Bkt Mahkota Bangi Charity Ride 2013




Pagi ini aku berkesempatan untuk melihat aksi rider berentap di Bukit Mahkota Bangi Charity Ride. Bermula di tapak Masjid At-Taqwa Bukit Mahkota Bangi melalui persekitaran Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra dan juga Pekan Bangi. Manakala laluan offroad di ladang kelapa sawit UKM.

Oleh kerana, laluannya melalui base aku di Taman Impian Putra maka ketika bersarapan sempatlah aku melihat kelibat-kelibat rider menuruni bukit di taman ini.

Mengikut jadual mereka akan dilepaskan pada jam 8.00 pagi. Ketika melalui taman aku jam menunjukkan pada 8.50 pagi. Selepas tiada lagi kelibat rider maka akupun ke jelopi terus ke laluan off-road diladang UKM.

Aku menunggu dipenghujung laluan off-road di jalan Bangi. Terdapat seorang marshall disimpang itu. Manakala anggota polis  trafik baru sahaja bergerak untuk bersarapan. Selepas beberapa ketika datang lagi dua orang marshal untuk menjaga simpang yang agak bahaya kerana jalan yang lurus menyebabkan pemandu memandu dengan lajunya.

Lebih kurang 9.10 pagi rider pertama tiba keluar laluan off-road itu. Di ikuti beberapa rider yang laju berada di kumpulan hadapan ini. Marshall mengarahkan rider berhenti seketika untuk mengawal trafik bagi memastikan keselamatan terjamin.

Aku pula menunggu di selekoh terakhir itu untuk memastikan rider mengawal kelajuan akibat menuruni bukit yang agak curam. Jalan berbatu kelikir membolehkan meluncur laju menuruni  tanpa masalah.

Selepas setengah  jam aku masuk ke dalam trek offroad di selokoh kedua terakhir. Kelihatan seorang marshall menjaga simpang di situ bersama seorang rider. Marshall menghulurkan sebotol air mineral dapatlah aku meneguk air yang agak dahaga juga. Terima kasih diucapkan kepada marshall tersebut atas pelawaannya.

Sambil menunjuk arah kepada rider yang baru tiba, aku mendengar cerita kedua mereka itu. Pelbagai cerita pengalaman berbasikal aku mendengar dari mereka berdua. Komen-komen dan masalah yang berlaku dikongsi bersama. 

Menurut rider itu, jalan yang bersimpangan menyukarkan kerana kurangnya papan tanda. laluan off-road tiada masalah kerana ramai marshall yang bertugas tetapi laluan on-road mengelirukan kerana terdapat banyak simpang.

Peserta lebih kurang tiga ratus orang dan banyak juga ditolak permintaan untuk turut serta. Ketika aku menjaga simpang ini ada juga rider yang bertanyakan alat bantu mula kerana luka kecederaan dan juga akibat kekejangan.

Pada jam 10.30 pagi kelihatan ramai marshall tiba ke tempat aku. Mereka mengatakan peserta terakhir di off-road semua telah selamat tiba. Maka akupun berjalan turun ke luar semula menaiki kereta ke tapak permulaan dan penamat di tapak Masjid. Rupanya antara ramai marshall itu adalah Amzari 9W2GEO.

Aku terus memandu untuk melihat suasana di tempat permulaan. Tibanya di sana kemeriahan dapat dilihat apabila ramai rider berehat sambil menunggu acara cabutan bertuah sambil menjamu selera. Car boot sale juga diadakan sepanjang jalan dan mengambil kesempatan untuk melihat barangan jualannya.

Kemudian aku bertemu semula Amzari 9W2GEO dan bersembang dengannya sebelum aku pulang ke base.

Tahniah kepada AJK yang terlibat menganjurkan acara yang sememangnya mendapat sambutan untuk menampung kos pembinaan Masjid sejumlah RM6 juta.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...