Aktiviti APRS di Kuala Selangor


Hari ini aku ditugaskan menghantar atlet olahraga ke Kuala Selangor. Kesempatan ini diambil untuk menguji tracker ke tempat yang belum aku jelajahi.

Tempat yang dituju adalah Chalet Kuala Selangor bersebelahan dengan PPD Kuala Selangor. Ia menjadi penginapan latihan pusat Balapan dan Padang bagi kem Selangor bagi menhadapi MSSM di Kuantan..Latihan fasa pertama ini berlangsung hingga 2 Mei nanti.

Aku memandu jelopi dari saltmine Cheras melalui jalan hubungan Timur-Barat di Cheras yang menghadapi kesesakan yang teruk menghala ke Petaling Jaya. Seterusmya melalui pusat bandar mengikut jalan Duta hingga ke lebuhraya Utara Selatan.

Keluar melalui exit Rawang Selatan dengan bayaran tol sebanyak RM2.90. Seterusnya mengikut LATAR lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor terus ke Ijok. Terdapat dua plaza tol yang harus ditempuhi dengan bayaran RM2.00 setiap satu.

Sampai di Kuala Selangor aku terus mencari tempat yang dituju. Atlet aku itu telah membantu menunjukkan jalan kerana dia telah biasa di sini memandangkan kejohanan Balapan dan Padang peringkat negeri telah diadakan 2 tahun sebelum ini.

Sampai di Chalet Kuala Selangor aku terus memeriksa aprs.fi dan 9W2DYA-12 ada dipaparkan diskrin dengan bantuan 9M4RDG-3 yang berfungsi dengan baik sepanjang perjalanan

Balapan dan Padang MSSM 2013 kali ke-55 Pahang


Kejohanan tahunan pada tahun ini diadakan di negeri Pahang Darul Makmur. Venue bagi kejohanan Balapan dan Padang MSSM akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Acara akan diadakan pada 19 hingga 26 Mei 2013.

Pada tahun ini seorang atlet sekolah aku telah dipilih mewakili Selangor. Semoga atlet ini berjaya mencapai kejayaan dan mencari pengalaman yang berharga bagi mematangkan dan memantapkan lagi teknik larian.

Acara kegemarannya adalah 400m dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan.

Pada Ahad yang lalu pada kejohanan Road Run ke-10 SMKBTHO2, beliau telah mendapat tempat pertama bagi mewakili Suadamai (biru) bagi kategori L2 bawah 15thn.

Rumah Suadamai (Biru) juara Kejohanan Road Run kali ke-10 SMKBTHO2 2013


Kejohanan Road Run kali ke-10 2013 SMKBTHO2 telah berjaya dianjurkan pada 21 April 2013. Kejohanan yang dianjurkan dipersekitaran Suadamai Bdr Tun Hussein Onn, Cheras telah berlangsung dengan jayanya.

Kerjasama yang amat baik diantara guru-guru dan pelajar serta St John ambulans serta pihak Polis telah melancarkan perjalanan kejohanan kali ini.

Hari Ahad dalam cuaca yang baik dipilih memandang trafik kurang sesak dan kerjasama penduduk setempat amat dihargai.

Seperti tahun lepas rumah Suadamai (biru)mengungguli kejuaraan sekali lagi dengan barisan atlet sekolah dan daerah. Sekalung tahniah buat XYL aku yang menerajui Suadamai sesi petang. Naib johan diikuti rumah Suakasih (kuning) serta tempat ketiga jatuh kepada rumah Suaindah (hijau).Tahniah kepada semua  pemenang dan guru-guru yang bertungkus-lumus bagi mencapai kejayaan.

Bagi AJK pelaksana telah menjalankan tugas yang cemerlang bagi memastikan kelancaran program. Aku dan Su Sukan yang lain menggunakan handy bagi memastikan komunikasi dapat berjalan lancar. Segala pergerakan dan perkembangan dapat dipantau dan diketahui apabila kami berhubung dengan cara ini. Menggunakan mode VHF lebih baik dan dapat menjangkau lebih jauh berbanding menggunakan mode UHF yang biasa digunakan di sekolah mahupun pengawal keselamatan.

Sebuah jelopi yang dilengkapi rig digunakan sepanjang laluan memantau segala pergerakan murid dan juga trafik. Aku hanya memantau menggunakan handy di garisan penamat menunggu sebarang trafik untuk disampaikan. Penerimaan audio sangat baik dalam lingkungan 5 kilometer memandang kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi.

