Kejohanan Road Run SMKBTHO2 Kali ke 9 2012
Kejohanan Road Run SMKBTHO2 kali ke 9 2012 akan diadakan pada hari Sabtu 21 April 2012. Acara bermula jam 8.00 pagi dihadapan sekolah. Sebanyak 2 kategori utama iaitu Bawah 18 dan Bawah 15 tahun. Jarak larian adalah sejauh 7km bagi pelajar lelaki manakala bagi pelajar perempuan adalah 6km.
Acara dijalankan dipersekitaran Suadamai dan Lebuh Utama Bandar Tun Hussein Onn dari arah Suakasih ke Alam Damai. Pihak penganjur berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika para pelajar sedang mengikuti acara ini. Terutamanya di Lebuh Utama kerana pelajar akan berlari dibahu jalan. Walau bagaimanapun langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan meletakkan pegawai-pegawai ditempat yang strategik bagi mengawal keselamatan para peserta. Peserta juga telah diingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri semasa acara ini berlangsung.
Sehubungan dengan itu juga, acara melihat trek akan diadakan pada hari Selasa bersamaan 17 April 2012 bagi sesi petang. Pelajar akan membiasakan laluan trek larian yang akan bermula jam 5 hingga 6 petang. Sekali lagi, pihak penganjur berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui jalan yang digunakan oleh pelajar. Maklumlah bahawa ketika itu orang ramai berpusu-pusu pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing.
Rakan Alam Damai V47 boleh menghebahkan tentang trafik ini terutama yang sentiasa menggunakan jalan raya di persekitaran Bandar Tun Hussein Onn. Kerjasama anda semua amatlah dihargai.
Acara tahunan ini merupakan kalendar wajib diadakan bagi melaksanakan gagasan 1 Murid 1 Sukan. Mungkin satu hari nanti rakan Alam Damai V47 boleh memberi bantuan komunikasi dalam melancarkan lagi perjalanan kejohanan ini. Pihak penganjur mempunyai set handy UHF tetapi kadangkala QSO tidak dapat berjalan lancar kerana kedudukan yang jauh antara satu sama lain disamping halangan keadaan geografi. Bila menjadi keadaan sebegini talian berbayar adalah yang menjadi pilihan utama dalam menyampaikan maklumat. Semoga kerjasama semua pihak dapat melancarkan lagi perjalanan porgaram.
73, Jojet, 9W2DYA
http://9w2dya.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment