9W2JEK-9 berjaya ditangkap beacon dari Nilai 3

9W2JEK-922013-12-26 13:14:522013-12-26 13:22:13OJ02VU > OJ03VB24.8 km 168°2013-12-26 13:14:52  

Satu lagi stesen telah berjaya ditangkap beaconnya iaitu 9W2JEK-9 mobile di sekitar Nilai 3. Nampaknya antena aku berfungsi dengan baik dalam radius 5km. Wx ketika ini mendung agaknya turut membantu gelombong pergi jauh walaupun tak jauh sangatpun.

Nampaknya setakat Nilai 3 packet dapat diterima dengan baik oleh 9W2DYA-1 di Bangi. Sehingga kini packet terus diterima dari 9W2JEK-2 menunjukkan penerimaan yang baik sekali.

Harap banyak lagi stesen yang aktif aprs yang sedang membeli-belah di Nilai 3 dapat ditangkap packetnya. Sememangnya ramai rakan ham suka membeli-belah di Nilai 3. Kalau pergi ke sana pasti kita kan terjumpa jelopi yang bercallsign dan berantena tinggi.


9W2JEK-9402013-12-26 13:14:522013-12-26 15:03:29OJ02VS > OJ03VB33.3 km 165°2013-12-26 15:03:29

Akhirnya jam 3.03 petang packet terakhir dapat dari 9W2JEK-9 dengan jarak 33.3km. Ini merupkan jarak paling jauh antena aku dapat capai di PLUS highway berdekatan dengan Kg Jerengkang dekat dengan  Kg Labu Hilir.

40 packet telah berjaya dicapai sejak jam 1.14 petang. Nampaknya antena aku berjaya menjadi penyambung antara kawasan Seremban dan Nilai yang merupakan lubuk kawah yang besar walaupun ada digipeater 9M4RTB-3. Ini kerana sebuah bukit di Nilai menjadi penghalang terbesar untuk gelombang menerima pancaran dengan baik oleh mana-mana digipeater mahupun repeater terutama dari Genting dan Telapak Buruk.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...