QRV 147.495MHz

Atas urusan saltmine pada hari Sabtu 7 Mac 2012 aku akan QRV simplex V66 147.495Mhz. Aku akan mengendalikan aktiviti trekking  ke Bukit Broga membawa pelajar dari Kem Excel di sini.

Aktiviti akan bermula jam 4.00 hingga 6.00 pagi. Mana-mana rakan bolehlah QSO jika ada kelapangan. Aku akan bekerja menggunakan handy dengan antena rubber duckies saja.

Sewaktu dipuncak bukit penerimaan dijangka lebih  menguntungkan. Dulu pernah aku simplex V47 bersama 9W2YUP di Damansara. Kali ini aku nak cuba mana-mana rakan untuk QSO walaupun sebelum subuh mungkin rakan asyik dibuai mimpi.

Harap ada rakan sudi QSO bersama bolehlah aku demonstrasi aktiviti radio kepada para peserta nanti. jumpa-jumpa lagi.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Belon Gemas Jatuh Jumaat lalu

  Pada Jumaat lepas 8 Mei 2026 telah dapat dikesan Belon Gemas. Radiosonde RS92-SGP L2334078. Jangkaan penulis telah bermula Latihan Kuasa T...