SMS tanpa nombor telefon


Bolehkah sms dilakukan tanpa nombor telefon kepada seseorang? Ya, boleh.. Bagaimanakah caranya? Tanpa mengenali seseorang kita boleh bersms antara satu sama lain. Maksudnya tidak ada nombor telefon seseorang yang kita tidak kenali.

Itulah kelebihan hobi radio amatur. Kita dapat menghantar teks  melalui gajet seperti telefon pintar dan juga laptop apabila setelah memuat turun aplikasi yang berkaitan dengan APRS.

Menggunakan smartbeacon data dapat dihantar melalui internet. Hari ini saya dapat menghantar teks kepada seorang lagi rakan ham melalui APRS. 9W2DYA-8 telah menghantar teks kepada 9W2MDP-5. Setelah menghantar teks barulah saya mengenali bahawa pemegang callsign tersebut adalah Abg Hamidi yang ketika itu berada di Pajam dan akan berangkat pulang ke Kuching. Dapatlah juga bertukar nombor telefon bagi mengeratkan lagi perhubungan agar tidak terputus.

Saya menggunakan aplikasi U2APRS bagi 9W2DYA-8 melalui telefon Samsung. Sebelum ini menggunakan APRSdroid bagi 9W2DYA-5 dan 9W2DYA-10. Saya bertukar ke U2APRS memandang APRSdroid mengundang masalah kepada gajet saya itu.

Berikut adalah stesen yang telah dihantar teks oleh 9W2DYA-8:
9W2PUM-8
9W2CEH-8
9W2VVY-5
9W2RSH-5
9W2EDK-5
9W2BEM-5
9W2CVR
9W2TGJ-5
9W2XRI-5
9W2KDX-5
9W2EML-9
9W2VND-5
9W2XLD-9
9W2MDP-5
9W2TJK-9
9M2MGL-5
M6ATI

Kepada stesen yang membalas teks ribuan terima kasih diucapkan kerana dapat berkenalan melalui aprs ini. Menggunakan aplikasi melalui telefon pintar ini adalah langkah permulaan bagi mengaktifkan lagi diri dalam APRS yang pelbagai jenis bentuk peralatan dan aplikasi seperti tracker, Igate dan Digipeater.

9W2DYA-8 akan terus monitor di aprs.fi untuk menegur sapa stesen yang ada masa ketika waktu yang lapang. Selain QSO diudara kita boleh menghantar teks melalui digital di aprs.

Kini semua orang memiliki pelbagai jenis gajet dan capaian internet yang telah menjadi keperluan hidup. Radio amatur juga adalah pencetus kepada pelbagai teknologi moden kini. Sebagai pengamal radio amatur tidak salah kita menggunakannya bagi kebaikan masyarakat, negara dan bangsa.

Jumpa dan jumpa lagi

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...