BMB Charity Ride 2013


 
-Pengenalan-

Buat pertama kalinya Team Basikal Bdr Bukit Mahkota Bangi (BMB Cycling Team)dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat,Pusat Komuniti Putra Mahkota dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid at-Taqwa Bdr Bukit Mahkota akan menganjurkan Kayuhan Amal berkonsepkan "Ceria & Cergas" pada 25/12/2013.

-Objektif-

Objektif utama kayuhan ini adalah untuk mencari dana bagi disumbangkan kepada pembinaan masjid di Bdr Bukit Mahkota iaitu "Masjid At-Taqwa" .

Disamping itu dengan penganjuran kayuhan ini diharap dapat menerapkan gaya hidup sihat dikalangan penduduk Bdr Bukit Mahkota disamping mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

-Sasaran Penyertaan-

Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 300 penyertaan dari penduduk setempat khususnya dan juga peminat-peminat basikal sekitar amnya.

Yuran penyertaan 50-100%(bergantung pd jumlah tajaan)akan disumbangkan kepada tabung dana pembinaan masjid At-Taqwa Bdr Bukit Mahkota. 


-Konsep Kayuhan-

Kayuhan adalah berkonsepkan ceria dan cergas dan bukannya bersifat perlumbaan.Tiada ranking ataupun medal diberikan.Walau bagaimanapun para peserta akan menerima t-shirt dan sijil penghargaan diatas jasa murni menyumbang kpd dana pembinaan masjid at-Taqwa.

Masjid At-Taqwa BBM
-Masjid At-Taqwa Bdr Bkt Mahkota Bangi-

Cadangan pembinaan masjid At-Taqwa Bdr Bkt Mahkota telah bermula sejak tahun 2010 lagi namun masih belum dapat dilaksanakan kerana belum mempunyai kewangan yang mencukupi dan juga kelewatan pihak JAIS menyalurkan dana.Mengikut laporan terkini setakat 31 Okt 2012 hanya RM178,048.850 berjaya dikumpul.Maklumat lanjut boleh layari http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com


 
















Sumbangan boleh disalurkan ke:-
 
Acc Name : MASJID AT-TAQWA BANDAR BUKIT MAHKOTA
Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA

No Akaun : 1601801-001547-2

Atur Acara
 -Atur Acara-
07:00 - Pendaftaran
07:30 - Senaman Regangan
08:00 - Flag Off
10:00 - Kayuhan Tamat
10:30 - Jamuan Ringan
11:30 - Penutup & Lucky Draw


Utk para peserta Kayuhan Ceria yg dijangkaan akan tiba lebih awal digarisan penamat, akan disediakan acara sampingan sementara menanti para peserta Kayuhan Cergas tiba.

Antara acara sampingan itu adalah:-

-acara kayuh basikal paling lambat
-acara pasang basikal paling pantas
-acara time race dilitar mtb yg disediakan
-acara mewarna bagi kanak-kanak
-dll 
  

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...