Perancangan masa hadapan yang dirangka memerlukan lagi alat kelngkapan radio bagi memudahkan lagi urusan kejohanan yang diadakan setiap tahun.

73, Jojet, 9W2DYA.


http://9w2dya.blogspot.com

Aktiviti APRS semasa di Kelantan


Pada 14 hingga 17 April yang lalu aku berkesempatan ke pantai timur. Sekali lagi tracker mesti diaktifkan. Perjalanan dari Bangi ke Karak highway melalui MRR2. Beberapa stesen telah berjaya menangkap packet aku ialah 9M4GQC, 9W2AA, dan 9M4RCD.

Ketika melalui LPT berhampiran Temerloh, aku mengharapkan 9M2RDX-1 tetapi malang tidak berjaya dikesan.

Tiba di Kota Bharu menginap di Ridel Hotel berhadapan dengan sungai Kelantan. Aku mengaktifkan APRSdroid 9W2DYA-10 di sana. Pada malam pertama itu aku meninjau stesen yang aktif di sana melalui android ini didapati 9W2NKY-3 dan 9M4GKY-3 tidak aktif.

Pada 15 April aku ke Pengkalan kubor untuk melihat-lihat pusat perniagaan di sana dan kemudian ke pantai tujuh Tumpat. Semasa menghala ke Rantau Panjang terdapat sebuah stesen 9W2XXP-1 berjaya mengesan aku. Sampai di Rantau Panjang aku menukar frekuensi 145.525MHz dengan harapan rakan seberang dapat menangkap beacon aku. Malangnya stesen yang paling hampir di Sungai Golok HS0ENT-3 tidak dapat mengesan beacon aku.
Selepas itu aku mengaktifkan semula 144.390MHz dan dapat kembali 9W2XXp-1.

Pada hari terakhir di Kelantan 16 April sebelum ke Terengganu, beacon aku berjaya dikesan oleh 9W2YIE dan 9W2DTM-2 dan jarak paling jauh dicapai ialah 23km dan 28.5km.

Hari terakhir 17 April perjalanan bermula dari Kemaman terus ke Bangi. Perjalanan melalui LPT yang panjang telah berjaya membuat jarak paling jauh untuk stesen mountain top 9M4RDG-3 iaitu 99.6km. Beberapa stesen telah berjaya mengesan aku antaranya 9W2RUT-2  di kepong.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


Eagle 3 Near Space Balloon Launch Announcement

EAGLE3 Near Space Balloon Launch
Olde Towne Middle School in Ridgeland, MS will be launching a balloon April 13th at approximately 9am Central Time from Olde Towne Middle School.

Missions specifics:

Date: April 13th

Time: Setup – 7am, Launch – approximately 9am Central Time

Location: Ridgeland, MS
 
Gas: Helium
                                                                                                                                                                            
Purpose: Carry experiments to altitudes greater than 90k feet
 
Equipment: GoPro Camera, 2 meter voice beacons, APRS telemetry (KC5NXD-12), another APRS tracker with slower transmission rates (KC5NXD-11) , HF Telemetry(trackable at http://spacenear.us/tracker/), possible SPOT tracker, radiation detector, and an audio alarm for location in dense woods. Over one dozen experiments will be on the flight including bacteria survival rates, radiation detection, cosmic ray capture, micro meteor capture, and many more.

Telemetry specifics: APRS tracking as standard, HF tracking will be using a HF transmitter designed and built by WB8ELK and transmitting on or approximately 14.103 – 14.104 Mhz. The telemetry will be in short bursts and can be decoded using the FLDigi High Altitude Balloon version of the software. Download the latest version of this at http://ukhas.org.uk/projects:dl-fldigi All telemetry reports would be greatly appreciated. Send all telemetry reports to otmsradio@gmail.com. Any reception QSL cards will also be greatly appreciated and mailed to the address for KC5NXD in QRZ.com. Special attention is needed to listen to the descent flight telemetry especially when in the last 30K feet. If configured right, FLDigi HAB will relay the information to the spacenear.us/tracker site.

Air Terjun Sungai Mahang, Nilai


Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, Nilai. Peserta terdiri daripada guru PJK sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Hulu Langat


Pelbagai aktiviti menarik mengikut sukatan pelajaran telah diadakan. Aktiviti yang paling menarik adalah  trekking ke air terjun Sg Mahang.

Aktiviti merentas kawasan getah dan dusun durian yang berbukit-bukau. Dusun durian di sini ditanam berkelompok dan masih berbunga dan berputik. Tunggu beberapa bulan lagi, musim buah durian akan gugur pastilah kawasan ini akan meriah dengan buah gugur ke bumi. Peraih-peraih akan datang berlori-lori untuk memasarkannya ke luar kawasan terutama di bandar.



Sepanjang berjalan berkumpulan ini, kerjasama berpasukan dapat digambarkan. Tolong-menolong antara satu sama lain penting bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.


Kami juga melalui kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit. Jurulatih utama juga membawa merentas melalui sungai yang sememang terasa dingin dan menambah kepenatan lagi tetapi amat menyeronokkan. Ada ketika sewaktu keluar daripada sungai itu, aku berjalan dibelakang terlihat oleh kami sarang tebuan di atas kepala. Nasib baik semua anggota tidak melanggar atau menyentuh sarang itu, jika tidak sesuatu yang buruk pasti berlaku. Sarang tebuan itu bergantung teguh di atas ranting jikalau jatuh pasti nahas. Bagi aku, itulah saat yang mendebarkan maklumlah jikalau kena sengatannya boleh membawa maut.

Destinasi pertama kami tiba dikawasan air terjun berhampiran ladang sawit.


Menarik tempat persinggahan ini kerana kelihatan deruan air jatuh melalui celah-celah batu dari atas kolam takungan air. Terdapat beberapa rakan mengambil kesempatan berendam dikolam semulajadi untuk menyegarkan tubuh kembali. Kami mengambil kesempatan ini untuk menjamah bekalan yang dibawa sambil menghirup udara yang nyaman disini.

Seterusnya setelah menghilangkan penat, perjalanan diteruskan ke Kg Orang Asli. Melalui jalan tar tidaklah sesukar mana tetapi kecerunan yang semakin tinggi menyebabkan kami semua menarik nafas lebih laju. Pemandangan yang indah didepan mata dapat menghilangkan lelah seketika. Perkampungan di atas bukit ini mempunyai pelbagai kemudahan elektrik dan air dan terdapat juga gelanggang badminton.


Sebelum ke kawasan air terjun itu, kebenaran dari Tok Batin perlu untuk memastikan perjalanan kumpulan kami dalam pengetahuannya. Ini kerana ia merupakan sumber air bersih yang utama bagi penduduk kawasan dan juga merupakan kawasan takungan air jabatan bekalan air.

Semakin hampir destinasi semakin sukar untuk melangkah kerana jalan tar semakin mencanak dengan kecerunanan semakin tinggi. Nafas semakin kencang untuk tiba di trek ke bawah sungai.
 

Sampai di jeram kepuasan terpancar diwajah peserta menandakan kejayaan tiba di destinasi yang dituju. Bagi yang sudah berendam di bawah tadi aktiviti diteruskan disini. Peserta lain lebih suka menikmati dan berehat sambil mendengar deruan air.



Mengikut rekod data daripada telefon pintar ketinggian kawasan air terjun ini adalah 610 kaki dari aras laut. Kedingin terasa lebih-lebih lagi jika berendam didalam sungai ini.



Selepas puas menikmati keindahan disekitar kawasan air terjun kami semua bergerak pulang ke kem. Perjalanan turun melalui jalan tar yang berkecerunan tinggi lebih sukar. Ada yang terpaksa menahan lutut yang sudah jam dan jalan dengan berhati-hati melalui kawasan kg orang asli tadi.


Ketika melalui kg ini pemandangn bandar Nilai dapat dilihat didepan mata. Ini menunjukkan kedudukan yang tinggi dapat memberi pandangan yang lebih luas dan indah.


Perjalanan pulang ke kem mengmbil masa hampir satu jam melalui jalan tar ke Kg Sungai Mahang. Semua peserta yang keletihan gembira  tiba di khemah masing-masing sebelum berehat dan terus ke masjid untuk solat Jumaat.

Akhir kata, bengkel ini bagus untuk menambah dan mengukuhkan lagi ilmu untuk diguna mengajar di sekolah. Tahniah kepada pihak PPD Hulu Langat yang julung kali menganjurkan dan usaha ini harus diteruskan. Terima kasih juga kepada Jurulatih Utama yang banyak mengajar dan membantu membimbing sepanjang program diadakan. Tidak lupa kepada ahli kumpulan dan peserta lain yang memberi kerjasama yang jitu bagi melancarkan segala aktiviti yang diadakan. Tanpa sokongan dan kerjasama yang jitu pasti segala perancangan tidak dapat dilaksanakan.

jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet, 9w2DYA

http://9w2dya.blogspot.com


Masuk Parit

  Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...