arah ke seremban. Selamat bermobile berhati-hati dijalan raya. Ikut had laju kebangsaan bukannya had laju kebanggaan.  Selamat bercuti. jumpa-jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Melilau Mencari

  Belon KLIA pagi tadi jatuh di Hulu Teris dalam kebun kelapa sawit. Sebelum itu, berkumpul di kedai makan dekat Kota Warisan terlebih dahul...