9M0L berita terkini
Nampaknya 9M0L menjadi buruan Dxer. Ini terbukti sehingga artikel ini ditulis (7724 QSOs logged up to 12 April 2012 12:36Z). Menunjukkan sehingga jam 12:36UTC 12 April 2012 sebanyak 7724 QSO telah dapat dicapai. Tahniah diucapkan kepada semua ahli dxpdc yang bertungkus-lumus menjayakan dxpdc ini.
Melihat kepada jumlah lookup di QRZ.com telah mencapai 30060. Ini menunjukkan ramai rakan ham membuka laman 9M0L sebagai rujukan.
Manakala carta Current Hot Callsigns @ QRZ senantiasa mendapat tempat teratas sekali. Semasa artikel ini ditulis 9M0L mendapat124 lookup. Ada rakan kita 9M2PJU ketika ini mendapat 28 lookup. Penulis berangan ingin diletakkan di dalam carta tetapi manakan mungkin sebabnya tidak ke udara atau QSO.
Menduduki carta ini berdasarkan siapa yang sedang QSO secara langsung rakan-rakan akan merujuk QRZ.com. Ini dilihat di Live DX Spots from DXWATCH.COM. Oleh itu rakan yang hendak melebarkan sayap lebih jauh lebih baik mendaftar disini dan mempunyai halaman sendiri. Penulis setakat ini telah mencapai 3541 lookup.
Penulis ingin monitor 9M0L di webSDR tetapi masih belum berkesempatan bertemu lagi. Tidak mengapa, ada 10 hari lagi 9M0L bertempur diudara sebelum melabuhkan tirainya pada 24 April 2012. Rakan lain sama-sama kita memberi sokongan kepada semua ahli dxpdc ini.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment