Rumah Suadamai (Biru) juara Kejohanan Road Run kali ke-10 SMKBTHO2 2013
Kejohanan Road Run kali ke-10 2013 SMKBTHO2 telah berjaya dianjurkan pada 21 April 2013. Kejohanan yang dianjurkan dipersekitaran Suadamai Bdr Tun Hussein Onn, Cheras telah berlangsung dengan jayanya.
Kerjasama yang amat baik diantara guru-guru dan pelajar serta St John ambulans serta pihak Polis telah melancarkan perjalanan kejohanan kali ini.
Hari Ahad dalam cuaca yang baik dipilih memandang trafik kurang sesak dan kerjasama penduduk setempat amat dihargai.
Seperti tahun lepas rumah Suadamai (biru)mengungguli kejuaraan sekali lagi dengan barisan atlet sekolah dan daerah. Sekalung tahniah buat XYL aku yang menerajui Suadamai sesi petang. Naib johan diikuti rumah Suakasih (kuning) serta tempat ketiga jatuh kepada rumah Suaindah (hijau).Tahniah kepada semua pemenang dan guru-guru yang bertungkus-lumus bagi mencapai kejayaan.
Bagi AJK pelaksana telah menjalankan tugas yang cemerlang bagi memastikan kelancaran program. Aku dan Su Sukan yang lain menggunakan handy bagi memastikan komunikasi dapat berjalan lancar. Segala pergerakan dan perkembangan dapat dipantau dan diketahui apabila kami berhubung dengan cara ini. Menggunakan mode VHF lebih baik dan dapat menjangkau lebih jauh berbanding menggunakan mode UHF yang biasa digunakan di sekolah mahupun pengawal keselamatan.
Sebuah jelopi yang dilengkapi rig digunakan sepanjang laluan memantau segala pergerakan murid dan juga trafik. Aku hanya memantau menggunakan handy di garisan penamat menunggu sebarang trafik untuk disampaikan. Penerimaan audio sangat baik dalam lingkungan 5 kilometer memandang kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi.
Perancangan masa hadapan yang dirangka memerlukan lagi alat kelngkapan radio bagi memudahkan lagi urusan kejohanan yang diadakan setiap tahun.
73, Jojet, 9W2DYA.
http://9w2dya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masuk Parit
Usai tugasan di Jalan Tiga Bandar Baru Bangi terus bergegas ke Banting. Belon KLIA pagi tadi telah jatuh di Sungai Raba. Radiosonde 240501...
-
Bengkel Asas Perkhemahan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Hulu Langat telah diadakan pada 4 hingga 6 April 2013 di Kampung Sungai Mahang, N...
-
Antara salah satu masalah besar dalam sektor angkasa adalah apabila satelit kehabisan bahan api. Masalah ini amat penting untuk diatasi oleh...
-
Pada 25Januari 2011 yang lalu aku memperbaharui lesen Kelas B Radio Amatur yang telah tamat pada 31 Disember 2010 di Surunhanjaya Komunikasi...
-
Pada 14 Disember 2011 bermula percutian aku bersama xyl ke Pulau Pangkor Perak. Perjalanan dari base bermula 4.30 petang melalui ibu kota ya...
-
Bagi rakan² yang AA expiry date 31.12.2023 Sila Daftar eSPECTRA SKMM Sila mohon SHARED SECRET. Nota: SHARED SECRET (key word) ini di...
-
Pada 27 hingga 29 November yang lalu aku bersama xyl bercuti di tanah tinggi daerah Bentong. Lokasi percutian kami kali ini aku memil...
-
Semalam mangsa yang hilang sejak 22 Januari 2017 telah selamat dijumpai. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya mangsa ditemui dalam...
-
Pelan Komunikasi Bencana Negeri Pahang 2019 Pengendali Radio Amatur Calling Channel (2m) V40 145.500MHz Emergency Frequency (40m) 7.1...
-
Pada 24 Januari 2010 yang lalu sempat juga aku ke perasmian rumah kelab Pradas di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perjalanan dari base statio...
-
Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. ...
No comments:
Post a Comment